Friday, September 23, 2011

Pengalaman Lima Hari di Dewan Bersalin


Assalamualaikum WBT.

Selamat bersua kembali. (-_-)

Semoga pertemuan kali ni dapat mengundang rahmat dan redha Allah…

Dah seminggu tak update blog dan kali ni saya nak share sikit pengalaman saya selama 5 hari pertama berada di Dewan Bersalin Hospital Machang. Ada lagi 5 hari esok. =) Dan ini sebenarnya adalah cabaran sebenar sebelum saya dapat menjadi seorang Penolong Pegawai Perubatan yang hensem, bergaya, kompeten dan knowledgeable… :-) (ayat encik mansor ni)

Pertama sekali, mengenai kehamilan dan kelahiran, kita akan terfikirkan seorang ibu bersama kandungannya di dalam perut. Ini kisah hidup sesiapa sahaja termasuk kita yang lahir di dunia ini. Apa yang saya lihat ialah pengorbanan seorang ibu yang sanggup berkorban nyawa menahan kesakitan, berusaha untuk melahirkan anaknya; mungkin kita suatu masa dahulu tika ibu kita melahirkan kita, -tiada tolok bandingnya kesakitan yang dialami.

KELAHIRAN SECARA NORMAL (SPONTANEOUS VERTEX DELIVERY-SVD)

Dalam post sebelum ini (klik) ketika saya berada di Dewan Bedah, saya hanya melihat prosedur bedah (LSCS) ataupun Caesarian –ibu dibedah untuk dikeluarkan anaknya. Mungkin para ibu yang bersalin menggunakan cara ini (kerana indikasi tertentu) tidak merasai sakit seperti sakitnya ibu yang bersalin secara normal.

Pada hari kelima iaitu hari khamis, baru ada rezqi kami untuk melihat satu prosedur melahirkan anak secara normal ni. Sepatutnya tiap-tiap hari ada, tapi hari kelima baru kami berpeluang untuk melihat. Lepas ni boleh dah nak konduk sendiri kelahiran tu dengan pengawasan L.P (local preceptor) kami. =)

Sebak di dada (nak nangis malu. hehe) masa tengok kelahiran tu.

Seorang ibu berumur ## tahun mengandung anak ketiga dan telah mempunyai 2 orang anak sebelum ini. Umur kandungan adalah 38 minggu 2 hari. Dijangka akan melahirkan anak pada  4 Oktober 2011.

Istilah perubatan – G3P2 (Gravid kali ketiga, Para dua)
Period of amenorrhea (jangka masa tidak datang haid) = period of gastation (jangka masa kehamilan)
P.O.A = P.O.G = 38 minggu 2 hari
Expected Delivery Date (E.D.D) = 4 Oktober 2011

Inilah kes yang kami terima. Apabila jangka masa kehamilan telah mencapai 36-40 minggu, kelahiran tersebut tidak dikatakan pra-matang. Bayi yang akan lahir itu telah matang pada umur tersebut. (jika salah tolong tegur) – ada yang kata kandungan matang ialah 38-42 minggu. :-)

Staff nurse: “masa sakit awak teran!! Teran dengan geram!! Bismillah, Ingat Allah”
Ibu: “tak boleh lah!!!”
SN : “haih, awak mana boleh cakap tak boleh… Ni tengok anak awak ni.. Dah Nampak kepala dah ni!!!
Kalau lama-lama anak awak lemas nanti!!”
Ibu : “yeah….yeah….”
SN : “ geram lagi, kuat lagi!!. Sikit lagi ni..!!”
Ibu : ……..

………………………….. uwek……uwek……uwek……

Jelas terpancar senyuman kegembiraan pada ibu bayi mendengar tangisan tersebut. Hilanglah segala kesakitan yang dialami tadi….

:-)
(-_-)

Allahuakbar Allahuakbar (azan) baby boy yang comey.... :-)

SEBAGAI RENUNGAN

Sebagai renungan, ada satu kata-kata Arab atupun pepatah lama, saya pun tak pasti, kalau salah tolong tegur jugak ye..

“Biarlah orang menangis kegembiraan ketika kelahiran kita,
Jangan biarkan orang menangis kegembiraan ketika kematian kita.”

Wallahua’lam. Ini sahaja yang dapat saya tulis. Mungkin di lain masa saya akan cerita pulak pengalaman menyambut bayi baru lahir… :-)

Wassalam..

p/s Post ini hanya tulisan pengalaman. Jika ada kesilapan, tegur-tegurlah.
Pada kawan-kawan (M.A) yang baca, moga dapat menyambut anak sendiri nanti… :-)

p.s.s : ada hadiah ipad2 free di sini!!! Klik...

Thursday, September 15, 2011

Cara buat duit melalui Says.my

Assalamalaikum.

Semudah membuat air oren, secantik bunga dihias, sesedap air milo beng.

Apa aku merepek nih.. haha..

Ok. Hari ni saya nak share dengan anda bagaimana nak buat duit melalui Says.my. Mesti ramai yang dah tahu pasal benda ni.. Mungkin juga masih ada lagi yang tak tahu pasal ni.. So, saya share laah...

Ni buka buat duit haram ke apa, tapi ni cara orang buat duit mudah sekarang ni dengan teknologi ICT, internet ni. huh. dahsyat betul. Caranya mudah je, benda ni kita hanya share kempen-kempen yang diorang buat dalam says ni..
@ mudah nak faham kita tolong promosikan kempen diorg..
@ tolong iklankan iklan diorang.
Jadi kita akan dibayar bagi setiap klik ataupun pendaftran dari kawan-kawan anda.

mudah je kan. kita hanya Share kempen di FACEBOOK
@ Tweet di TWITTER

Daftarlah sekarang dan buat duit melalui says.my sekarang!!!

Klik kat sini (says.my)

Sekian. Wassalam..


p/s : klu nak faham lagi, bleh search dkt Google... "cara buat duit melalui says.my" atau lain2.. hehe..

baca juga ni, lagi banyak bleh buat duit.. klik.

Tuesday, September 13, 2011

Cara-cara membasuh tangan secara asepsis surgikal

Asslamualaikum.

Label kali ini ialah Aku PPP. hehe. =)

Ini pengalaman saya hari ini : Dewan Bedah Hospital Kuala Krai.

Melihat dua prosedur pembedahan Lower Segment Caeserian Section (LSCS) ataupun famous orang sebut bedah caesar laa.. Prosedur untuk mengeluarkan baby secara pembedahan oleh kerana beberapa masalah pada ibu dan kandungan.

huh.. berpeluh jugak tengok surgeon tu berusaha untuk mengeluarkan baby tu..  =O

Alhamdulillah pembedahan tu berjaya dan tiada sebarang komplikasi berlaku pada pesakit dan baby comel. :-)

orang tengah bedah, bleh plak dia gi posing.. hehe.

Tajuk sebenar post : cara-cara membasuh tangan secara asepsis surgikal


Sebelum tu, asepsis bermaksud keadaan bebas dari mikroorganisma penyebar penyakit.


Asepsis surgikal ialah keadaan bebas dari mikroorganisma penyebar penyakit untuk prosedur pembedahan ataupun surgikal.


Tujuan membasuh tangan ini ialah untuk

1. Meminimumkan bilangan mikroorganisma
2. Mencegah jangkitan silang
3. Mencuci tangan dengan teknik yang betul


Turutannya adalah seperti berikut :

1. Buka paip air dan tentukan aliran yang sesuai

2. Alirkan air dari hujung jari hingga 2 inci atas aras siku

3. Pam cecair antiseptik ke atas tapak tangan secukupnya (5 ml)

4. Lumur cecair antiseptik pada keseluruhan tapak tangan


5. Gosok kedua-dua belah tangan (10 – 15 saat) pada
i) tapak tangan
ii) celah-celah jari
iii) belakang tangan

6. Lakukan usapan putaran pada setiap jari, sebanyak 5 - 10 kali

7. Ulangi langkah 6 pada tangan sebelah lagi

8. Lakukan usapan putaran pada pergelangan tangan hingga 2 inci atas aras siku

9. Ulangi langkah 8 untuk tangan sebelah lagi

10. Bilas hujung jari hingga 2 inci atas aras siku

11. Tinggikan siku dari aras pinggang dengan menegakkan jari-jari

12. Ulangi langkah 10 dan 11 pada tangan sebelah lagi

13. Tutup paip air

14. Ambil tuala tangan dan letakkannya di atas tapak tangan

15. Lapkan setiap jari, tapak tangan dan belakang tangan hingga 2 inci atas aras siku

16. Buang tuala tangan ke dalam bekas yang disediakan

17. Ulangi langkah 14-16 pada tangan sebelah lagi

18. Kekalkan kedudukan siku dari aras pinggang dengan menegakkan jari-jari


Selesai.

Bersedia untuk memakai glove steril dan memulakan prosedur.

Sekian. itu sahaja untuk malam ni. Just share. ::-))

Wassalam..

p/s Klu anda rasa anda baik Jom Derma Darah!!!










Monday, September 12, 2011

Mari buat duit dengan blogging

Assalamualaikum.

Salam sejahtera pada anda semua.

Mari buat duit dengan blogging.

Tahu tak macamna nak buat duit dengan blogging ni..?

Saya tahu sikit-sikit je.. Tapi tak pernah try lagi. Ada try tapi belum focus betul-betul.

Antara yang saya ada buat ialah menyertai Pengiklanan dari NUFFNANG.COM.MY  _> yang ada iklan bergambar dekat atas ngan tepi blog ni.. :-)

mesti ramai yang dah tahu.. buat masa ni saya baru dapat RM 4.40. Tunggu sampai RM 50 baru la bleh claim duit tu.. haha.. just try.

Bagi siapa2 yang serius nak buat duit dengan blogging ni haruslah bagi dia duduk depan laptop je 24 jam.. hehhe. -_-

Banyak yang perlu dipelajari.

Antara lain ialah GoogleAdsense. Siapa2 yang ada blogspot tahu la benda ni.. ada 1 tab dekat dashboard yang tulis "earning" . "Make Money with Google AdSense"

benda ni memang boleh buat duit. Kalau kena cara lah... Banyak panduan dan e-book yang tulis pasal Buat Duit Guna Google Adsense ni.. waa. try search pakcik Google..

Saya pun nak try lah.. Tapi perlu masa lagi.. Kena focus betul2. Dan juga kena rajin..
hehe.

Memang laa.. Klu malas buat apa pun tak jadi...

Haa.. Ok lah.. Sekian saja untuk malam ni..

p/s : Hati dah lega skit.
Nak tengok hati saya masa parah baca ni... KLIK

alamak xjelas plak.. klu nampak tu ada rm 4.69. haha. dah bertambah.

Sunday, September 11, 2011

Wang emas wang emas

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Harini nak post lagi pasal duit. Bilalah nak jadi kaya ni? hehe

tapi ini bukan pasal duit kertas. tapi ni pasal duit yang digunakan masa dahulu.

DINAR & DIRHAM post ni diambil dari sahabatemas.com
Post ni cerita pasal dinar kelantan sahaja... (Dinar ada banyak lagi)

Apakah itu Dinar Kelantan?

Dinar Kelantan adalah koin emas syariah yang dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Dinar Kelantan mula diperkenalkan pada September 2006 dengan dominasi ¼, ½ dan 1 dinar.Nilai semasa untuk dominasi-dominasi tersebut ialah RM99.38, RM176.76 dan RM332.25. Sempena menyambut ulang tahun hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan yang ke-57; dinar Kelantan berdenominasi 2 dinar telah diperkenalkan pada Julai 2007.
Pada 12Ogos 2010, Kerajaan Negeri Kelantan melancarkan koin-koin Dinar Kelantan dengan corak yang baru dalam dominasi ½ , 1, 2, 5 dan 8 dinar dengan harga semasa RM290.50, RM581, RM1162, RM2905 dan RM4648 masing-masing.
Apakah itu Dirham Kelantan?

Dirham Kelantan ialah koin perak syariah dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Ianya mula diperkenalkan pada 12 Ogos 2010 dalam dominasi 1, 2, 5, 10 dan 20 dengan harga semasa RM13, RM26, RM65, RM130 dan RM260 masing-masing.

Apakah Kegunaan Dinar dan Dirham Kelantan?

Dinar dan Dirham Kelantan boleh digunakan untuk menyempurnakan ibadah zakat, bayaran mas kahwin, simpanan dan hadiah. Ianya juga boleh berfungsi sebagai medium pertukaran sukarela untuk barangan atau pun perkhidmatan.

Dimanakah boleh diperolehi koin Dinar dan Dirham Kelantan?
Sila rujuk laman web DinarKel untuk maklumat lanjut.

Dimanakah Dinar danDirham Kelantan boleh dibelanjakan?
Sila rujuk laman web DinarKel untuk maklumat lanjut atau lihat pedagang yang mempamerkan logo “Kami Terima Dinar dan Dirham”.

Apa kaitan Dinar danDirham Kelantan sebagai matawang Syariah?

Dinar dan Dirham Kelantan dikatakan matawang syariah kerana ianya halal menurut syarak. Dinar dan Dirham Kelantan menggunakan Piawaian Khalifah Umar Al-Khattab. Piawaian ini menetapkan hubungan dinar-dirham sebagai berat 7 koin 1 dinar bersamaan dengan berat 10 koin 1 dirham. Secara amnya berat 1 dinar ialah 4.25g emas berketulenan 22k (91.7%); manakala 1 koin dirham bersamaan 2.975g perak tulen.

Benarkah perkataan Dinar & Dirham ada di dalam Al Quran?
Perkataan dinar dan dirham disebut didalam Al-Quran pada:
Surah Imran (3):75 yang bermaksud “Dan di antara Ahli Kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, ia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepadamu, dan ada pula di antara mereka yang kalau engkau amanahkan menyimpan sedinar pun, ia tidak akan mengembalikannya kepadamu kecuali kalau engkau selalu menuntutnya. Yang demikian itu ialah kerana mereka mengatakan: “Tidak ada jalannya kami menanggung dosa mengenai orang-orang yang Ummi”, dan mereka pula selalu berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta).”;

Surah Yusuf (12):20 yang berbunyi “Dan (setelah berlaku perundingan) mereka menjualnya dengan harga yang murah, iaitu beberapa dirham sahaja bilangannya dan merekaadalah orang-orang yang tidak menghargainya.”

Bolehkah Kalimah Syahadah digunakan pada Dinar danDirham?

Boleh. Kalimah syahadah telah mula digunakan semenjak dinar mula-mula ditempa oleh Khalifah Abdul Malik ibnu Marwan pada 120H. Dengan menempa kalimah tersebut melambangkan syiar Islam dan deklarasi iman dalam setiap keping dinar dan dirham. Lihat sini

Berikan contoh penggunaan dinar dan dirham di zaman Rasul s.a.w?
Contoh penggunaan dinar oleh Rasul s.a.w.
Hadits daripada Urwah bin Abi Al-Ja’d Al-Bariqi, beliau berkata: “Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam memberinya satu dinar untuk membeli seekor kambing, lalu ia membeli untuk Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dua kambing dengan wang tersebut. Maka ia jual seekor dengan harga satu dinar dan membawa satu ekor kambing dan satu dinar kepada Nabi Shallallahu’alaihi wa sallam. Lalu Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam mendoakannya: “Dia (Urwah ini), seandainya membeli debu tentu akan untung juga” (HR. Abu Dawud (2810) dan At-Tirmidzi (1/287))

Contoh penggunaan dirham oleh Rasul s.a.w.
Abu Salamah menceritakan, “Aku pernah bertanya kepada Aisyah RA, “Berapakah mahar Nabi SAW untuk para isterinya?” Aisyah menjawab, “Mahar beliau untuk para istrinya adalah sebanyak 12 uqiyah dan satu nasy.” Lalu Aisyah bertanya, “Tahukah kamu, berapa satu uqiyah itu?” Aku menjawab, “Tidak.” Aisyah menjawab, “Empat puluh dirham.” Aisyah bertanya, “Tahukah kamu, berapa satu nasy itu? “Aku menjawab, “Tidak.” Aisyah menjawab, “Dua puluh dirham.” – (HR. Muslim).
Berikan contoh kaitan dinar dan dirham dengan Hukum Syarak?
Contoh dari segi zakat ialah nisab atau ukuran zakat ialah ½dinar bagi setiap 20 dinar dan 5 dirham bagi setiap 200 dirham; yang cukup haulnya. Manakala hudud dijalankan dalam kes kecurian yang nilainya melebihi ¼ dinar.

Apakah kaitan Pemerintah dengan Dinar dan Dirham?

Dinar dan dirham berkait rapat dengan kerajaan. Ini diperhatikan dalam Surah An-Nisa: 59: “Wahai orang yang beriman! Patuhlah kepada Allah dan patuhlah kepada Pesuruh Allah dan mereka yang memerintah kamu.” (An-Nisa (3):59)

Menurut Al-Qurtubi dalam Tafsir Al-Quran beliau, ayat tersebut merupakan perintah supaya umat Islam taat kepada pemerintah dalam tujuh perkara. Perkara pertama ialah penempaan dinar dan dirham; dan enam yang lainnya ialah penetapan berat dan ukuran, keputusan mahkamah, haji, Jumu’ah, dua Hari Raya dan Jihad. Dalam kata lain, urusan dinar ialah urusan agama Islam dan kedaulatan daulah Islam. Penggunaan dinar melambangkan kepatuhan kepada perintah Allah; bukan semata-mata urusan ekonomi.

Apakah Dinar Dan Dirham Kelantan sahaja yang boleh dijadikan matawang?
 
Tidak semestinya. Di sepanjang sejarah manusia terdapat pelbagai komoditi yang digunakan sebagai wang. Komoditi di atas termasuklah binatang ternak, bijirin, manik-manik, cengkerang, rokok, tembaga dan timah. Emas dan perak telah terpilih sejak berzaman sebagai matawang kerana mempunyaiciri-ciri sebagai wang. Ianya sukar diperoleh, cantik, mudah dibahagi, mudah dibawa, diterima khalayak ramai dan tidak mudah dimusnahkan. Imam Malik di dalam Kitab Al-Muwatta menjelaskan bahawa wang ialah apa-apa komoditi yang lazimnya diterima pakai sebagai bahan pertukaran.

Adakah Koin Kijang Emas sama dengan Dinar Kelantan?
 
Tidak sama. Spesifikasinya berbeza daripada Dinar Kelantan.Kijang Emas ialah koin emas seberat ¼, ½ dan 1 troy ounce yang dilancarkan Bank Negara Malaysia sekitar Julai 2001. 1 troy ounce adalah bersamaan 31.1 g, 1 Dinar Kelantan pula 4.25g.

Benarkah wang kertas seperti dolar Amerika, Yen Jepun dan ringgit Malaysia 100% disandarkan dan boleh 
disaling-tukar dengan emas?
Tidak benar. Berdasarkan sistem kewangan dunia kini, tiada satu pun mata wang nasional yang bersandarkan emas. Wang kertas hanya boleh ditukar dengan wang kertas yang lain. Sebagai contoh; jika seseorang ke bank pusat seperti Bank Negara Malaysia untuk menukarkan sekeping wang $100, beliau akan diberikan SAMA ADA 2 keping wang $50 ATAU 10 keping wang $10; ATAU 100 keping wang $1 tetapi tidak sama sekali ditukarkan dengan emas.

Adakah Dinar Kelantan sejenis Wang Fiat?
Dinar Kelantan bukan wang fiat, ianya alat tukar sukarela . Wang fiat adalah wang yang nilainya dikuatkuasakan oleh undang-undang negara. Wang fiat menjadi wang sah melalui perintah atau paksaan kerajaan. Wang fiat diperakukan sebagai medium melangsaikan hutang melalui undang-undang. Jika pemiutang tidak mahu menerima wang fiat sebagai bayaran melangsaikan hutang, beliau boleh dibawa ke mahkamah! Wang fiat merupakan nota janji kerajaan. Wang fiat sesuatu negara tidak menjadi wang sah di luar sempadannya kerana undang-undang sesebuah negara hanya berlaku di dalam sempadan nagara itu sahaja. Dinar Kelantan boleh diterima di mana saja, asal saja ada kesudian pembeli dan penjual.
Dinar Kelantan ialah koin emas, bukankah Ringgit disandarkan kepada emas?
Sandaran kepada “wang kertas BNM” atau lebih dikenali sebagai Ringgit adalah wang kertas yang lain; seperti Dollar Amerika, Yen Jepun, Euro dan seumpamanya. Emas cuma merupakan sebahagian kecil daripada rizab BNM, sekitar 1.5% (Cuma RM1.452 bilion daripada RM94.772 bilion; setakat 30 Jun 2010). Rujuk Bank Negara Malaysia

Mengapa perlu umat Islam beralih daripada wang kertas atau wang fiat kepada koin dinar seperti Dinar dan dirham Kelantan?
 
Mengapa tidak? Penggunaan dinar serta dirham adalah antara sunnah Rasul s.a.w. Selain daripada berpeluang mengikuti jejak langkah baginda,umat Islam dapat disatukan melalui penggunaan dinar yang tidak mengenal sempadan. Corak tempaan dinar mungkin berbeza-beza tetapi berat dan ketulenannya adalah serupa di serata pelusuk daulah Islamiah. Satu Dinar, Satu Ummah.

Friday, September 9, 2011

Kepentingan duit

Assalamualaikum..

keserabutan masih melanda. kemalasan turut menjelma. aku dah tak tahu nak buat apa lagi. mungkin sudah tiada pedoman hidup. astaghfirullah..

Apakah kepentingan duit?

Duit ni penting ke tak?

Duit ni penting lah.. semua orang nak duit. siapa taknak duit? Maknanya apa yang orang nak itu adalah penting..

Kenapa tulis pasal duit ni? Sebab tiap-tiap hari fikir pasal duit. (sepatutnya fikir mati).

Nak dapat duit bukan senang. tapi sebelum tu mesti kita pernah dengar "duit bukan segalanya.." kan? biasa dengar kan?

TAPI, hampir segala-galanya perlu duit untuk mendapatkannya.. Subhanallah. nak kahwin perlu duit. nak beli makanan perlu duit. nak pergi sekolah kena duit. nak masuk jamban pun kena duit. betul kan? huh.!

Macamna cara kita nak dapat duit?

-bekerja?!
-berniaga?
-blogging -_-
-mencuri
-jadi terkenal
-jadi orang miskin

semua cara di atas boleh dilakukan untuk mendapatkan duit. tapi bukan senang....

bukan senang...

bukan senang syeikh....

bukan senang bro!!!

1 kata :- USAHA

klu nak dapat duit kena usaha laa... betul tak?

Usaha dengan cara yang betul.

Sabda Nabi SAW> Siapa mahukan dunia, pasti dengan ilmu. Siapa mahu akhirat juga dengan ilmu. Dan siapa mahu kedua-duanya, pastilah dengan ilmu."

Ilmu : penting..
Duit : penting..
Usaha : penting..

AKHIRAT : lagi penting!!!!

macamna nak pentingkan benda yang lebih penting daripada benda yang penting?

hurmm... susah betol.. harap ada penyelesaian dari sahabat-sahabat blogger sekalian??

tinggalkan komen anda. bantu saya..

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna

Asssalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat hari raya saya ucapkan kepada semua. :D
Dah lama x update blog ni.. xsempat.. biasa laa.. sibuk sekarang nie..

Saya sekarang ni sangat sibuk.. kepala hotak dah berserabut. Banyak sangat benda tertangguh. Program Memburu Impian MenjadiJutawan juga sedikit kurang semangatnya.. Antara perkara yang paling menyerabutkan sekarang ni ialah Kajian Penyelidikan Kesihatan (Health System Research) iaitu satu research yang saya kena selesaikan sebelum saya tamat (diploma) di kolej ini.. Adal lagi dua bulan nak siapkan. :D

Sesungguhnya betul kata pepatah, “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya..”  sesal pendapatan? Err,, tak kena kot. Tak faham la pulak pepatah nih.. hehe..

Nak bagitahu nya, saya dah menyesal sekarang ni sebab masa kat klinik haritu tak buat langsung research ni.. (sekarang saya ada di Kuala Krai dah).

Research saya bertajuk Amalan Pemakanan di Kalangan Remaja di Pangsapuri Carlina Kota Damansara Selangor. Peh, panjang tajuk. Haha. Tapi tak siap pun lagi.

Ok lah. Kesimpulan yang saya nak bagi hari ni, JANGAN BERTANGGUH KERJA. Nanti menyesal dah tak guna dah..  Ok. Chow. Wassalam…



p/s link cerita pasal pekerjaan saya (Penolong PegawaiPerubatan).

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails