Thursday, March 31, 2011

Jom Derma Darah!!!

Salam...

Tajuk hari ini- Derma Darah... Hari ini 29 hb 3 saya telah menderma darah saya buat kali kelima... Di HSNZ Kuala Terengganu tempat saya berpraktikal...

Apa yg best sgt derma darah??



Mesti anda tertanya2, "best ke derma darah..??" "takut la..." "saya takut jarum..."

Jawapan saya : Derma darah adalah satu amalan mulia..... sebab boleh mendermakan darah kita untuk orang lain yang sakit.. cuba anda bayangkan, apabila ramai org sakit dan memerlukan darah tambahan, tiba2 tiada bekalan darah.. bagaimana agaknya akhir hidup org yang sakit tu..yg sgt2 memerlukan darah ketika itu... tidak mustahil, komplikasi daripada kekurangan darah dalam badan akhirnya dia akan mati..!!!. (keadaan hypovolumic shock)..
ini bererti, darah yang kita dermakan, boleh menyelamatkan seorg pesakit..

derma darah tak perlu takut pun.. dia cucuk skit je... rasa macam kena cubit semut sahaja. mana lebih sakit, sakit kena cucuk atau penderitaan seorang pesakit yang perlukan darah anda??

Bagaimana Mahu Menderma Darah??

Anda boleh menderma di Tabung Darah hospital-hospital kerajaan dan swasta..
ataupun di mana2 sahaja terdapat function yang dihadiri oleh unit transfusi darah...

Apa syarat2 untuk menderma??

1- berumur 18 tahun ke atas..
2- berat badan 45kg ke atas
3- sihat tubuh badan
4- tidur melebihi 5 jam sehari sebelum derma
5- tiada sebarang masalah kesihatan seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis

itu sahaja syaratnya... dan ingat, apabila anda mahu menderma, tahap kesihatan anda akan disaring oleh staf kesihatan yang betugas...

antara pemeriksaan yang akan dilakukan ialah ;
1- tekanan darah
2- Nilai Hb (haemoglobin)
3- kadar gula dalam darah (diabetik)



>>Pegawai Perubatan pula akan menemuduga anda, dan memberikan kebenaran untuk anda menderma...

Proses Transfusi Darah

1- Anda boleh memilih untuk menggunakan tangan kanan atau kiri..

2- Staf (biasanya jururawat) akan mencari urat pada lengan anda, dan mencucuk sedikit ubat bius pada kawasan urat anda supaya anda tidak berasa sakit apabila jarum transfusi yang agak besar dimasukkan ke urat anda..



3- setelah jarum transfusi dicucuk, darah akan keluar ke dalam beg darah melalui tube sehingga cukup. Jumlah darah yang diambil biasanya 450 ml sahaja ataupun kurang...

4- proses selesai dalam masa 15-30 minit transfusi berlangsung..



Apakah kebaikan menderma darah??

1- SAHAM AKHIRAT
2- Beberpa keistimewaan akan diberika bagi penderma darah... seperti caj rawatan di hospital akan dikecualikan.. (mengikut jumlah anda menderma)
3- rasa gembira boleh tolong orang yang memerlukan...

So, dermalah darah anda hari ini.. Anda boleh menderma tiga bulan sekali.. Moga2 amalan ini dapat menjadi saham kita di akhirat nanti... InshaAllah...

Sekian untuk kali ini.. Wassalam...

yeah!!! jom derma!!!

Monday, March 28, 2011

Kek.... Kek... mai beli mai....

Salam... satu UMMAH.. satu MALAYSIA...

Mai beli kek,, tengok2 kat page saya kat atas nie!!!  Kini saya mengambil order kek lapis bagi anda yang mahu makan dan rasa2 teringin @ mengidam (hehe), DAYANG SALHAH, SArawak mali...

Cepat2 buat order...  !!!

Sapa2 yang dok kat area Kuala Terengganu, boleh call saya je... saya ada di k. terengganu skrg..!!!

Sunday, March 13, 2011

Dakwah Nombor Satu Pelajaran Bukan Nombor Dua

Salam Dakwah!!!

Siswa-siswi, pembaca2 yang dihormati sekalian, marilah kita merafakkan kesyukuran ke hadrat Allah Taala.. keranaNya lah kita dihidupkan, menjadi makhluk sebaik2 kejadian. Selawat dan Salam ke atas Nabi Muhammad Saw, qudwah dan imam kita sehingga hari qiamat...

Sebagai seorang Muslim dan Mukmin, ke atas kita sebuah tanggungjawab yang besar dalam memikul amanah Allah SWT yang mana telah terkutub di dalam Kitab ALQURAN iaitu sebagai Khalifah Allah dan Khairu Ummah (Sebaik-baik Ummat).

Dan sebagai Khairu Ummah, tanggungjawabnya adalah, AMAR MAKRUF dan NAHI MUNKAR. iaitu mengajak orang lain membuat perkara kebaikan, dan mencegah dari berbuat kemungkaran.

Dan dari situ, kita boleh menyingkapkannya sebagai DAKWAH..

Daripada semua ini, kita manusia, yang bergama ISLAM, dan BERIMAN kepada Allah (Mukmin), tanggungjawab kita nombor satu ialah DAKWAH!!!

Maknanya, saya dan anda semua mesti menjalankan kerja2 DAKWAH walaupun sedikit.. ini tanggungjawab kita sebenarnya...

Dari sudut kita sebagai Mahasiswa ataupun pelajar IPT, inilah masanya mencari pengalaman dan belajar untuk berDAKWAH!! dan dalam masa yang sama, pelajaran tidak boleh diabaikan..

Saya teringat ketika saya di Peringkat Menengah, abang-abang senior pernah berpesan, "DAKWAH NO 1, PELAJARN BUKAN NO 2".

Daripada situ, dapat saya simpukan, tanggungjwab Dakwah, iaitu segala usaha mencari ilmu, membuat kebaikan, dan menyampaikan sesuatu ilmu ataupun qudwah kepada org lain, adalah NOMBOR 1, dan tanggungjawab yang paling besar, iaitu belajar dan menuntut ilmu di dalam IPT ataupun sekolah, tidak boleh kita abaikan..

Rasanya semua kita dapat memahami apa yang saya ingin sampaikan kali ini.. Ini adalah sedikit usaha saya untuk berkongsi pengalaman hidup saya di dalam arena dakwah ini, dan setulus hatinya, saya tujukan artikel ini khas untuk diri saya sendiri yang telah byk lalai dan kealpaan di dalam mengejar dunia..

Diharapkan semua pembaca boleh ambil manfaat daripada tulisan saya yang x seberapa ni.. Doakan sama2 agar kita semua digolongkan dalam gonongan yang mendapat keredhaan NYA diatas setiap perbuatan di atas dunia ini..

Wallahua'lam/. sekian terima kasih..

Friday, March 11, 2011

Kehidupan Bermakna

Salam. Alhamdulillah.. Segala puji bagi ALLAH.. selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW..

Dah lama x update blog nih...

dah byk benda berubah sekarang nie..

saya labih menumpukan dan banyak memikirkan tentang kehidupan saya.. nilai harga diri say, dan bakat saya..

dan saya telah menceburi bidang perniagaan.. saya kini bergelar seorang USAHAWAN.. kerana saya sedang berUSAHA untuk menambah pendapatan saya, dan mencari ilmu dan pengalaman yang akan saya bawa untuk masa hadapan nanti..

Banyak benda nak cerita.. tapi xbyk benda yg saya larat tulis kat sini.. byk betul pengalaman..

Ok lah.. cuma nak cerita pengalaman tu je.. Saya sedang menjual KEK LAPIS SARAWAK di hospital tempat saya berpraktikal. Dan d samping itu, saya juga merupakan seorang Usahawan E-Pendidikan ScoreA.com yang terHebaT!!!

Wallhua'lam.. Moga Allah redha di atas segala amal perbuatan saya.. Dan yang paling penting, matlamat DAKWAH perlu saya sandarkan setiap sesuatu yang saya lakukan..

Moga semua pembaca mendoakan saya menjadi seorang Pendakwah Muda Yang Kaya dan Beriman... InshaALLAH.!!!

Takbir.. Allhuakbar.. HEBAT!!!!

Wassalam...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails