Tuesday, July 26, 2011

Demi matahari...

Bismillahirrahmanirrahim...

Demi matahari dan sinarnya di pagi hari...
Demi bulan apabila ia mengiringi...
Demi siang hari bila menampakkan dirinya...
Demi malam apabila ia menutupi...
Demi langit beserta seluruh binaannya...
Demi bumi serta yang ada di hamparannya...
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya...

Allah mengilhamkan sukma kefasiqan dan ketaqwaan..
Beruntung bagi yang mensucikannya...
Merugi bagi yang mengotorinya...

(surah Asy-Syams ayat 1-10)


Gembira

Setiap hari berulang-ulang menyanyikan lagu ini..
Subhanallah.... indahnya kalam Allah...

Manusia mempunyai dua pilihan

Di dalam ayat ini, manusia diberi allah dua pilihan : iaitu perkara keburukan dan perkara kebaikan.

Maknanya, sebagai manusia pilihan untuk berbuat sesuatu adalah di tangan kita. Hanay dua pilihan. Sama ada ya atau tidak. sama ada betul atau salah. Sama ada buruk atau baik.

Setiap masa kita akan membuat pilihan.
Contoh : Pergi kelas : Nak pergi awal ke nak pergi lambat?
Makan : Nak makan nasi atau mee?
Tidur : Nak tidur atau baca Quran?
Bercakap : Nak cakap atau nak diam?

Apakah pilihan yang kita buat seharian dalam hidup kita merupakan pilihan yang baik? (ketaqwaan)

Fikirkanlah....(Tidakkah kamu berfikir?)
Ingatilah..... (Tidakkah kamu ingat?)
Dengarilah.... (Tidakkah kamu mendengar?)
Lihatlah.... (Tidakkah kamu melihat?)

Astaghfirullah....

Monday, July 25, 2011

Peminangan Pendahuluan Pernikahan - 3P - tunang

Salam.

Dah seminggu lebih x update ini blog..

alhamdulillah..bisa lagi menghirup udara Allah...
bisa lagi melihat cahaya matahari yang menerangi...
bisa lagi melihat kelembutan cahaya rembulan....
bisa lagi mendapat tunjuknya bintang....

Juga selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW, tanpanya tiada modul hidup kita..

Selesai 3 hari baru ini, (Jumaat Sabtu Ahad) ke Kuala Lumpur mengikuti Grand Event ESQ Executive Training yang disampaikan oleh Dr Ary Ginanjar sendiri, iaitu Pengasas ESQ. Pergi sebagai Alumni dan recaj semula pengisisan yang penuh makna. Alhamdulillah.... :)

Dan artikel ini dipetik dari Majalah Solusi isu 34 khas ramadhan dan syawal.

DEFINISI PEMINANGAN

Beberapa orang ahli fiqh berbeza pendapat dalam mendefinisikan peminangan.
Antaranya adalah seperti berikut :

Sayyid Sabiq : Peminangan sebagai permintaan untuk mengadakan pernikahan oleh dua orang melalui perantaraan jelas. Peminanganmerupakan syariat Allah SWT yang harus dilakukan sebelum bernikah agar kedua-dua calon pengantin saling mengetahui.

Dr. Wahbah Az Zuhaili : Peminangan ialah pernyataan seorang lelaki kepada seorang perempuan bahawa dia ingin menikahinya, baik terus kepada perempuan tersebut ataupun kepada walinya.

Amir Syarifuddin : Penyampaian kehendak untuk melangsungkan ikatan pernikahan. Peminangan disyariatkan bagi perkahwinan dan waktu pelasanaannya adalah dalam tempoh sebelum berlangsungnya akad nikah.

Al-Hamdani : Peminangan ertinya permintaan seorang lelaki kepada anak perempuan orang lain atau seseorang perempuan yang ada di bawah perwalian seseorang untuk dikahwini, sebagai pendahuluan sebelum menikah.

Daripada beberapa pendapat di atas, dapat disimpulkan bahawa peminangan ialah proses menyatakan hasrat untuk mengadakan pernikahan yang dilakukan baik secara langsung ataupun melalui wali. Ia dianggap satu ikatan apabila kedua-dua pihak saling bersetuju.

Peminangan yang mengikut Sunnah

Peminangan yang lebih berkat kepada seorang gadis adalah sebagaimana yang mengikut sunnah iaitu dengan memuliakan hak wali. Praktikalnya, ia bermaksud menyatakan hasrat melalui perantaraan wali atau dalam pengetahuan wali.

Apabila Rasulullah SAW ingin menikahi Aisyah R.ha (satu-satunya wanita yang dinikahi ketika masih gadis), rasulullah menyatakan hasratnya itu kepada bapa Aisyah; Abu Bakar As-Siddiq. Keelokan peribadi dan besarnya potensi Aisyah diketahui dan dikenali melalui orang tenhag iaitu Khawlah binti Hakim, bukannya melalui berkawan-kawan dengan Aisyah R.ha sendiri.

Manakala dalam peminangan terhadap janda. Rasulullah SAW banyak menggunakan khidmat orang tengah dan merujuk walinya sendiri. Namun, Baginda juga pernah menyatakan hasratnya secara langsung kepada calon tersebut seperti pinangan Baginda terhadap Ummu Hani' binti Abi Talib. Walaubagaimanapun, pinangan Baginda itu ditolak.

Tulisan : Fatimah Syarha Mohd Noordin



Semoga diambil manfaatnya... InsyaAllah...

Wassalam....

Friday, July 15, 2011

Promosi kek lapis sarawak sedang rancak berlangsung.. Anda bila lagi?

Assalamualaikum WBT.

PROMOSI KEK LAPIS ORIGINAL DARI SARAWAK SEDANG RANCAK BERLANGSUNG...!!!

Promosi hari raya : beli 4 biji kek RM 40 hanya RM 150 aje!!!!

Gambar-gambar kek atau katalog anda boleh klik pada gambar kek di sebelah ni, ataupun link-link PAGES kek lapis promosi di atas...

Segera pilih kek anda dan tempahlah sekarang...

Juga gambar yang lebih cantik ada di laman facebook saya!!! Jemput-jemputla tengok ya..!!!


PERINGATAN : Tarikh tutup tempahan sebelum  1 Ogos 2011...


Swiss Roll

Tuesday, July 12, 2011

Penjagaan yang mesti diberikan kepada ibu hamil

PENJAGAAN ANTE NATAL

Bismillah, alhamdulillah syukur pada allah dgn nikmatnya...

selawat dan salam pada Nabi Muhammad SAW, moga2 kita semua termasuk yang mendapat syafaat Nabi di di akhirat kelak... insyaallah...

Yeah!!! sekarang saya dah berada di Klinik Kesihatan ini nak masuk dua minggu.. Post Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA)..

Banyak yang dipelajari...

Ini ada lah termasuk dalam subjek kesihatan komuniti...

Pre-natal ialah sebelum kelahiran.. Jadi sepanjang hampir dua minggu saya di tempat ini, setiap hari saya jumpa ibu hamil dan juga ibu yang selesai bersalin..
:)

Bukannya apa, cuma nak share apakah penjagaan yang harus diberikan kepada ibu2 yang sedang hamil..

First sekali, ante-natal care ini meliputi
-penjagaan ibu dan kandungan
-persediaan bersalin
-persediaan psikologi
-imunisasi
dan pemakanan ibu..

Pihak klinik (anggota kesihatan) seperti Jururawat, Jururawat Masyarakat, Pegawai Perubatan Keluarga, semuanya akan menjalankan aktiviti penjagaan ini (termasuk saya).. Semua ibu yang hamil di Malaysia ini adalah pesertanya..

Jika anda sedang hamil, pastikan anda pergi ke klinik kesihatan terdekat sekarang!!! bagi memastikan anda dan anak anda sihat dan selamat....
:)

Saya juga tidak sabar mahu' bersalin'.. bersalin ke tempat lain pulak.. hehe.. UNIT Kesihatan Alam Sekitar minggu hadapan..

peace!!! Itu sahaja.. nak pergi 'kerja' dah ni.. hehe..

Ini bukan ibu hamil.... hehe -_-


Wassalam....

Friday, July 8, 2011

Semalam aku peluk dia....

Assalam... Alhamdulillah syukur pada Allah dapat lagi bangun hari ni...
Selawat dan salam..atas Nabi Junjungan SAW serta ahli keluarga baginda...

PAGI!!! (orang yang hebat sentiasa pagi hidupnya~semangat)

Teringat pesan mak (dalam telefon) semalam, "adik, esok pagi bangun solat subuh... bangun awal pergi masjid...dengar tazkirah...bangun tu bukan bangun siang... kalau siang solat Dhuha nama dia..."

dan juga ada pepatah arab "Atthoirul mubakkiru yafuuzu bidduur" Burung yang bangun awal dapat rezeki lebih*'' lebih kurang la maknya tu.. dah lama tak ulangkaji.. :p

Peluk

Saya tidur sambil peluk bantal. dan mungkin anda pun peluk bantal masa tidur. Tapi masalahnya kalau peluk bantal tu dari malam sampai siang, tak bangun solat subuh, apa maknanya?

Rukun islam kedua Solat 5 Waktu sehari. Tapi klu dah tak cukup apa maknanya? Umur dah besar, dah belajar dekat 'universiti', 'kolej', dah bekerja dah pun, tapi masih susah tak bangun solat subuh kira macam mana tu?

Allahuakbar... Hari ni Hari Bersih.. Harap2 yang pergi menyertainya tu semuanya selamat.. Moga-moga yang pergi tu semuanya dah solat Subuh.. Barulah Allah redha...

Kita sebagai ummat Islam tidak dihalang untuk mencari kejayaan... Hayya 'alal falaah... Maka, doakan saya hari ni mencari sedikit rezeki dan redha Tuhan, yang kita tak tahu Allah nak bagi kat mana.. Fantashiru.. bertebaranlah kamu..

*pasal subuh, PERINGATAN buat diri saya sendiri yang selalu lalai...

Sekian... Wassalaam...
Amin jam 0755 090711 (BERSIH!!!)

Cappuchino Cheese PROMOSI RM 40 jer...

cela betol!!!

Assalam...

Alhamdulillah...syukur pada allah.. kerana Allah mendengar hamba yang memujiNya..

Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW... qudwah bagi ummat Islam seluruhnya..

sepanjang hari ni melalui perjalanan panjang dan jauh... merasakan fikiran bercampur-campur antara haq dan batil... membaca blog sahabat naimulfirdaus.blogspot.com, bermoto-moto di Kota Bharu membantu kasih, berqailulah di masjid, bola takraw di waktu petang, nasihat diingati daripada mak, bisnes-bisnes, dan tugas hamba...

Subhanallah, masih lagi diberi peluang untuk bernyawa pinjaman dari Tuhan...

dan TAKABBUR (sombong ada 3)

1- takabbur pada Allah..
2- takabbur terhadap Rasulullah..
3- takabbur sesama manusia..

Sifat tercela pada hadis nabi.... (kibr) iaitu sombong.. berlagak, tidak boleh menerima kebenaran, memperlekeh sunnah nabi, tidak patuh pada perintahNya...

Jauhkan aku dari 'cela' ini ya Allah..

Ameen....
(jam 2323 080711)
Selising
minyak habis? isilah..... (iman habis)

Saturday, July 2, 2011

Syaaban dan Praktikal

Salam 1 Syaaban...

Alhamdulillah.. bersyukur masih lagi diberikan kesempatan menulis hari ni..

sedar x arini dah masuk 1 syaaban?? baru tersedar~

Diploma in Medical Assistant ~ STATUS : dah tahun 3...nak abis daa...

Ni nak cerita sejarah tempat praktikal saya sejak dari Sem 1 sehingga sekarang...

SEM 1 - Mei 2009 - Wad 30 Hosp Raja Perempuan Zainab [HRPZ II] (Wad Pembedahan) ~ 2 minggu

SEM 2 - Dis 2009 - Unit Kecemasan Hosp Pasir Mas ~ 2 minggu

SEM 3 - Mei 2010 - Klinik Kesihatan Perol (Unit OPD, Farmasi, Lab, BAKAS) ~ 2 minggu

SEM 4 - Ogos-Oktober 2010 - HRPZ II (Wad Perubatan dan Pembedahan) ~ 2 bulan

           - November 2010 - Unit Haemodialisis Hosp Tanah Merah ~ 2 minggu

SEM 5 - Januari hingga April 2011 - Hospital Kuala Terengganu [HSNZ] ~ 4 bulan
               (Unit Psikiatri, Wad Paediatrik, A&E, Unit Oftalmologi, Unit ENT, Unit Ortopedik)

             - Mei 2011 - Unit Kecemasan (A&E) Hosp Tumpat ~ 2 minggu

SEM 6 - Julai (HARI INI)

Klinik Kesihatan Selising, Pasir Putih untuk 2 bulan InsyaAllah... Kemudian lepas raya lagi 2 bulan di Hospital Kuala Krai....

2minggu di unit Kesihatan Alam Sekitar, Kesihatan Sekolah, Klinik Kesihatan Ibu dan Anak dan juga Out Patient Department (OPD)..

Itu shaja.. moga2 lepas ni semua amanah dan tanggungjawab dapat dilaksanakan dengan lancar dan mudah...

Ameen....

Wassalam...

Amin dan Khairi (HSNZ orto)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails