Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul...

Rasul...
kau utusan...
kau mulia...
kau rahmat...

aku?
aku malu...
aku lemah...
aku jahat...

Ya Allah, masukkanlah aku dalam golongan yang mencintai Rasulullah SAW, kerana tiada siapa yang lebih dicintai selepas Allah, hanyalah Rasul-Mu dan akan sempurna iman jika Rasul yang paling dicintai sebelum ibu bapa, anak-anak, dan manusia sekaliannya...

Monday, February 7, 2011

Dunia sudah berubah..

Salam... zaman dah berubah.. dunia makin maju.. macam best plak ayat nie.. hehe

anyway, untuk kali ini, saya sharekan video yang menunjukkan dunia skrg memang sudah berubah.. harap anda semua bleh ambil manfaat dari video ini..


itu di negara barat. UK. di negara kita, pelajar2 kini sudah berubah cara belajar dan lain2.. mereka lebih sukakan komputer daipada bermasyarakat ataupun bermain permainan2 rakyat yg dahulu..

kita tidak salahkan mereka, kerana sememangnya ini zaman mereka... Dalam mereka hidup di dalam kehidupan dan dunia teknologi mereka, ibu bapa mahupun orang dewasa haruslah mengawasi dan membimbing mereka agar tidak terpisah dengan dunia sebenar..

sebagai contoh, penggunaan internet, banyak baik buruknya.. antara keburukan yang ketara bagi saya, pelajar sekarang kurang ramah dengan orang lain/ manusia sekeliling mereka.. kurang skil berkomunikasi..

antara lain, kebanyakan gejala sosial yang menjurus ke arah penzinaan, bagi remaja pula, kebanyakannya bermula dari internet.. facebook, blogging, youtube, dll.. kerana apa ini berlaku,??

kerana mereka mungkin termasuk saya, tidak diajar dan dilatih dari kecil untuk menjaga diri ketika 'bermain' di taman digital ini..\\

satu perumpamaan, anak2 bermain di taman permainan, papan gelungsur, jongkang-jongkit, dan lain2, - mahu tidak mahu, pasti ada ibu bapa ataupun org dewasa yang akan mengawasi keselamatan anak2 yang sedang bermain..

boleh diibaratkan anak2 itu ada anak2 masa kini, dan org dewasa itu adalah ibu bapa, dan taman permainan ialah taman digital ataupun "INTERNET". Jika tiada sipa yang memerhati, maka akan berlakulah perkara2 yang tidak diingini dan kemalangan..

oleh itu, semua ini ada kaitan dengan anak-anak kita, pelajar, remaja masa kini, jangan biarkan mereka bermain tanpa pengawasan... itu sahaja dari saya... wallahua'lam..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails