Friday, October 14, 2011

Kajian amalan pemakanan di kalangan remaja

Asslamualaikum WBT.

Alhamdulillah.... segala puji bagi Allah.
Selawat dan salam pada Nabi SAW.

Dapat lagi menulis hari ni, dah lama x post tajuk baru..

Ini post saja2 letak.. kot lah ada orang yang akan search di google mengenai "Amalan Pemakanan" ni..

Ni adalah tajuk kajian saya sebelum saya tamat kursus diploma Pembantu Perubatan di sini.

tajuk penuh saya ialah Kajian Amalan Pemakanan di Kalangan Remaja di Pangsapuri Car****, Selangor.

ni baru bab 1. -_-

LATAR BELAKANG


Kesihatan  adalah  suatu  keadaan  yang  sempurna  dari  segi  fizikal,  mental,  dan  sosial  serta  tidak  hanya  bebas  dari  sebarang  penyakit  dan  keuzuran. Seseorang  yang  sihat  dan  sempurna  akan  menjalani  sebuah  kehidupan  yang  berkualiti     dan   bermakna.  Manakala,  seseorang  yang  sakit  akan  mengalami  keadaan  yang  muram  dan  menganggap  diri  tidak  sempurna serta  tidak  boleh  menjalani  kehidupan  sesempurna  mungkin.
            Belakangan  ini,  masalah  kesihatan  yang  tidak  melibatkan  penyakit  berjangkit,  atau  dinamakan  Non-Communicable  Diseases  (NCD),  telah  menjadi  pembunuh  utama  penduduk  dunia.  Antara  contoh  penyakit  NCD  ialah  penyakit  jantung,  diabetis,  kanser,  dan  paru-paru  kronik.  Mengikut  kajian  Pertubuhan  Kesihatan  Sedunia  (WHO)  di  peringkat  global,  seramai  17  juta  orang  mati  akibat  penyakit  kardiovaskular  pada  2005,  7.4  juta  lagi  mati  akibat  kanser  pada  2004,  220  juta  penduduk  lagi  menghidap  diabetes  pada  2005,  manakala  1.1  juta  meninggal  dunia  akibat  penyakit  sama.  Malaysia  tidak  terkecuali.  Malah,  kajian  mendapati  penyakit  jantung  dan  strok  mencatatkan  jumlah  tertinggi  kadar  kematian  di  hospital  kerajaan  dan  ia  juga  adalah  punca  utama  kematian  pramatang  (di  bawah  60  tahun)  di  Malaysia.  Tahun  2009  sahaja,  jumlah  kematian  akibat  NCD  di  hospital  kerajaan  di  seluruh  Negara  mencecah  47,266  orang.  Semua  penyakit  ini  terutama  penyakit  yang  berkaitan  sistem  kardiovaskular  dan  diabetis  ada  kaitan  dengan  amalan  pemakanan  individu  tersebut.
             Amalan  pemakanan  seorang  individu  yang  seimbang  dan  berkualiti  akan  mempengaruhi  tumbesaran,  pemulihan  dan  kestabilan  kesihatannya  pada  tahap  yang  maksimum.  Lebih-lebih  lagi  pada  peringkat  umur  remaja  yang  sedang  membesar  dan  terdapat  faktor  lain  yang  mempengaruhi  cara  pengambilan  makanan.  Justeru,  remaja  haruslah  mengambil  berat  mengenai  isu  ini  lebih  awal  bagi  mengekalkan  kesempuranaan  hidup  yang  berkualiti  dan  bermanfaat.  Sebarang  masalah  kesihatan  yang  melibatkan  penyakit  tidak  berjangkit  mahupun  berjangkit  khususnya  yang  dialami  semenjak  remaja  akan  berlarutan  sehingga  dewasa  dan  lewat  dewasa.  Apabila  ini  berlaku,  pelbagai  komplikasi  lain  akan  muncul  yang  semuanya  hanyalah  berpunca  daripada  amalan  pemakanan  yang  tidak  baik  dan  seimbang.
            Oleh  yang  demikian,  kajian  ini  lebih  menjurus  kepada  amalan  pemakanan  di  kalangan  remaja  dari  segi  kaedah  pengambilan  dan  tahap  pengetahuan  mereka  mengenai  isu  ini.  Satu  kajian  seperti  ini  perlu  dilakukan  bagi  membongkar  cara-cara  pengambilan  nutrisi  seimbang  seterusnya  dapat  menyelesaikan  kepincangan  dan  masalah  kesihatan  yang  kritikal  kini.  

KENYATAAN MASALAH
Zaman remaja ialah zaman yang kritikal dalam menentukan masa depan dari segi kesihatan, matlamat hidup, dan kepimpinan masyarakat akan datang. Ini kerana pada peringkat umur ini faktor pemilihan sesuatu perkara terutamanya makanan dan nutrisi berada di tangannya. Kehendak remaja terhadap makanan akan mempengaruhi kesihatan diri. Ini akan menjadi masalah bagi remaja dalam pemilihan makanan dan amalan pengambilan yang tidak teratur seterusnya menyebabkan timbul tanda-tanda dan gejala penyakit yang tidak diingini.
            Berdasarkan kepada latar belakang masalah, penyelidik ingin membuat kajian mengenai amalan pemakanan di kalangan remaja di Pangsapuri Car****, Selangor.

 Objektif Kajian
Objektif Umum :
Mengenalpasti amalan pemakanan di kalangan remaja di  Pangsapuri  ****  Selangor.
Objektif Spesifik :
              i.        Mengenalpasti jenis makanan yang diamalkan oleh remaja.
            ii.        Mengenalpasti corak pengambilan makanan yang diamalkan oleh remaja.
           iii.        Mengenalpasti tahap pengetahuan remaja tentang amalan diet seimbang dan risiko penyakit yang akan dihadapi jika amalan diet seimbang tidak diamalkan.



Research saya ni belum siap lagi.. jadi memang xboleh nak pos la yer.. hehe..

Ok.. Wassalam..

p/s : 16 hb 10 ada Hari Blogger Sedunia... ada pos khas yang akan ditulis oleh semua blogger yang ada..
Jom.. Jom pos di sini,

Saturday, October 1, 2011

Jom kenali Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)

Assalamualaikum wbt..

salam sejahtera..

alhamudlillah hari ni start posting di unit Kecemasan Hospital Kuala Krai..

selama 4 minggu saya akan berada di unit ini...

Post hari ni ingin menagajak anda mengenai sebuah persatuan belia yang sangat best saya sertai.. insyaallah..

PEMBINA...

Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) adalah persatuan belia kebangsaan yang ditubuhkan pada September 2006. PEMBINA berdaftar di bawah Pendaftar Persatuan Belia dibawah Kementerian Belia dan Sukan dengan nombor pendaftaran PPBM 2111/09. PEMBINA telah mempunyai 17 cawangan yang aktif di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Matlamat utama penubuhan PEMBINA adalah untuk menggembeleng tenaga golongan belia Islam Malaysia secara positif demi kemakmuran negara, melalui usaha berterusan dalam membangun syakhsiah dan jatidiri belia, serta gerak kerja kemasyarakatan yang mesra, bersepadu dan tersusun. Sejak penubuhannya, PEMBINA secara aktif terlibat dengan aktivisme belia, khususnya dikalangan pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta.

laman web rasmi pembina.....
www.pembina.com.my

ni ada gambar2 program PEMBINA yg saya pernah join..  =)

Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis (2009)
Mukhaiyyam di Taman Negara Kelantan, Kuala Koh

Banyak lagi program lain mcm sukan, berkelah, qiamullail, dan banyak lagi,..

alhamdulillah...

jom join PEMBINA untuk membina diri sendiri!!!..

:-)

Ok lah.. nak uplod gmbar x sempat... line slow skit..

ok.. wassalam...



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails