Sunday, September 26, 2010

Syukur...

Salam. Alhamudlillah... Aku bersyukur diberi nikmat sihat ini...

Sudah 2 minggu saya berpraktikal di hospital.. best lah jugak.. banyak pengalaman baru saya dapat..

dan skill saya pun bertambah baik.. Dan dalam hati ini, apabila melihat pakcik2 sakit terlantar di atas katil di dalam wad, sedih rasanya. ada juga abg yang muda2 lagi dah kena kanser, remaja sekolah menengah ada masalah buah pinggang, dan banyak lagi penyakit yang dihidapi oleh pesakit2 di dalam wad nie.

saya xbleh bayangkan bagaimana keadaan nya jika saya sendiri berada di tempat mereka.. tentu sedih, tidak bleh nak buat apa2. xbleh g sekolah, dan xbleh buat apa yang org lain buat...

Jadi saya bersyukur sangat di atas nimat sihat yang Tuhan bagi ni.. Alhamdulillah...

Friday, September 24, 2010

Rindunyer....

Salam.

Apabila saya melihat balik gambar2 saya masa gi umrah aritu, saya jumpa gambar nie...


Gambar ni diambil masa malam pertama, kami baru sahaja tiba dari KL ke Medinah.
Dalam Masjid Nabi.. Bila tgk gambar nie, terasa sangat2 rindunya akan Masjid Nabi.
Terasa baru macam semalam balik dari sana.. Masih terasa kesejukan dan keselesaan di dalamnya..

kat mana la nak cari masjid nabi kat malaysia nie.. xde bandingannya.. mesti x sama walaupun
ada masjid di Malaysia ni yang sejuk.

Kesejukannya memberi satu keselesaan yang amat nyaman.. Keindahan lampu2nya memberi sinar bahagia..
Terasanya nak pergi solat jemaah di sana lagi..!!

Ya Allah, panjangkanlah umurku dalam kebajikan.. Berilah peluang kepadaku lagi untuk berada di Masjid KekasihMu
Ya Allah.. Berikanlah peluang kepadaku untuk menunaikan ibadat haji dan umrah kepadaMu Ya Allah.. Aku rindu sangat kepada
RumahMu Ya Allah.. Aku rindu sangat kepada Masjid Rasulullah..

Namun, Kau pendekkanlah umurku dalam kemaksiatan Ya Allah.. Sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurgaMu, Namun tidak pula aku sanggup ke nerakaMu Ya Allah...

Amiiin...

Wassalam...

Tuesday, September 21, 2010

Penolong Pegawai Perubatan (P.P.P)

Salam.
Dengan Nama Allah Yang Mah Pengasih lagi Maha Penyayang...

Pembaca yang dihormati sekelian,

saya rasa saya x pernah cerita lagi pasal profesion pekerjaan yang saya pilih dalam blog nie...

dan hari ni saya rasa macam nak cerita la skit pasal pekerjaan ni. Saya sekarang dalam latihan Diploma Pembantu Perubatan di Kolej Islam Sains dan Teknologi, kelantan dan sekarang saya sudah berada di Tahun Dua, Semester 4.

Apabila saya grade nanti pada hujung tahun hadapan, saya akan memulakan kerja saya sebagai PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN @ Assistant Medical Officer (AMO) @ Medical Assistant (MA) yang berlesen InsyaALlah..(mohon doa semua :-) )

Sebenarnya, pekerjaan PPP ini saya rasa, ramai lagi orang di luar sana yang tidak mengetahui akan PPP ini.
Ini kerana, apabila mereka pergi ke hospital ataupun klinik kesihatan, mereka hanya kenal Doktor dan juga Jururawat,...

dan jika anda salah seorang daripada mereka, PPP ini dahulunya dikenali sebagai HA (hospital assistant), dan dahulunya lagi dikenali sebagai dressar.

Sebelum saya memasuki latihan MA ini, saya juga tidak tahu akan adanya pekerjaan MA ini..

Bolehlah dikatakan PPP atau MA ini sebagai 'hero yang x dikenali' / unsung hero

Sebenarnya, peranan PPP ini sangat besar di dalam sistem perkhidmatan kesihatan di Malaysia.. Seorang PPP selalunya akan bertugas di Jabatan Kecemasan, dan juga klinik kesihatan. Selain itu, PPP berada di semua unit lain seperti Dewan Bedah, klinik specialist (mata, telinga, tekak), Unit Cardiology, Hemodialysis, Ortopedik (tulang) dll.

PPP boleh melakukan tugas-tugas Pegawai Perubatan seperti mendiagnos pesakit, mempreskrip ubat kepada pesakit, dan melakukan pembedahn-pembedahan kecil seperti circumcision (khatan), nail avulsion (buang kuku yang rosak/patah) dan menjahit luka2 kecil..

Sepanjang latihan saya melalui teori kelas dan pratikal, saya mempelajari hampir kesemua tajuk perubatan dan pembedahan. Pembelajaran saya hanya general dan tidak terlalu detail seperti pengajian doktor. Di samping itu, kami juga dititik beratkan dengan soft skill seperti skil2 kejururawatan.

Jika hendak dilihat dari kacamata lebih profesional, MA ini mengambil tugas PARAMEDIK. Dengan ketara, kita boleh menyaksikan 'pahlawan yang tak dikenali' ini akan menguruskan dengan cekap kes2 kecemasan di tempat kejadian seperti kemalangan kereta dll. M.A lah yang pertama sekali akan menunggu anda di Jabatan Kecemasan hospital untuk melakukan prosedur2 kecemasan seperti dalam kes sesak nafas, sakit jantung, renjatan (shock) dan banyak lagi...

berlagak doktor.. hehe
Bukan itu sahaja, PPP juga boleh mengendalikan kelahiran secara normal. Saya berasa tidak sabar menunggu pembelajaran untuk berada di Labour Room masa semester 6 nanti..

Dan satu lagi, MA yang bertugas di klinik, kebiasaannya akan menerima pesakit, membuat pengambilan sejarah, melakukan pemeriksaan fizikal, membuat investigasi, kemudian mendiagnos, lalu mempreskripsikan ubat kepada pesakit tersebut. Jika pelanggan yang x tahu, dia akan menggelar MA sebagai doktor!!. (hehe. riak skit)

Walaubagaimanapun, itulah tugas dan peranan sebenar profesion saya yang profesional ini...

harap semua pembaca boleh menerima cerita saya nie.. hehe.

Klu anda ingin maklumat lebih lanjut mengenai sejarah, tugas2 PPP ini, anda boleh klik sini

page ni lah yang saya buka dan baca masa saya nak interview SPA untuk jawatan PPP ini. Alhamdulillah saya berjaya mendapatkan jawatan ini dan saya syukur sgt2.. Masa tu lah baru saya tahu mengenai profesion ini..

masa kat hospital KB-praktikal sem 1

Rasanya tu sajalah yang dapat tulis petang nie.. dah x larat nak tulis... dah xdak ilham...

Ok. Sekian.. 

Wassalam/.....

p/s/s : ipad 2 free di sini!!!!  KLIK....

Sunday, September 19, 2010

Salam Aidilfitri-Lama x tulis blog...

Salam. Rasanya boleh lagi nak ucapkan salam aidilfitri kepada semua pembaca yang dihormati sekelian...

Sapa lah agaknya yang baca blog ni.. harap2 ada yang membaca.. :-) blg ni bukan macam blog hilal asyraf, naimul firdaus, yang ramai sgt follower dia...

saya tulis ni tujuan asal hanya untuk mempertingkatkan ilmu dalam diri, mengingatkan diri sendiri sahaja... xkisahla org baca ke x kan,... lagipun saya ni bukannya pandai sgt menulis ni.. hehe.

Salam Aidilfitri. harini dah 10 Syawal.. dah lama x update blog nie. xsempat... minx maaf lah ye..

harini nak kongsi satu cerita skit kat hosp td... bukan cerita la.. tapi satu dialog antara saya, wan dan seorg pakcik kat surau hospital nie, lepas solat zohor... (buat pengetahuan, saya sedang menjalani latihan klinikal di Hosp Besar KB)

Saya mula menegur pakcik dan bersalaman dan senyum...
Pakcik ni tegur :- Adik, adik ni dari kolej mana? (baju putih seluar hitam)
Saya : Saya dari KIST, bachok.
Pakcik : ow, baju macam ni ambik jurusan apa?
Saya : Saya Pembantu Perubatan.
Pakcik : Tahun berpa dah?
Saya : Tahun dua dah.. ujung tahun depan habih la...
          Kalu baju putih seluar putih tu pelajar nursing (misi). (saja bagitahu pakcik tu..)
Pakcik : hok misi tu pun ada jate ka?
Saya : Ada.. kalu puan kita panggil misi, klu laki kito panggil misa.. hehehe. sanbil gelak dgn pakcik tu..
Pakcik : ok. Tiga tahun deh? diploma.
Saya : Ho. diploma 3tahun jah...
Pakcik : ho, sekejap ja lagi. Setahun.
              Satu kalendar jah!!
 Saya senyum dan gelak kecil..
Saya : Minx diri dulu pakcik. nak balik dah nih...
Pakcik : ok2...

Kami bersalaman dan berlalu lagi..

Apa yang saya rasa menarik dengan perbualan ni ialah bila pakcik tu cakap masa sekejap je lagi. setahun, SATU kalendar JAH!!!

betul ke sekejap je lagi...
 mungkin betul la..
masa ni klu dipikir2kan sebenarnya sgt rugi klu kita xguna betul2.
setiap masa adalah masa. kita xboleh lari dari masa...
waktu berdetik. sekarang petang,. kejap lagi malam. lepas tu tidur sampai esok pagi..
 pastu lusa, pastu tulat, and then minggu depan, ..>>>>>>>

tapi dalam menempuh hari2 kedepan nie, saya akan menempuh banyak lagi ujian... sebagai org beriman, manusia akan sentiasa diuji, seperti dalam ayat surah al-anfal...

adakah saya akan menempuhnya dengan berjaya?? InsyaAllah... Saya mesti berusaha bersungguh2 untuk terus menempuh ujian2 dengan hati yang cekal..

Dan sebgai peringatan, bila semakin hari kita hidup, kita semakin menghampiri kematian... kita selalu lupa akan mati.. Semalam dalam wad, ada dua patient meninggal dalam wad. Saya dan kawan bagging pakcik yang dah diintubate tu sampai pakcik tu melafazkan nafas terakhir..memang doktor dah xleh buat apa2 dah.. spo2 pakcik tu x naik2..
sedih rasa. keluarga pakcik tu penuh tepi katil tu.. dan saya kena tunggu pakcik tu sampai betul2 asystole...

sebenarnya masa tu la, saya rasa sedih, dan terfikir akan kematian,.. bila hujung2 nyawa pakcik tu, saya melihat tengkuk dan kepala pakcik tu seperti sedikit bergetar2. agaknya masa tu la, masa ruh keluar dari jasad.. ditarik oleh malaikat maut.. allahuakbar. semoga pakcik tu dimasukkan ke dalam ruh org2 beriman...

Pasal masa jugak, kadang2 saya terasa lambat.. x sabar rasa nya nak graduate... x sabar rasanya nak kerja.. tapi ramai org bagitahu, bila dah kerja nanti akan teringat2 balik zaman belajar...

zaman belajar lah masa yang paling best.. enjoy.. kata abang saya..
masa muda ni la, kena carik pengalaman banyak2. xsiapa kacau. kata ustaz hasrizal dalam "bercinta sampai syurga"

so, apa yang aku kena buat sekarang :??

  • terus meneruskan hidup dengan gembira dan ceria, sambil melakukan tugas sebagai seorg khalifah bumi,
  • beribadah, berbuat kebajikan, senyum, 
  • menghadapi ujian dengan cekal
  • meningkatkan iman,
  • berkawan dengan berhati2, sebab kawan boleh mempengaruhi kita
agaknya tu ja la yang saya kena buat skrg .. rasanya banyak lagi kan..

ok lah.. tu ja idea saya nak tulis petang nie...   :_)

 Wassalam....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails