Monday, August 15, 2011

Awas jika anda deman ~ Tanda-tanda demam denggi...

Assalam...

Malam 16 Ramadhan.. Selsema melanda.. hidung berair dan gatal2 muka..

subhanallah.. ujian allah bagi saya..

Awas! Jika anda sedang demam..

di sini saya nak kongsikan sedikit mengenai Denggi..

Tanda-tanda atau manifestasi klinikal PENYAKIT BERJANGKIT Denggi mengikut fasa2 nya..:-

1- febrile phase

    masa ni, anda akan demam dengan suhu yang panas.. Nyamuk aedes telah menggigit anda!!
    dalam masa 4-5 hari anda akan mengalami
-sakit belakang mata,
-sakit kepala,
-kurang selera makan
-lenguh2/ sengal2 badan
.. dan naik sedikit 'rashes' atau ruam pada badan..

2- critical phase

    badan anda akan menjdai sangat lemah.. Kandungan platlet dalam darah akan menurun <45 (normal >200) dan juga kandungan hematocrit pula meningat..

3-haemorrhagic phase

Hari keenam, dan seterusnya.. kandungan platelet akan tersangat rendah.. 
hidung berdarah akan terjadi...
ruam dan merah2 di badan akan menjadi banyak..

pada saat ini, keadaan anda bagaikan telur di hujung tanduk.. Allahuakbar.. Jauhkan kami dari penyakit ini ya Allah...


Apa yang perlu kita lakukan??


Datang ke klinik atau hospital berdekatan jika anda mengalami tanda2 seperti di atas.. Pihak hospital akan laukan ujian darah dan nasihatkan anda supaya minum banyak air..


Minum air (mineral) dengan banyak juga adalah antara penawarnya..
Air 100 plus juga baik untuk menambah elektrolit dalam badan..,,

Dan paling diingatkan, jaga kebersihan rumah anda daripada tempat pembiakan nyamuk AEDES..

Penting nie.. jangan ambik mudah...

nyamuk ada di mana2..

-------------

entry ni bukan nak manakut-nakutkan anda, tapi just sebagai peringatan buat diri sendiri dan kita semua insyaallah,...

ok.. Wassalam,,,,


1 comment:

nurdhia sinarcahaya said...

boleh la support kite yg bru nk mule bloging...nurdhiasinarcahaya.blogspot.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails