rahsia jururawat

rrk

Friday, July 8, 2011

Semalam aku peluk dia....

Assalam... Alhamdulillah syukur pada Allah dapat lagi bangun hari ni...
Selawat dan salam..atas Nabi Junjungan SAW serta ahli keluarga baginda...

PAGI!!! (orang yang hebat sentiasa pagi hidupnya~semangat)

Teringat pesan mak (dalam telefon) semalam, "adik, esok pagi bangun solat subuh... bangun awal pergi masjid...dengar tazkirah...bangun tu bukan bangun siang... kalau siang solat Dhuha nama dia..."

dan juga ada pepatah arab "Atthoirul mubakkiru yafuuzu bidduur" Burung yang bangun awal dapat rezeki lebih*'' lebih kurang la maknya tu.. dah lama tak ulangkaji.. :p

Peluk

Saya tidur sambil peluk bantal. dan mungkin anda pun peluk bantal masa tidur. Tapi masalahnya kalau peluk bantal tu dari malam sampai siang, tak bangun solat subuh, apa maknanya?

Rukun islam kedua Solat 5 Waktu sehari. Tapi klu dah tak cukup apa maknanya? Umur dah besar, dah belajar dekat 'universiti', 'kolej', dah bekerja dah pun, tapi masih susah tak bangun solat subuh kira macam mana tu?

Allahuakbar... Hari ni Hari Bersih.. Harap2 yang pergi menyertainya tu semuanya selamat.. Moga-moga yang pergi tu semuanya dah solat Subuh.. Barulah Allah redha...

Kita sebagai ummat Islam tidak dihalang untuk mencari kejayaan... Hayya 'alal falaah... Maka, doakan saya hari ni mencari sedikit rezeki dan redha Tuhan, yang kita tak tahu Allah nak bagi kat mana.. Fantashiru.. bertebaranlah kamu..

*pasal subuh, PERINGATAN buat diri saya sendiri yang selalu lalai...

Sekian... Wassalaam...
Amin jam 0755 090711 (BERSIH!!!)

Cappuchino Cheese PROMOSI RM 40 jer...

1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails