Monday, November 29, 2010

Kenapa Kita Beragama Islam

Salam.

Surah Al-Anbiyaa ayat 107 ; Dan tidak Aku utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan rahmat ke seluruh alam..

Dalam ayat ni, ustaz masa kuliah maghrib tadi cerita pasal rahmat.

Rahmat yang nabi bawa ialah ISLAM...

Kenapa kita ni Muslim/orang Islam?? Adakah kerana mak ayah kita islam maka mita pun islam??

Jawapannya ialah kita sekarang ni Islam sebab Allah sayang pada kita.. KASIH SAYANG ALLAH. itu sebab kita harini hidup sebagai seorg Islam..

Tetapi sejauh mana kita menghargai kasih sayang Allah..?? Perbandingannya adalah seperti seorang sahabat atau teman memberi kita hadiah sebatang pen yang bernilai rm2. Dia memberi sebagai tanda persahabatan dengan kita. Jadi kita akan menghargai pen yang murah tu.. betol x..?

So, kita kena hargai kasih sayang Allah yang telah menjadikan ita sebagai Islam..

KASIH SAYANG ALLAH

Dan Islam, ada 3 sifat yang menjadi tanda kefahaman kita akan kasih sayang Allah yang memberikan kita islam ini..

  1. Islam itu tidak membebankan penganutnya..
  2. Islam itu mudah
  3. Islam itu untuk kita..
ISLAM ITU SENANG
 
Islam itu senang. Islam tidak membebankan. tapi sekarang ni, nauzubillah, kadang2 kita rasa islam ni susah. nak kena solat, nak kena tutup aurat, dll..

Kenapa kita rasa macam tu?? Sebab kita -1- x faham islam dan -2- kerana kita yang menyusah dan membebankan Islam itu sendiri!!!...

Kenapa kita xfaham Islam?? sebab x belajar.. sebab apa x belajar ??sebab rasa dah pandai...

Solat-xsusah.. klu xleh solat berdiri, duduk, klu xleh duduk, baring, klu xleh baring, isyarat mata, klu xleh jugak dah mati la tu agaknya.. :)

Puasa-xsusah.. sekali ja setahun.. dari pagi sampai maghrib. kejap ja.. tapi klu nak kata beban, contoh ; kita nak kena operate, doktor suruh puasa. susah ke senang?? dah la skait, suruh puasa plak..
ni kita ramadan masa xsakit, puasa.. xsusah pun,....

dah kalau uzur, xyah puasa, klu musafir, boleh bukak.. tapi ganti hari lain.. senang ke susah??
klu xmampu jugak bayar fidyah..

Zakat-xbeban...- Ada duit bayar.. sikit je rm7. tapi klu xmampu, kita pulak jadik asnaf.. dapat duit zakat.. senang ke susah??

Haji,-xsusah.. bagi sapa yang mampu, jika x mampu, xpe..  usaha sampai mampu,.. susah ke Islam ??


ISLAM UNTUK KITA JUGA


Sebab apa kita kena buat apa yang Allah suruh?? tinggal apa yang Dia larang...


Sebab semuanya hanya untuk kita juga.. Faedahnya hanya untuk kita.. Kita buat baik, kita dapat pahala.. Kita buat jahat, kita dapat dosa..

Kita buat ke, kita x buat ke, Allah xterjejas pun.. Kita hidup ni pun atas rahmat Dia.. Bumi Dia..

Kita buat amal, dapat balik kat kita...

KESIMPULAN

Sedap betul ustaz tadi ceramah, lawak pun lawak gak..

Kesimpulannya dia kata,

HARGAILAH ISLAM YANG KITA ANUTI SEKARANG...
  • FAHAM ISLAM
  • HAYATI ISLAM
  • LAKSANAKAN
InsyaAllah.. marilah kita semua merenung kembali dan koreksi diri kita...
dimana silap kita sebelum ini..

dan saya juga dengan ini mintak maaf kat sahabat2, teman2- saya buat silap, saya mengaku, maafkan saya..


Wassalam..

Sunday, November 28, 2010

Ilhamku

Aku mengaku rindu datang,
Hati tenang menjulang ilham,
Sinar Islam menyuluh terang,
Akal damai tanpa kelam.

Hatiku memaut mawar berduri,
Disiram orang air di tepi,
Namun terik menumpaskan diri,
Ku tahan agar rindu terhenti.

Ilham mustika tatkala senja,
Kota samar lampu duga,
Ku rempuh sakit jua,
Menari lalang suka ku duka.

Lembut sutera isi tersirat,
Panah tajam membidik jiwa,
Qalbi maaf andai kelat,
Dek duka perit dada.

Hanya untukmu hati...


Sunday, November 14, 2010

REDHA ALLAH

Salam.
\
Ni motivasi skit..!!! (baca dgn semangat !!)

Dalam hidup ini apa yang kita mahu sebenarnya??

nak duit? Hidup senang? xnak menyusahkan org? Nak jadik kaya??

nak enjoy je?? nak buat apa yang kita suka??

Apa sebenarnya yang kita mahu sebenarnya..??!!! kita hidup setiap hari, klu bekerja-nak carik duit..
kalau belajar-nak carik ilmu nak lulus exam dapat sijil, diploma, ijazah..

Di samping kita bekerja/belajar- kita mesti ada buat benda lain... mcm bersembang.. main game... main facebook... baca buku... tulis blog... baca blog org.... memasak.... memabasuh... dan byk lagi..

persoalan nya- kenapa kita buat benda2 tu?? mestilah jawapan nya..-nak buat apa lagi.. klu x bersembang nak buat apa.... klu x memasak nak makan apa... klu x tgk tv boring,,,.. klu xbaca xdapat ilmu...  kan3?!!

haa... Kat sini saya nak bagitahu..- apa yang saya tulis kat atas ni sebenarnya adalah jawapan kita.. betul x?? termasuk saya..

POINT SAYA

Apa point saya arini?? 

Sebenarnya, jawapan yang paling tepat adalah, iaitu jawapan org yang beriman dan beragama ialah... ::

MARDHATILLAH / keredhaan Allah / Allah redha kita

Apa yang kita buat, kita nak redha allah sebenarnya... kita belajar, kita nak redha allah... kita gi kerja nak carik duit, kita nak redha allah...

kenapa kita nak redha Allah..??

sebabnya ialah, kita nak masuk syurga...kan??!!

siapa yang nak masuk neraka. betul x.?? Jadik, hanya dengan redha Allah kita dapat masuk syurga.. Kita xkan dapat masuk syurga klu Allah x redha kita.. kita xbleh masuk syurga dengan amalan2 kebaikan pahala yang kita buat.. betul x?

byk mana sgt benda baik yang kita buat?? bayangkan, kita sehari ada 24 jam, siapa yang dalam 24 jam ni, dia buat pahala jer?? angkat tangan!! ada x? mesti xde punya lah...

ok.

MAK SAYA PESAN

Realitinya, dengan amalan yang sikit, pahala yang xbyk, yang banyak nye lagho jer, dosa jer, maksiat jer, tapi kita masih lagi nak SYURGA kan??

cuba kita fikir.. betul kan?

ok.- oleh itu, saya rasa la.. nak bagi Allah redha akan kita ni ada cara dia...:-

- Buat apa yang disuruh
- Tinggal apa yang Dia larang

dua benda ni jer.. senang kan?? senang sebut la, tapi kita ni susah nak buat.. benda2 mcm ni sebenarnya kita boleh fikir sendiri..

nak bersembang pasal cerita org lain, kita tahu sendiri apa yang kita sembang tu baik ke tidak.. datangkan manfaat ke tidak.. kita sendiri boleh menilainya.. kan3?!!

lagi2 la perkara besar, mcm SOLAT. kita dah tahu dah, solat kena buat. klu xbuat berdosa.. dah tahu dah. tapi xnak buat jugak.. kan3??!!

lagi, kita main face book, comment org tu, comment org nie.. comment gambar tu, comment gambar nie.. tapi kita dah tahu dah apa yang kita comment tu baik ke x. manfaat ke x. 

Xlain xbukan lagha jer... xde manfaat pun... kadang2 kita kutuk2 org, dapat dosa jer.. tapi, kita hanya bleh hilangkan stress kita.. itu hanyalah satu manfaat yang kita dapat.

Mak saya ada nasihat- dari dulu lagi 3 perkara :-

1- solat jgn tinggal
2- ingat Allah sokmo... dalm hati ingat allah,... nak g mana pun ingat allah
3- baca quran tiap hari... jgn tinggal langsung. klu xsempat ke, 2-3 ayat pun jadilah...

KESIMPULAN

Saya rasa, nasihat mak saya tu adalah 3 perkara yang sgt2 penting untuk dapatkan reha Allah..
kerana apa, 1-Solat cegah diri dari perkara keji dan munkar.- rasanya semua org pernah dengar ayat quran nie...

kedua- bila dah ingat allah, kita xakan berani buat benda jahat, maksiat, dll.. Hati kita adalah hati yang bersih.
"Kita rapat selangkah kepada Allah, seribu langkah Allah rapat kepada kita...!!" - maksud hadis

ketiga- Quran petunjuk kepada sekelian alam..- Surah Al-Baqarah ayat 2. - ada ustaz saya cakap. kita baca quran ni, bukan sekadar baca, tapi kita mentadabbur AlQuran... memahami isi kandungan Quran..

Oleh itu kita akan dapat apa yang kita mahu, iaitu Redha Allah...

INDAHNYA

Kita bersusah payah di dunia, kita akan senang di akhirat. Indahnya Islam...

insyaAllah, kita kena lakukan benda nie.. Bersama2.. kita kena carik dan usaha kepada Redha ALLAH ni.. Wajib .!!!

____+++ ini adalah kata2 semangat untuk diri saya sendiri, bukannya xbleh bersembang bab kereta, bab kerja, main game, main facebook, tapi HIDUP ni kena jelas matlamat dia..

So, kita xboleh dah nak main2 lagi klu kita dah jelas MATLAMAT kita. 

apalah hidup kita ni, keciiiiiiik sgt... semua pinjam HAK ALLAH.. ni pun nak berlagak. sombong..
Astaghfirullah...

Ok. ni sahaja saya nak motivatekan diri saya mlm nie,.. harap2 semua dapat manfaat. 

UNTUK REDHA ALLAH!!!

Wassalam...

Saturday, November 13, 2010

First Give Away : Pertama Beri Lalu


Salam. saya sedang bercuti dan ada kemudahan internet..

jadi saya nak join Pertama Beri Lalu nieee... hehe.. jgn marah Athirah's Aunty!!!

klik sini

Steps ;


1) Jadi follower AA
2) Berusaha menjadi top visitor. (Visit drp follower akan direkod spt di atas sehingga tarikh luput GA ni)
3) Buat entry psl GA ni.
4) Masukkan gambar GA (yg atas skali tu) dlm entry tersebut.
5) Tag 3 org kawan.
6) Inform link entry yg telah dibuat dalam komen utk entry (First Give Away) ni

Friday, November 12, 2010

Sayyidul Istighfar

Salam.


Zikir Pagi/Petang


Sayyidul Istighfar


Diriwayatkan daripada Syaddad Ibnu Aus R.A, daripada Nabi Muhammad SAW, Penghulu segala istighfar :-

اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ، خَلَقْتَنِيْ وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوْءُ بِذَنْبِيْ فَاغْفِرْ لِيْ فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ
((Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan selain Engkau, Engkau yang menciptakanku. Aku adalah hambaMu. Aku akan setia pada perjanjianku denganMu semampuku. Aku berlindung denganMu dari kejahatan yang aku lakukan. Aku mengakui nikmatMu padaku dan aku mengakui dosaku, Oleh kerana itu ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa selain dari Engkau.))

Nabi berkata: Sesiapa yang membacanya pada waktu siang dan yakin dengannya, lalu ia meninggal pada siang hari itu sebelum malam maka ia adalah dalam kalangan ahli syurga.

dan sesiapa yang membacanya di malam hari, lalu ia meninggal pada malam itu sebelum subuh, ia adalah dalam kalangan ahli syurga.

(Bukhari, Kitab Da'awat, bab Afdhal Istighfar, Jilid 7, Halaman 150, Hadis No 6306)

SYUKUR

Alhamdulillah... Segala puji bagi Allah dan selawat ke atas Nabi SAW.
Moga kita digolongkan dalam golongan orang yang beriman dan bertaqwa..

Hari ni saya berpeluang untuk ke masjid Kota Damansara bersama2 mak. dan selepas Maghrib ada kuliyah Maghrib.

Syukur kerana dapat ilmu baru pada hari ini. Ustaz tu membincangkan dan menyampaikan sebuah hadis kepada jemaah, iaitu hadis dari Sahih Bukhari.

Hadis ialah sumber rujukan kedua dalam Islam yang patut kita belajar dan ambik tahu. Sekurang-kurangnya kita amalkan sunnah sikit daripada xdak langsung.

dan Sahih Bukhari ialah kitab kumpulan hadis yang kedudukannya paling tinggi selepas Al-Quran - bukan Harian Metro (ustaz tu buat lawak)

Selalunya org sekarang, bangun pagi2 carik surat khabar.. buka nak baca quran ke hadis ke..
-terasa la jugak- hehe

dan hadis ini diriwayatkan oleh sahabat yang bernama Syaddad Ibnu Aus R.A. Beliau adalah dari kalangan Ansar.(penduduk asli madinah). - cerita pasal sahabat ni, hadis ini adalah satu2nya hadis yang diriwayatkan oleh beliau dalam sahih Bukhari. Sahih Bukhari ada lebih kurang 9ribu lebih hadis. 

dan 9ribu hadis ini adalah yang terpilih dari tapisan Imam Bukhari yang telah mencari dan menghafaz jumlah hadis yang banyak-iaitu lebih kurang 600ribu buah hadis.. Subhanallah!!!

ni juga maklumat umum tentang sahabat Nabi ; Sahabat nabi ialah yang hidup pada zaman Nabi masih ada, pernah berjumpa Nabi dan beriman dengan nabi..

Adapun Abu Jahal, Abu Lahab, Musailamah Al-Kazzab juga hidup pada zaman Nabi, tetapi mereka tidak beriman dengan nabi..

dan juga seorang tabiin yang bernama Uwais Al-Qarni, juga hidup pada zaman nabi, tetapi tidak berkesempatan untuk berjumpa nabi kerana menjaga ibunya yang sakit, uzur lagi buta. beliau ada Tabii'in keran hanya berjumpa dengan Sahabat sahaja... tidak mendapat title Shabat kerana tidak pernah berjumpa nabi..

Bagi Sahabat sahaja mendapat pangkat R.A. (Allah meredhai nya)

INTISARI ZIKIR

dimulakan zikir dengan kita mengaku ENGKAULAH RABku, 

Sebenarnya semua orang, xkira islam, kafir, mengaku bahawa yang mengaturkan segalanya adalah Allah. Mana mungkin kita boleh mengawal aliran darah dalam badan kita. kita manusia ini sgt lemah.  Orang cina, india juga mengakui, cuma mereka degil. tidak mahu mengucap. Masih meneruskan ajaran nenek moyang mereka yang syirik...

Hatta Abu Jahal Abu lahab juga mengaku tuhan penjaga Kaabah adalah Allah. pada ketika Kaabah ingin diserang oleh tentera bergajah Abrahah, Abu Jahal dan Abu Lahab hany duduk relax goyang kaki, sebabnya ialah mereka hanya menjaga dan menguruskan kaabah, urusan orang buat haji dll. Mereka yakin Allah adalah penjaga Kaabah. 

Cuma mereka degil, tidak mahu beriman dengan Nabi.

Lagi digabungkan Anta Rabbi dengan kalimah Tauhid (laa ilaha IllAllah)..

Ini lah perbezaan iman kita dengan iman Abu Jahal. Mereka tidak mengucapkan kalimah agung ini. Degil!!.

Tiada Tuhan Selain Allah - 

Dan yang lain kita mengaku kita adalah hamba yang diciptakanNya - 
- berada di bawah perjanjianNya
- melakukan segala yang kita mampu
- kita lemah
- kita bergantung, meminta lindung dari Allah
- kita guna nikmat Allah (semua yang ada pada kita adalah dari Allah)

Oleh itu ampunilah aku... Ini adalah puncak istighfar.. - kita minta Allah ampuni kita..

Kerana hanya Allah adalah Al-Ghaffar.. _ Pengampun segala dosa. dosa kecik. dosa besar..

AMALAN NABI

Ini adalh amalan nabi pagi dan petang.. dalam himpunan doa Maathur yang disusun oleh Imam Hassan Albanna juga ada Sayyidul Istighfar ini..

Kita boleh amalkan dengan yakin.. kita telah diberi tiket untuk ke syurga.. di samping tidak meninggalkan ibadah2 wajib yang lain..

Ini ibadah sunnat.

Kita yakin, kita dapat..

Hanya ada dua tempat kita akan kembali.. Samada SYURGA atau NERAKA..

tiada org dapat pilih antaranya.. tengah2 syurga dan neraka..

Manalah tempat kita... Wallahua'lam..

Moga kita mati dalam Islam dan tergolong dalam kalangan Ahli syurga..

Ameeeeeen...

SEDAR

rupanya banyak lagi ilmu yang kita xtahu... banyak sangat...

belagak pandai ja...

ok lah.. dah xlarat nak tulis... hehe.. harap bleh ambik sikit manfaat dari entry mlm nie.. dan dapat amalkan.. InsyaALLAH.. lebih2 lagi diri ini la...

K. jumpa lagi!! Wassalam....

Tetapkanlah driku di atas jalan ini..

Wednesday, November 10, 2010

Mudah?

Alhamdulillah...

siang tadi Paper pemberdahan 2, dan Paediatrik dah selesai...

masuk tajuk Burn, Klasifikasi burn, parkland formula, pengurusan di wad...

lagi masuk tajuk ectopic pregnancy, komplikasi dia,

lagi apa ntah, x ingat.. so far so good la..

semoga semua jawapan yang saya buat tadi dapat diterima... xmengharap tinggi, tapi insyaAllah boleh laa...

Paediatrik [plak masuk tajuk congenital heart problem... jenis2 dia.

pastu soalan yang mcam saja bagi markah bonus, =) soalan mengenai makanan; bagaimana nak menjadikan waktu makan menyeronokkan, apa cara untuk menarik minat anak2 terhadap makanan..

goreng sungguh2!!!! hehe..

satu lagi soalan Acute gastroenteritis.. (A.G.E)..

Saja tulis ni sebab rasa nak tulis.. moga2 dapatla result yang sepadan dengan usaha saya yang xseberapa nie...

InsyaAllah...

K.. esok last paper. Kesihatan Komuniti 3...

Wassalam...

Saturday, November 6, 2010

Jadual Exam..

salam.

Minggu ni minggu peperiksaan final Diploma M.A sem 4.

start dengan semalam. sampai khamis nie.. 

saja tulis kat sini, tolong doakan kejayaan saya..!! Ameeen!!

Sabtu (6.11) - OSCE - alhamdulillah dah selesai...

Ahad (7.11) - Perubatan Kecemasan (3pm-5.30pm)

Isnin (8.11) - Pengurusan Bencana (9.30am-11am)

Selasa (9.11) - OSCE .unmain station. _harap2 soalan senang..

Rabu (10.11) - Surgikal II (9.30am-11am)
                     - Paediatrik (3pm-4.30pm)

Khamis (11.11) - Kesihatan Komuniti III (3pm-5pm)

9.30pm - naik bus balik kl.... 

Kepada semua, doakan kejayaan saya.. 

Ya Allah, jadikan kami dalam golongan orang2 yang berjaya.. di dunia dan di akhirat..
Ameeen!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails