Monday, July 25, 2011

Peminangan Pendahuluan Pernikahan - 3P - tunang

Salam.

Dah seminggu lebih x update ini blog..

alhamdulillah..bisa lagi menghirup udara Allah...
bisa lagi melihat cahaya matahari yang menerangi...
bisa lagi melihat kelembutan cahaya rembulan....
bisa lagi mendapat tunjuknya bintang....

Juga selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW, tanpanya tiada modul hidup kita..

Selesai 3 hari baru ini, (Jumaat Sabtu Ahad) ke Kuala Lumpur mengikuti Grand Event ESQ Executive Training yang disampaikan oleh Dr Ary Ginanjar sendiri, iaitu Pengasas ESQ. Pergi sebagai Alumni dan recaj semula pengisisan yang penuh makna. Alhamdulillah.... :)

Dan artikel ini dipetik dari Majalah Solusi isu 34 khas ramadhan dan syawal.

DEFINISI PEMINANGAN

Beberapa orang ahli fiqh berbeza pendapat dalam mendefinisikan peminangan.
Antaranya adalah seperti berikut :

Sayyid Sabiq : Peminangan sebagai permintaan untuk mengadakan pernikahan oleh dua orang melalui perantaraan jelas. Peminanganmerupakan syariat Allah SWT yang harus dilakukan sebelum bernikah agar kedua-dua calon pengantin saling mengetahui.

Dr. Wahbah Az Zuhaili : Peminangan ialah pernyataan seorang lelaki kepada seorang perempuan bahawa dia ingin menikahinya, baik terus kepada perempuan tersebut ataupun kepada walinya.

Amir Syarifuddin : Penyampaian kehendak untuk melangsungkan ikatan pernikahan. Peminangan disyariatkan bagi perkahwinan dan waktu pelasanaannya adalah dalam tempoh sebelum berlangsungnya akad nikah.

Al-Hamdani : Peminangan ertinya permintaan seorang lelaki kepada anak perempuan orang lain atau seseorang perempuan yang ada di bawah perwalian seseorang untuk dikahwini, sebagai pendahuluan sebelum menikah.

Daripada beberapa pendapat di atas, dapat disimpulkan bahawa peminangan ialah proses menyatakan hasrat untuk mengadakan pernikahan yang dilakukan baik secara langsung ataupun melalui wali. Ia dianggap satu ikatan apabila kedua-dua pihak saling bersetuju.

Peminangan yang mengikut Sunnah

Peminangan yang lebih berkat kepada seorang gadis adalah sebagaimana yang mengikut sunnah iaitu dengan memuliakan hak wali. Praktikalnya, ia bermaksud menyatakan hasrat melalui perantaraan wali atau dalam pengetahuan wali.

Apabila Rasulullah SAW ingin menikahi Aisyah R.ha (satu-satunya wanita yang dinikahi ketika masih gadis), rasulullah menyatakan hasratnya itu kepada bapa Aisyah; Abu Bakar As-Siddiq. Keelokan peribadi dan besarnya potensi Aisyah diketahui dan dikenali melalui orang tenhag iaitu Khawlah binti Hakim, bukannya melalui berkawan-kawan dengan Aisyah R.ha sendiri.

Manakala dalam peminangan terhadap janda. Rasulullah SAW banyak menggunakan khidmat orang tengah dan merujuk walinya sendiri. Namun, Baginda juga pernah menyatakan hasratnya secara langsung kepada calon tersebut seperti pinangan Baginda terhadap Ummu Hani' binti Abi Talib. Walaubagaimanapun, pinangan Baginda itu ditolak.

Tulisan : Fatimah Syarha Mohd Noordin



Semoga diambil manfaatnya... InsyaAllah...

Wassalam....

4 comments:

yangyuyu said...

ehem2....haha

QiE_SyA271110 said...

nt dh tunang jgn lupa share ye...
hrp2 kad walimah smpai kt sy...
hehehe....

Hafizul Amin said...

amboih qie... hehe. insyaallah...

aiman said...

amin~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails