Dengan Nama Allah Yang Mah Pengasih lagi Maha Penyayang...
Pembaca yang dihormati sekelian,
saya rasa saya x pernah cerita lagi pasal profesion pekerjaan yang saya pilih dalam blog nie...
dan hari ni saya rasa macam nak cerita la skit pasal pekerjaan ni. Saya sekarang dalam latihan Diploma Pembantu Perubatan di Kolej Islam Sains dan Teknologi, kelantan dan sekarang saya sudah berada di Tahun Dua, Semester 4.
Apabila saya grade nanti pada hujung tahun hadapan, saya akan memulakan kerja saya sebagai PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN @ Assistant Medical Officer (AMO) @ Medical Assistant (MA) yang berlesen InsyaALlah..(mohon doa semua :-) )
Sebenarnya, pekerjaan PPP ini saya rasa, ramai lagi orang di luar sana yang tidak mengetahui akan PPP ini.
Ini kerana, apabila mereka pergi ke hospital ataupun klinik kesihatan, mereka hanya kenal Doktor dan juga Jururawat,...
dan jika anda salah seorang daripada mereka, PPP ini dahulunya dikenali sebagai HA (hospital assistant), dan dahulunya lagi dikenali sebagai dressar.
Sebelum saya memasuki latihan MA ini, saya juga tidak tahu akan adanya pekerjaan MA ini..
Bolehlah dikatakan PPP atau MA ini sebagai 'hero yang x dikenali' / unsung hero
Sebenarnya, peranan PPP ini sangat besar di dalam sistem perkhidmatan kesihatan di Malaysia.. Seorang PPP selalunya akan bertugas di Jabatan Kecemasan, dan juga klinik kesihatan. Selain itu, PPP berada di semua unit lain seperti Dewan Bedah, klinik specialist (mata, telinga, tekak), Unit Cardiology, Hemodialysis, Ortopedik (tulang) dll.
PPP boleh melakukan tugas-tugas Pegawai Perubatan seperti mendiagnos pesakit, mempreskrip ubat kepada pesakit, dan melakukan pembedahn-pembedahan kecil seperti circumcision (khatan), nail avulsion (buang kuku yang rosak/patah) dan menjahit luka2 kecil..
Sepanjang latihan saya melalui teori kelas dan pratikal, saya mempelajari hampir kesemua tajuk perubatan dan pembedahan. Pembelajaran saya hanya general dan tidak terlalu detail seperti pengajian doktor. Di samping itu, kami juga dititik beratkan dengan soft skill seperti skil2 kejururawatan.
Jika hendak dilihat dari kacamata lebih profesional, MA ini mengambil tugas PARAMEDIK. Dengan ketara, kita boleh menyaksikan 'pahlawan yang tak dikenali' ini akan menguruskan dengan cekap kes2 kecemasan di tempat kejadian seperti kemalangan kereta dll. M.A lah yang pertama sekali akan menunggu anda di Jabatan Kecemasan hospital untuk melakukan prosedur2 kecemasan seperti dalam kes sesak nafas, sakit jantung, renjatan (shock) dan banyak lagi...
berlagak doktor.. hehe
Dan satu lagi, MA yang bertugas di klinik, kebiasaannya akan menerima pesakit, membuat pengambilan sejarah, melakukan pemeriksaan fizikal, membuat investigasi, kemudian mendiagnos, lalu mempreskripsikan ubat kepada pesakit tersebut. Jika pelanggan yang x tahu, dia akan menggelar MA sebagai doktor!!. (hehe. riak skit)
Walaubagaimanapun, itulah tugas dan peranan sebenar profesion saya yang profesional ini...
harap semua pembaca boleh menerima cerita saya nie.. hehe.
Klu anda ingin maklumat lebih lanjut mengenai sejarah, tugas2 PPP ini, anda boleh klik sini
page ni lah yang saya buka dan baca masa saya nak interview SPA untuk jawatan PPP ini. Alhamdulillah saya berjaya mendapatkan jawatan ini dan saya syukur sgt2.. Masa tu lah baru saya tahu mengenai profesion ini..
masa kat hospital KB-praktikal sem 1
Rasanya tu sajalah yang dapat tulis petang nie.. dah x larat nak tulis... dah xdak ilham...
Ok. Sekian..





20 comments:
bleh tlong trangkn kpda sy apkh yg d mksudkn dgn "pemeriksaan slide asas"..?
pemeriksaan slide asas? saya xde sebut pun dalam post saya ni..
belajar as PPP ni subjek dia terlalu rumit or basic jer..bg contoh yg awak study...
belajr ni, basic aje.. mudah2 aje..
dia ajar general..
ontoh sem 1 ada subjek anatomy n fisiologi.. dia cerita pasal satu badan manusia.. general sahaj. macaman ia berfungsi dll..
byk nya praktikal ja. nak jadik ppp nie.. jahit org. bagi ubat..
Jahit orang susah tak??
nnt praktikal kene jahit betul2 ker?
jahit kami dah belajar teknik dia.. tapi saya x pernah praktik lagi..
masa praktikal nanti kena jahit betul2 la.. xkan nak main2 kot.. hehe..
sem 5 ni masuk unit kecemasan 2bulan. mesti ada byk pun kes yang nak kena jahit nie...
slm..sa merupakan ppp berasal dari sabah..nak tambah sikit lg sal profession ini..untuk pengetahuan anda..sabah dan sarawak merupakan negeri yang plg teruk mengalami kekurangan doktor..so,sebenarnya,kerja PPP kt semenanjung berbeza dgn PPP sabah sarawak..sa sendiri byk kwn PPP dari seberang..bla sampai sini dorg blur jga..dorg x sangka PPP sabah sarawak mengambil alih semua kerja-kerja doktor...so,kpd PPP yang dpt surat transfer p sabah sarwak,sa nasihatkan bersedialah menerima kejutan tersebut...TQ to all my PPP frends from semenanjung yg bertugas di sini...
salam...tumpang tnye..uniform ppp name die apew ek?wane ape??h0pe sudi share..
:)
salam..saya nak tanya..saya dapat tawaran spa utuk bahagian PPP..jd apa yg saya perlu tahu?
memangcam doktor..kalau continue amik medic memang boleh dn digalakkan pun...so, tugas tu memang sama mcm doktor...cuma doktor tu bljr terlalu detail..
salam,,macam mana kalau kita nak naik grade ye?contoh dr gred U29 kpd gred U32??
kalau saya.. ( kebiasaanya pembantu perubatan di klinik) atau yg buat jahitan pesakit..mereka panggil doktor, saya akan explain balik..maaf saya bukan doktor..saya penolong pegawai perubatan
bukan apa, knowledge kita tak lah sehebat doktor, so, cukuplah sekadar kita sedar had kita, kalu tak mampu.. cepat2x.. REFER,..
takde apa yg salah..cuma kena explain kat patient yg kita ma... sbb karang lembu punya susu, sapi yang dapat belanga.. haha.. macam ner profession kita nk dikenali masyarakat.. betul tak..?? sbb org asyik gelar kita doktor atau misi shj.. ^.^
SAlam..perempuan Ada tak yang ambil medical assistant
salam semua.. banyak komen kat sini rupanya.. dah lama x berbloging.. hgege..
medical assistant perempuan ada.. isteri saya M.A gak.. -_-
salam. nak tnye mase interview spa untuk PPP nie sush tak??
Susah kew MA nie?aq tak brpa pandaiii laaa! tolong tunju ajor skit!
ak br je dpt..mcmmana nie..ak tkotlaa..huhuk
salam ... jeles baca entry2 u sebelum ni.. bcoz i juga sudent kist.. tp skrg x berpeluang utk merasa pengalaman praktikal mcm time u dulu... terlalu byk problem... pergi praktikal pom xleh masok hospital disebabkan masalah2 dalaman kist..benda2 remeh pom xleh nk diselesaikan,. ibaratkan kami hanya bayar 60ribu mcm derma je... sedih
saya nak tanya apakah pelajar2 yang menuntut bidang penolong pegawai perubatan kebanyakannya mempunyai keputusan yang tinggi2 ? harap balas secepat mungkin,sbb saya macam nak mohon bidang ni...Trima kasih
tq share.. berguna utk sy :)
Post a Comment