rahsia jururawat

rrk

Friday, April 10, 2015

e-book Rahsia Temuduga Kerja Kerajaan

Bismillah. Saya memperkenalkan././//// yeah!!

e-book terbaru daripada
Tim InfoKerjaya 2015.

Yeah.

Rasa macam nak beli kalau ada jual masa nak interview dulu (2008) > :D

Tapi baru sekarang ada ebook ni..

bagi kawan2 yang dapat panggilan termuduga SPA8 bagi jawatan\

>Separa Perubatan khususnya.

---> nanti boleh jadi mcm saya heheheh.

-------------------------

Anda boleh klik banner di bawah.

Dan dapatkan eboo panduan lulus temuduga ni.

InshaaAllah ada rezeki, dapat lah anda join saya sebagai PENJAWAT AWAM. :D

apa lagi. Klik link di bawah!

Monday, January 26, 2015

Peranan Penolong Pegawai Perubatan

Assalam semua!

Alhamdulillah..

haa..- selalu saya cek blog ni, ada je yang dok cari pasal PERANAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN.

dan ada juga kadang2 kawan2 email pada saya bertanyakan Tips2 lulus temuduga Separa Perubatan.

ok, di sini saya berikan POINT PENTING >peranan yang selalu dimainkan oleh PPP.. :D

1- Curative
2- Preventive
3- Promotive
4- Rehabilitative

Tu je.

EMPAT POINT SAHAJA!

Boleh ingat tak>?

Klu penemuduga tanya - jawab ni je ok. hehe.

LoL.

Saje jer. - ada penerangannya tu..

Nanti ada masa saya sambung lagi ok..

dadaa.. :D
Wassalam..

>> ni link - ebook untuk LULUS Temuduga Separa Perubatan.
>> Korang boleh try tengok ok..
>> Sangat mudah..

klik je
http://www.ashadee.net/go/51233/myilhamz






Blog Amin - myilhamz 2015

Assalam semua.
Hi semua.

Kini 2015.

Saya masih di sini. :D
Alhamdulillah..

Rasa macam nak update blog ni. hampir setahun tak terusik..

Aktif online di FB sahaja. :D

dan masih bekerja. (Penolong Pegawai Perubatan)

Ok.

Friday, July 26, 2013

Selamat Tinggal Temerloh - Sandakan Aku Datang

Assalam semua.. dah lama tidak menulis.

Untuk pengetahuan, saya kini berada di Sandakan. Kurang lebih 3 minggu berpuasa di sini.

Demi negara tercinta, :p
saya telah ditempatkan untuk posting kedua selepas tamatnya Program Penempatan Wajib (PPW) bagi PPP lantikan baru dari Hospital Temerloh, Pahang ke Jabatan Latihan Khidmat Negara yakni di KEM PLKN BAGAI BUDI RESORT SANDAKAN. Sabah bha.. hehe

Alhamdulillah.. dengan dengan kampung isteri.

Apapun tahniah kepada kawan PPW yang lain yang tlah dapat posting ke Johor, Selangor, Sarawak, Pahang, dan lain-lain lagi. :D

TAHNIAH! Bermulanya hidup sebenar seorang Penolong Pegawai Perubatan. yeah!

Wassalam..

Wednesday, October 24, 2012

Mula Berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Perubatan U29

Bismillah.

Assalam semua..

Alhamdulillah.. hari isnin baru ni 22hb10 2012, dengan rasminya, saya MOHD HAFIZUL AMIN BIN SALLEH HUDIN, telah mula bertugas sebagai seorang Penolong Pegawai Perubatan di Hospital Sultan Haji AHmad Shah, Temerloh Pahang.

Mula dgn lapor diri di Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, Kuantan, dan akan mula bertugas pada minggu hadapan di Jabatan Kecemasan (selepas raya haji)..

SYukur sangat ya ALlah diatas jawatan ni..

Dan skrg rasa rindu yang amat sangat pada isteriku yang ada kat rumah skrg.. Maaf sayang, abang xdapat balik hari2.... Insyaallah esok abg balik/... :D

ok.

dan juga saya ada edit skit link kat atas blog ni..

ada link terus ke BLOG perniagaan saya..

--->cenderahati zahrah
----> kad kahwin zahrah

------------
ok. doakan saya dapat menjalankan tugas dgn baik dan ikhlas kerana Allah Taala. kerana tugas membantu manusia ni mulia, (teringat pesan arwah abah saya)...

ok. wallahua'lam. maaf xde gambar.. sbb xde kamera.. hehe..

nnti saya update lagi insyaallah..

Thursday, September 27, 2012

saya sudah berkahwin

salam semua...

saya amin. baru nak menulis semula d blog ini stelah hampir setahun tdk menulis..

untuk pengetahuan semua, saya sudah berkahwin pada jun baru2 ini, dan akan start bekerja sbg pembantu perubatan pada 22 hb oktober ini.. di... hospital rahsia.. hehe..
alhamdulillah.. byk cerita yg nak diceritakan nnti pengalamn setelah lama tidak menulis ni..

dan ni ada sedikit gmbr saya kahwen aritu, syok ow.. pi sandakan..
isteri saya bernama balqis, bukan nama sebenar.. nama sebenarnya Hasliyiana hassim, juga seorang pembantu perubatan di sebuah pusat rawatan swasta..

ok. tu jer nk tulis harini.. hihi. sje2 nak maklum, yg saya akan start berblogging semula..

oknbai.. wassalam..

saya bersama isteri tersayang..


Thursday, March 1, 2012

Nak tak pahala berterusan??!!! Senang jer...

Asslamualaikum WBT....

insyallah tajuk ni bekenaan pahal berterusan.. mamcamna ya>>
??

Senang jer..

Biasa dengar x wakaf?

Wakaf untuk kegunaan orang ramai.. dan benda tu baik..

Selagi mana orang menggunakan benda atau wang yang kita wakaf tu, selagi tu kita dapat pahala.. senang x?? hehe./..

Tapi ingat!!!  Pemberian wakaf kita tu hendaklah dengan hati yang ikhlas, bukannya untuk riak2 dan meninggi diri.. Nauzubillah...

Kat mana nak wakaf? Benda apa nak wakaf?

haaa.. senang jer.. anda boleh cari madrasah2, atau surau2, masjid2, untu mewakafkan erkara2 yang bermanfaat seperti Al-Quran... Surah Yasin... Tolong baiki jalan berlopak... dan banyak lagi.. (tulis blog pun kira bleh gak. hehe)

ilmu selagi mana diamalkan, selagi tu kita dapat pahala.. So, sangat2 beruntung kpd sesiapa yang menjadi cikgu dan guru, selagi mana org mengamalkan ilmunya, selagi tu lah beliau mendapat pahala yang berterusan.. :D

InsyaAllah...

mudah-mudahn post yang pendek dan ringkas ni dapat menjadi pahala berterusan untuk diriku yang kerdil dan faqir ini.. insya Allah.. Ameeen...

Wallua'lam..

____________________________------_________________________

Iklan skit..

ni adalah design terbaru bagi Cenderahati Zahrah...

Kulit buku Al-Maathurat..

ianya sesuai dejadikan hadiah atau cenderahati semasa majlis Perkahwinan dan sebagainya..

Anda boleh klik sini untuk menempahnya... :D



KLIK SINI .... IKHLAS INDAH BAHAGIA...

Tuesday, February 21, 2012

Tips Menjaga Kesihatan

Assalamualaikum WBT..

Alhamdulillah...syuur dgn nikmat sihat kurniaan Allah..
dan rezqi yg x pernah berhenti..Allah Maha Penyayang akan hamba-hamba Nya walaupun hambanya masih melupakan Allah...

Selawat pada Rasulullah SAW...rahamatan lilalamin..

Saya selalu mengatakan pada anak murid saya.. (saya sedang mengajar sbg guru ganti di SMK Sek24 Shah Alam).. "semua yang ada di langiit bumi , anggota badan, keluarga, harta, adalah semuanya kepunyaan Allah SWT...' tiada siapa yang hidup selain dari jagaan dan aturan Allah SWT..

Wajib bagi kita bersyukur... setiap masa mengingati Nya.. kerana pada nama Allah ada segala sifat baik juga pada manusia..

Maka, menjaga kesihatan juga adalah cara besyukur.. kenapa saya mengatakan begitu? masakan tidak, jika kita merokok, kita sudah tahu ianya tidak bermanfaat.. dan akan memudaratkan.. maka kenapa lagi meneruskannya.. ??

1- Makanan Seimbang.. -- senang cerita, makanan seimbang ni adalah makanan yang kita rasa sesuai untuk dimakan.. lengkap seluruh komponen tenaga, karbohidrat, lemak, dan lain-lain lagi.. Kita boleh tahu sendiri makanan apa yang perlu dan makanan apa yang kurang baik.. (hehe)

2- Senaman --- Xsemestinya senaman di padang.. cukup hanya berjalan kaki.. jika kita ke tempat kerja berjalan menaik tanga.. itu juga dianggap senaman.. :D

3- dan yang paling penting.. berdoa pada Allah supaya dijagakan kesihatan kita semua.. semoga kita menjadi hamba yg bersyukur dgn nikmat2 Nya.... :D

Ok lah.. saya sedang menuju visi dan mis terangung saya... LA ILAHA ILLALLAH.. MUHAMMAD RASULULLAH...

Jom bersama saya.. Wallahua'lam...

gambar hiasan~ ketika perlumbaan perahu panjang Perlis International Long Boat Festival 2007

Thursday, February 9, 2012

Blog baru saya.....

Assalam.. mungkin sudah lambat nak mengucapkan

Selamat Menyambut Maulidur Rasul SAW...

sudah lama x menulis blog..

dan harini saya cuma nak mengumumkan.. saya sudah selsai membina satu blogshop baru..!!!

CENDERAHATIZAHRAH.BLOGSPOT.COM

Blog ni khas untuk menerima tempahan hadiah ataupun cenderahati perkahwinan yang sangat menarik!!!..
silalah ramai2 berkunjung ke sana.. :D

Sekian.. Wassalam...


Sunday, January 22, 2012

Latihan Separa Perubatan KKM

Assalam... alhamdulillah. selawat dan salam pada nabi SAW.
semoga hari ini lebih baik dari hari semalam.. insyaallah.. :D

Post hari ini berkisar tentang Latihan Separa Perubatan..bagi perjawatan dalam SPA8i..

Latihan ni selalunya adalah kursus diploma.. macam kursus saya.. (Diploma Pembantu Perubatan).. :p
Ada banyak lagi latihan yang berkaitan.. antara l;ainnya ialah kejururawatan, juruxray, medical lab technologist.. dan lain2 lagi..

bagi sesiapa yang berminat, selalunya, pelajar lepasan SPM akan mengisi borang di laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam untuk memilih jawatan2 yang ada dalam kerajaan.. org cakap --kerja kerajaan--..
Memang satu kelebihan jika mendapat kerja kerajaan ni.. anda sendiri juga tahu..

namun,semuanya adalah rezeki allah taala kepada kita..

jika anda mengisi 8 jawatan, mungkin melibatakan separa perubatan, dan anda layak di temuduga, ia adalah rezeki anda.. bukan senang nak masuk kerajaan ni.. :D

dan hari ini, saya nak perkenalkan pada anda, satu panduan lengkap untuk menjadi seorang JURURAWAT iaitu suatu kerja yang sangat mulia... menolong dan membantu orang2 sakit..

jika anda berminat dengan profesion ini, panduan ini memang SESUAI untuk anda.. segala perkara dari bagaimana mahu bermula dan sehingga akhirnya mendapat pekerjaan, telah dibongkarkan di sini.. termasuk cara membuat resume, dan tips temuduga terbaik.. :D

Panduan ini telah ditulis oleh seorang penjwat awam di kementerian kesihatan malaysia yang telah mengeluarkan odal yang banyak untuk menulis sebuah panduan KHAS untuk bakal jururawat ataupun jururawat yang telah bekerja..

Anda boleh klik di sini untuk ke laman panduang tersebut... :D

-->  http://bit.ly/wVMyR8

ok.. itu sahaja yang dapat saya kongsikan hari ni.. moga segala hajat kita tercapai, dan jangan lupa doa pada Allah Taala untuk kemudahan kita dan segala perkara...

Wassalam..

Wednesday, January 11, 2012

Mari belajar Al-Quran menggunakan teknologi baru!

Asslamalaikum WBT..

alhamdulillah, dapat juga update blog ni.. sibuk dan tak sempat dek kerja-kerja mendesign dan biznes di IlhamZahrah Printing.. (BISNES PRINTING, bisnes cards dan lain2 lagi.. -_-).

insyaallah hari ni saya nak share mengenai PEN DIGITAL AL-QURAN.., Mengikut kajian, terdapat ramai orang yang ingin belajar membaca Al-Quran. Mereka ini adalah daripada golongan yang berumur dan ramai juga yang masih muda seperti kanak-kanak & remaja. Pada kebiasaannya, kanak-kanak akan belajar Al-Quran di madrasah-madrasah dan surau-surau, manakala golongan yang berumur akan belajar di masjid atau di rumah dengan mengupah ustaz peribadi sebagai 'home tutor' kepada mereka. 

Namun begitu, tidak dinafikan juga bahawa ramai golongan berumur ini menghadapi pelbagai halangan & rintangan untuk belajar membaca Al-Quran. Antaranya ialah:

1) Suasana pembelajaran di masjid-masjid biasanya tidak selesa bagi kebanyakan golongan berumur ini. Ini kerana kelas bacaan Al-Quran biasanya dihadiri oleh ramai peserta. Mereka berasa malu untuk membaca di hadapan peserta-peserta lain kerana bimbang akan melakukan kesilapan ketika membaca Al-Quran.

2) Golongan berumur ini juga berasa malu untuk meminta guru mengulang kembali ayat yang sama beberapa kali walaupun mereka tidak jelas tentang cara bacaan yang betul. Ini akhirnya akan menyebabkan mereka tidak dapat belajar secara sempurna.

3) Faktor lokasi masjid yang mungkin jauh bagi sesetengah orang juga boleh menyebabkan golongan berumur ini membatalkan niat mereka untuk belajar Al-Quran di masjid. Tidak semua orang mampu untuk mengupah ustaz / ustazah sebagai 'home tutor' mereka.


Justeru kita melihat bahawa golongan berumur ini mempunyai hasrat untuk mempelajari Al-Quran, namun mereka tidak mampu mendapatkan kemudahan yang sewajarnya dalam industri pembelajaran Al-Quran.

Sebagai alternatif buat mereka yang ingin belajar & menghayati Al-Quran, memperkenalkan satu gajet terbaru yang dikenali sebagai Pen Al-Quran Digital. Ia dihasilkan sebagai salah satu alternatif buat mereka yang ingin belajar Al-Quran dengan menggunakan teknologi terkini.  Ia amat mesra pengguna dan mudah digunakan oleh semua peringkat umur.

Dapatkan maklumat lanjut di sini:

-->>  http://www.myqurandigital.com/index.php?ref=ilhamzahrah

INSYAALLAH. Diharapkan alternatif ini akan menjadi satu perkara baru yang akan mengundang rahmat Allah SWT pada kita semua.. Ameen...


Ok. Itu sahaja. Insyaallah kita berjumpa lagi.. :D

Wassalamualaikum WBT...


Tuesday, January 10, 2012

jom Avant!!!

Jom review blog bersama avant dengan hanya copy paste sahaja ayat ini! semua yang sertai blognya akan direview dan 4 orang yang terpilih akan berpeluang meletakkan banner 125x125 di blog avant.. Cepat sebelum terlambat! Copy ayat pendek ini dan paste segera di blog anda! Pastikan anda tidak termasuk dalam GOLONGAN INI ini agar peluang berharga ini dapat dirasai oleh blogger-blogger lain juga.  

----------------------------------------------------tamat-----------------------------------------------------------

Wednesday, December 21, 2011

Malam Ilham

Assalamualaikum.. Syukur nikmat Allah... Selawat dan Salam ke atas Nabi Muhammad SAW. Moga kita semua di bawah naungan dan rahmat daripada Allah... :-)

Sudah lama ku tidak membuat sebarang post dalam blog ni.. berhabuk dah tengok.. -_-

Jadi, banyak perkara berlaku dalam hidup ini di atas ketentuan Allah... Aku redha di atas segala Qadha dan QadarNya...

Dalam masa 2 bulan ni, banyak perkara terjadi, dan banyak perubahan dilalui.. Moga setiap langkahku yang lepas diampunkan Allah dan menjadi amal ibadat ku untuk bertemu dengannya tika sampai waktu nanti...

Wallahua'lam.. Sekian sahaja entry pendek.. saja untuk bermula kembali..

p/s : Mood : masuk ke alam pekerjaan... -_-

~gambar bahagia~

Wednesday, November 23, 2011

Promosi banner 1x1 RM 2 ajer!!!

Assalamualaikum WBT.

Ini adalah promosi terbaru daripada IlhamZahrah Printing. (Syarikat printing saya) -_-

Klik - http://ilhamzahrah-biz.blogspot.com

Banner dan Streamer - RM 2 sahaja untuk saiz 1x1 kaki.!!! MURAH NIE!!!

Boleh buat sebagai banner jemputan kahwin, pengiklanan, publisiti program, dan lain-lain lagi!!!

Klik gambar untuk ke laman web ilhamzahrah.... :-)

 


Klik di sini juga untuk melihat produk-produk lain daripada IlhamZahrah Printing...

FANPAGE ILHAMZAHRAH

Sekian sahaja iklan daripada saya hari ni.. :-

Akhir Kata - Majulah Sukan Untuk Negara..

p/s - Hitam Kuning Hitam Kuning Hitam Kuning!!! Go TIGERS!!! Go TIGERS!!!
hehe.. semangat bola nie...

Saturday, November 12, 2011

Berkomunikasi dengan Allah? Ya Allah, izinkan kami bernafas lagi.....

Salam.

Alhamdulillah.. Ya Allah, izinkan hamba menulis blog ini agar menjadi manfaat kepada diriku dan orang lain juga.. Klu Engkau tidak memberi izin, hamba tidak akan dapat bernafas pun hari ni,, tak dapat makan pun hari ni, tak dapat melihat pun hari ni.

Saudara saudari pembaca, kawan2, moga-moga hidup kita diberkati Allah hari ini..

Semalam masa bersembang-sembang dengan mak mengenai Allah, mak tunjukkan satu buku, bertajuk JIWA POSITIF HIDUP BERTUHAN.

buku ni ditulis oleh Ustaz Fuad Latip. Boleh bukak link ini.. http://www.fuadlatip.com/v1

dan buku tu pun boleh di download dengan percuma.. Best buku ni, walaupun baru baca dalam 10 mukasurat sahaja...

Beliau cerita mengenai JIWA SUPER - pada muqaddimah. (VOL 1)

Apakah jiwa super? Sentiasa berkomunikasi dengan Allah.. Doa adalah antara cara2 berkomunikasi dengan Allah. Ada banyak lagi cara.

Satu perumpamaan yang membuatkan saya TERFIKIR sangat-sangat ialah : Bayangkan kita nak gunakan barang kawan kita ataupun nak pinjam barang, kita mestilah minta izin kat kawan kita tu. "Min, nak pinjam baldi jap, nak basuh baju" ----- contoh :D

Begitu juga dengan Allah, Allah pinjamkan kita udara- Kita kena minta izin kat Allah kita nak pinjam untuk bernafas...

TAPI..

pernahkah kita minta izin dengan Allah untuk membuat segala perkara.. klu doa tu mungkin selalu kita buat, tapi doa dan mintak izin adalah perkara yang berbeza.!!  KURANG AJAR nya kita tak mintak kebenaran Allah untuk guna air Allah...

Setiap barang Allah punya..!!!

Astaghfirullah... Subhanallah... ''memang sangat terkesan dengan muqaddimah ustaz ni"....

Wallahua'lam.. sambunglah baca dengan klik di sini... dan download e-book beliau..

http://www.fuadlatip.com/v1/

Wassalam... :-) ya Allah, ampunkan dosa kami ya Allah..... kami banyak berdosa padaMu ya Allah...

p/s : KLIK JUGA DI SINI... : PRA SEKOLAH PERCUMA UNTUK ANAK-ANAK??

Thursday, November 10, 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha 1432 H

Asalamualaikum WBT.

huh.. dah lama betol xupdate blog.. (gunA broadband lebih hebat!!)

:D

Sibuk lah katakan... Diploma PPP pun nak habis dah nih.. huhu..

Kepada kawan2 kelas, harap2 semua dah settle pasal kerja2 dan assignment, HSR dll di kolej.. Kita nak habis dah nih...

Jugak kepada saudara saudari sepupu sepapat Amin, Amin harap semua dlm keadaan ceria selalu..!!

Hari ni 10hb 11. Esok 11.11.11. Memang cantik tarikh tu.. Moga2 Allah berikan rahmat dan hidayahNya kepada kita semua..!! Sebut AMIIIN!!!  Amiiiin.... :-)

Di kesempatan ini, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha.. Maaf Zahir dan Batin.. walaupun raya dah habis 4 hari semalam... hehe.. ^-^ (terlambat ucap pun ucap jugak kan? hehe)

Ok lah.. tu saja..

Wallalhua'lam...

p/s : Saya buat Bisnes Printing... baru lancar Hari Raya pertama...
     : Klu ada kawan2 yang nak kahwin ke, boleh la buat kad kahwin kad saya.. Harga member2 boleh kira lah.. huhu!!
     : ni link fanpage di facebook.. LIKE yer!!!
     : http://www.facebook.com/ilhamzahrahprinting
P/s : KLIK sini juga... Percuma untuk anak-anak

Your Printing World

Friday, October 14, 2011

Kajian amalan pemakanan di kalangan remaja

Asslamualaikum WBT.

Alhamdulillah.... segala puji bagi Allah.
Selawat dan salam pada Nabi SAW.

Dapat lagi menulis hari ni, dah lama x post tajuk baru..

Ini post saja2 letak.. kot lah ada orang yang akan search di google mengenai "Amalan Pemakanan" ni..

Ni adalah tajuk kajian saya sebelum saya tamat kursus diploma Pembantu Perubatan di sini.

tajuk penuh saya ialah Kajian Amalan Pemakanan di Kalangan Remaja di Pangsapuri Car****, Selangor.

ni baru bab 1. -_-

LATAR BELAKANG


Kesihatan  adalah  suatu  keadaan  yang  sempurna  dari  segi  fizikal,  mental,  dan  sosial  serta  tidak  hanya  bebas  dari  sebarang  penyakit  dan  keuzuran. Seseorang  yang  sihat  dan  sempurna  akan  menjalani  sebuah  kehidupan  yang  berkualiti     dan   bermakna.  Manakala,  seseorang  yang  sakit  akan  mengalami  keadaan  yang  muram  dan  menganggap  diri  tidak  sempurna serta  tidak  boleh  menjalani  kehidupan  sesempurna  mungkin.
            Belakangan  ini,  masalah  kesihatan  yang  tidak  melibatkan  penyakit  berjangkit,  atau  dinamakan  Non-Communicable  Diseases  (NCD),  telah  menjadi  pembunuh  utama  penduduk  dunia.  Antara  contoh  penyakit  NCD  ialah  penyakit  jantung,  diabetis,  kanser,  dan  paru-paru  kronik.  Mengikut  kajian  Pertubuhan  Kesihatan  Sedunia  (WHO)  di  peringkat  global,  seramai  17  juta  orang  mati  akibat  penyakit  kardiovaskular  pada  2005,  7.4  juta  lagi  mati  akibat  kanser  pada  2004,  220  juta  penduduk  lagi  menghidap  diabetes  pada  2005,  manakala  1.1  juta  meninggal  dunia  akibat  penyakit  sama.  Malaysia  tidak  terkecuali.  Malah,  kajian  mendapati  penyakit  jantung  dan  strok  mencatatkan  jumlah  tertinggi  kadar  kematian  di  hospital  kerajaan  dan  ia  juga  adalah  punca  utama  kematian  pramatang  (di  bawah  60  tahun)  di  Malaysia.  Tahun  2009  sahaja,  jumlah  kematian  akibat  NCD  di  hospital  kerajaan  di  seluruh  Negara  mencecah  47,266  orang.  Semua  penyakit  ini  terutama  penyakit  yang  berkaitan  sistem  kardiovaskular  dan  diabetis  ada  kaitan  dengan  amalan  pemakanan  individu  tersebut.
             Amalan  pemakanan  seorang  individu  yang  seimbang  dan  berkualiti  akan  mempengaruhi  tumbesaran,  pemulihan  dan  kestabilan  kesihatannya  pada  tahap  yang  maksimum.  Lebih-lebih  lagi  pada  peringkat  umur  remaja  yang  sedang  membesar  dan  terdapat  faktor  lain  yang  mempengaruhi  cara  pengambilan  makanan.  Justeru,  remaja  haruslah  mengambil  berat  mengenai  isu  ini  lebih  awal  bagi  mengekalkan  kesempuranaan  hidup  yang  berkualiti  dan  bermanfaat.  Sebarang  masalah  kesihatan  yang  melibatkan  penyakit  tidak  berjangkit  mahupun  berjangkit  khususnya  yang  dialami  semenjak  remaja  akan  berlarutan  sehingga  dewasa  dan  lewat  dewasa.  Apabila  ini  berlaku,  pelbagai  komplikasi  lain  akan  muncul  yang  semuanya  hanyalah  berpunca  daripada  amalan  pemakanan  yang  tidak  baik  dan  seimbang.
            Oleh  yang  demikian,  kajian  ini  lebih  menjurus  kepada  amalan  pemakanan  di  kalangan  remaja  dari  segi  kaedah  pengambilan  dan  tahap  pengetahuan  mereka  mengenai  isu  ini.  Satu  kajian  seperti  ini  perlu  dilakukan  bagi  membongkar  cara-cara  pengambilan  nutrisi  seimbang  seterusnya  dapat  menyelesaikan  kepincangan  dan  masalah  kesihatan  yang  kritikal  kini.  

KENYATAAN MASALAH
Zaman remaja ialah zaman yang kritikal dalam menentukan masa depan dari segi kesihatan, matlamat hidup, dan kepimpinan masyarakat akan datang. Ini kerana pada peringkat umur ini faktor pemilihan sesuatu perkara terutamanya makanan dan nutrisi berada di tangannya. Kehendak remaja terhadap makanan akan mempengaruhi kesihatan diri. Ini akan menjadi masalah bagi remaja dalam pemilihan makanan dan amalan pengambilan yang tidak teratur seterusnya menyebabkan timbul tanda-tanda dan gejala penyakit yang tidak diingini.
            Berdasarkan kepada latar belakang masalah, penyelidik ingin membuat kajian mengenai amalan pemakanan di kalangan remaja di Pangsapuri Car****, Selangor.

 Objektif Kajian
Objektif Umum :
Mengenalpasti amalan pemakanan di kalangan remaja di  Pangsapuri  ****  Selangor.
Objektif Spesifik :
              i.        Mengenalpasti jenis makanan yang diamalkan oleh remaja.
            ii.        Mengenalpasti corak pengambilan makanan yang diamalkan oleh remaja.
           iii.        Mengenalpasti tahap pengetahuan remaja tentang amalan diet seimbang dan risiko penyakit yang akan dihadapi jika amalan diet seimbang tidak diamalkan.



Research saya ni belum siap lagi.. jadi memang xboleh nak pos la yer.. hehe..

Ok.. Wassalam..

p/s : 16 hb 10 ada Hari Blogger Sedunia... ada pos khas yang akan ditulis oleh semua blogger yang ada..
Jom.. Jom pos di sini,

Saturday, October 1, 2011

Jom kenali Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)

Assalamualaikum wbt..

salam sejahtera..

alhamudlillah hari ni start posting di unit Kecemasan Hospital Kuala Krai..

selama 4 minggu saya akan berada di unit ini...

Post hari ni ingin menagajak anda mengenai sebuah persatuan belia yang sangat best saya sertai.. insyaallah..

PEMBINA...

Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) adalah persatuan belia kebangsaan yang ditubuhkan pada September 2006. PEMBINA berdaftar di bawah Pendaftar Persatuan Belia dibawah Kementerian Belia dan Sukan dengan nombor pendaftaran PPBM 2111/09. PEMBINA telah mempunyai 17 cawangan yang aktif di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Matlamat utama penubuhan PEMBINA adalah untuk menggembeleng tenaga golongan belia Islam Malaysia secara positif demi kemakmuran negara, melalui usaha berterusan dalam membangun syakhsiah dan jatidiri belia, serta gerak kerja kemasyarakatan yang mesra, bersepadu dan tersusun. Sejak penubuhannya, PEMBINA secara aktif terlibat dengan aktivisme belia, khususnya dikalangan pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta.

laman web rasmi pembina.....
www.pembina.com.my

ni ada gambar2 program PEMBINA yg saya pernah join..  =)

Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis (2009)
Mukhaiyyam di Taman Negara Kelantan, Kuala Koh

Banyak lagi program lain mcm sukan, berkelah, qiamullail, dan banyak lagi,..

alhamdulillah...

jom join PEMBINA untuk membina diri sendiri!!!..

:-)

Ok lah.. nak uplod gmbar x sempat... line slow skit..

ok.. wassalam...



Friday, September 23, 2011

Pengalaman Lima Hari di Dewan Bersalin


Assalamualaikum WBT.

Selamat bersua kembali. (-_-)

Semoga pertemuan kali ni dapat mengundang rahmat dan redha Allah…

Dah seminggu tak update blog dan kali ni saya nak share sikit pengalaman saya selama 5 hari pertama berada di Dewan Bersalin Hospital Machang. Ada lagi 5 hari esok. =) Dan ini sebenarnya adalah cabaran sebenar sebelum saya dapat menjadi seorang Penolong Pegawai Perubatan yang hensem, bergaya, kompeten dan knowledgeable… :-) (ayat encik mansor ni)

Pertama sekali, mengenai kehamilan dan kelahiran, kita akan terfikirkan seorang ibu bersama kandungannya di dalam perut. Ini kisah hidup sesiapa sahaja termasuk kita yang lahir di dunia ini. Apa yang saya lihat ialah pengorbanan seorang ibu yang sanggup berkorban nyawa menahan kesakitan, berusaha untuk melahirkan anaknya; mungkin kita suatu masa dahulu tika ibu kita melahirkan kita, -tiada tolok bandingnya kesakitan yang dialami.

KELAHIRAN SECARA NORMAL (SPONTANEOUS VERTEX DELIVERY-SVD)

Dalam post sebelum ini (klik) ketika saya berada di Dewan Bedah, saya hanya melihat prosedur bedah (LSCS) ataupun Caesarian –ibu dibedah untuk dikeluarkan anaknya. Mungkin para ibu yang bersalin menggunakan cara ini (kerana indikasi tertentu) tidak merasai sakit seperti sakitnya ibu yang bersalin secara normal.

Pada hari kelima iaitu hari khamis, baru ada rezqi kami untuk melihat satu prosedur melahirkan anak secara normal ni. Sepatutnya tiap-tiap hari ada, tapi hari kelima baru kami berpeluang untuk melihat. Lepas ni boleh dah nak konduk sendiri kelahiran tu dengan pengawasan L.P (local preceptor) kami. =)

Sebak di dada (nak nangis malu. hehe) masa tengok kelahiran tu.

Seorang ibu berumur ## tahun mengandung anak ketiga dan telah mempunyai 2 orang anak sebelum ini. Umur kandungan adalah 38 minggu 2 hari. Dijangka akan melahirkan anak pada  4 Oktober 2011.

Istilah perubatan – G3P2 (Gravid kali ketiga, Para dua)
Period of amenorrhea (jangka masa tidak datang haid) = period of gastation (jangka masa kehamilan)
P.O.A = P.O.G = 38 minggu 2 hari
Expected Delivery Date (E.D.D) = 4 Oktober 2011

Inilah kes yang kami terima. Apabila jangka masa kehamilan telah mencapai 36-40 minggu, kelahiran tersebut tidak dikatakan pra-matang. Bayi yang akan lahir itu telah matang pada umur tersebut. (jika salah tolong tegur) – ada yang kata kandungan matang ialah 38-42 minggu. :-)

Staff nurse: “masa sakit awak teran!! Teran dengan geram!! Bismillah, Ingat Allah”
Ibu: “tak boleh lah!!!”
SN : “haih, awak mana boleh cakap tak boleh… Ni tengok anak awak ni.. Dah Nampak kepala dah ni!!!
Kalau lama-lama anak awak lemas nanti!!”
Ibu : “yeah….yeah….”
SN : “ geram lagi, kuat lagi!!. Sikit lagi ni..!!”
Ibu : ……..

………………………….. uwek……uwek……uwek……

Jelas terpancar senyuman kegembiraan pada ibu bayi mendengar tangisan tersebut. Hilanglah segala kesakitan yang dialami tadi….

:-)
(-_-)

Allahuakbar Allahuakbar (azan) baby boy yang comey.... :-)

SEBAGAI RENUNGAN

Sebagai renungan, ada satu kata-kata Arab atupun pepatah lama, saya pun tak pasti, kalau salah tolong tegur jugak ye..

“Biarlah orang menangis kegembiraan ketika kelahiran kita,
Jangan biarkan orang menangis kegembiraan ketika kematian kita.”

Wallahua’lam. Ini sahaja yang dapat saya tulis. Mungkin di lain masa saya akan cerita pulak pengalaman menyambut bayi baru lahir… :-)

Wassalam..

p/s Post ini hanya tulisan pengalaman. Jika ada kesilapan, tegur-tegurlah.
Pada kawan-kawan (M.A) yang baca, moga dapat menyambut anak sendiri nanti… :-)

p.s.s : ada hadiah ipad2 free di sini!!! Klik...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails