rahsia jururawat

rrk

Tuesday, September 21, 2010

Penolong Pegawai Perubatan (P.P.P)

Salam.
Dengan Nama Allah Yang Mah Pengasih lagi Maha Penyayang...

Pembaca yang dihormati sekelian,

saya rasa saya x pernah cerita lagi pasal profesion pekerjaan yang saya pilih dalam blog nie...

dan hari ni saya rasa macam nak cerita la skit pasal pekerjaan ni. Saya sekarang dalam latihan Diploma Pembantu Perubatan di Kolej Islam Sains dan Teknologi, kelantan dan sekarang saya sudah berada di Tahun Dua, Semester 4.

Apabila saya grade nanti pada hujung tahun hadapan, saya akan memulakan kerja saya sebagai PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN @ Assistant Medical Officer (AMO) @ Medical Assistant (MA) yang berlesen InsyaALlah..(mohon doa semua :-) )

Sebenarnya, pekerjaan PPP ini saya rasa, ramai lagi orang di luar sana yang tidak mengetahui akan PPP ini.
Ini kerana, apabila mereka pergi ke hospital ataupun klinik kesihatan, mereka hanya kenal Doktor dan juga Jururawat,...

dan jika anda salah seorang daripada mereka, PPP ini dahulunya dikenali sebagai HA (hospital assistant), dan dahulunya lagi dikenali sebagai dressar.

Sebelum saya memasuki latihan MA ini, saya juga tidak tahu akan adanya pekerjaan MA ini..

Bolehlah dikatakan PPP atau MA ini sebagai 'hero yang x dikenali' / unsung hero

Sebenarnya, peranan PPP ini sangat besar di dalam sistem perkhidmatan kesihatan di Malaysia.. Seorang PPP selalunya akan bertugas di Jabatan Kecemasan, dan juga klinik kesihatan. Selain itu, PPP berada di semua unit lain seperti Dewan Bedah, klinik specialist (mata, telinga, tekak), Unit Cardiology, Hemodialysis, Ortopedik (tulang) dll.

PPP boleh melakukan tugas-tugas Pegawai Perubatan seperti mendiagnos pesakit, mempreskrip ubat kepada pesakit, dan melakukan pembedahn-pembedahan kecil seperti circumcision (khatan), nail avulsion (buang kuku yang rosak/patah) dan menjahit luka2 kecil..

Sepanjang latihan saya melalui teori kelas dan pratikal, saya mempelajari hampir kesemua tajuk perubatan dan pembedahan. Pembelajaran saya hanya general dan tidak terlalu detail seperti pengajian doktor. Di samping itu, kami juga dititik beratkan dengan soft skill seperti skil2 kejururawatan.

Jika hendak dilihat dari kacamata lebih profesional, MA ini mengambil tugas PARAMEDIK. Dengan ketara, kita boleh menyaksikan 'pahlawan yang tak dikenali' ini akan menguruskan dengan cekap kes2 kecemasan di tempat kejadian seperti kemalangan kereta dll. M.A lah yang pertama sekali akan menunggu anda di Jabatan Kecemasan hospital untuk melakukan prosedur2 kecemasan seperti dalam kes sesak nafas, sakit jantung, renjatan (shock) dan banyak lagi...

berlagak doktor.. hehe
Bukan itu sahaja, PPP juga boleh mengendalikan kelahiran secara normal. Saya berasa tidak sabar menunggu pembelajaran untuk berada di Labour Room masa semester 6 nanti..

Dan satu lagi, MA yang bertugas di klinik, kebiasaannya akan menerima pesakit, membuat pengambilan sejarah, melakukan pemeriksaan fizikal, membuat investigasi, kemudian mendiagnos, lalu mempreskripsikan ubat kepada pesakit tersebut. Jika pelanggan yang x tahu, dia akan menggelar MA sebagai doktor!!. (hehe. riak skit)

Walaubagaimanapun, itulah tugas dan peranan sebenar profesion saya yang profesional ini...

harap semua pembaca boleh menerima cerita saya nie.. hehe.

Klu anda ingin maklumat lebih lanjut mengenai sejarah, tugas2 PPP ini, anda boleh klik sini

page ni lah yang saya buka dan baca masa saya nak interview SPA untuk jawatan PPP ini. Alhamdulillah saya berjaya mendapatkan jawatan ini dan saya syukur sgt2.. Masa tu lah baru saya tahu mengenai profesion ini..

masa kat hospital KB-praktikal sem 1

Rasanya tu sajalah yang dapat tulis petang nie.. dah x larat nak tulis... dah xdak ilham...

Ok. Sekian.. 

Wassalam/.....

p/s/s : ipad 2 free di sini!!!!  KLIK....

81 comments:

syuhada said...

bleh tlong trangkn kpda sy apkh yg d mksudkn dgn "pemeriksaan slide asas"..?

Hafizul Amin said...

pemeriksaan slide asas? saya xde sebut pun dalam post saya ni..

haffizmohdnoor said...

belajar as PPP ni subjek dia terlalu rumit or basic jer..bg contoh yg awak study...

Hafizul Amin said...

belajr ni, basic aje.. mudah2 aje..
dia ajar general..

ontoh sem 1 ada subjek anatomy n fisiologi.. dia cerita pasal satu badan manusia.. general sahaj. macaman ia berfungsi dll..

byk nya praktikal ja. nak jadik ppp nie.. jahit org. bagi ubat..

haffizmohdnoor said...

Jahit orang susah tak??
nnt praktikal kene jahit betul2 ker?

Hafizul Amin said...

jahit kami dah belajar teknik dia.. tapi saya x pernah praktik lagi..
masa praktikal nanti kena jahit betul2 la.. xkan nak main2 kot.. hehe..

sem 5 ni masuk unit kecemasan 2bulan. mesti ada byk pun kes yang nak kena jahit nie...

Anonymous said...

slm..sa merupakan ppp berasal dari sabah..nak tambah sikit lg sal profession ini..untuk pengetahuan anda..sabah dan sarawak merupakan negeri yang plg teruk mengalami kekurangan doktor..so,sebenarnya,kerja PPP kt semenanjung berbeza dgn PPP sabah sarawak..sa sendiri byk kwn PPP dari seberang..bla sampai sini dorg blur jga..dorg x sangka PPP sabah sarawak mengambil alih semua kerja-kerja doktor...so,kpd PPP yang dpt surat transfer p sabah sarwak,sa nasihatkan bersedialah menerima kejutan tersebut...TQ to all my PPP frends from semenanjung yg bertugas di sini...

Anonymous said...

salam...tumpang tnye..uniform ppp name die apew ek?wane ape??h0pe sudi share..
:)

Anonymous said...

salam..saya nak tanya..saya dapat tawaran spa utuk bahagian PPP..jd apa yg saya perlu tahu?

nor said...

memangcam doktor..kalau continue amik medic memang boleh dn digalakkan pun...so, tugas tu memang sama mcm doktor...cuma doktor tu bljr terlalu detail..

Anonymous said...

salam,,macam mana kalau kita nak naik grade ye?contoh dr gred U29 kpd gred U32??

arshad_selayg90 said...

kalau saya.. ( kebiasaanya pembantu perubatan di klinik) atau yg buat jahitan pesakit..mereka panggil doktor, saya akan explain balik..maaf saya bukan doktor..saya penolong pegawai perubatan

bukan apa, knowledge kita tak lah sehebat doktor, so, cukuplah sekadar kita sedar had kita, kalu tak mampu.. cepat2x.. REFER,..

takde apa yg salah..cuma kena explain kat patient yg kita ma... sbb karang lembu punya susu, sapi yang dapat belanga.. haha.. macam ner profession kita nk dikenali masyarakat.. betul tak..?? sbb org asyik gelar kita doktor atau misi shj.. ^.^

Unknown said...


SAlam..perempuan Ada tak yang ambil medical assistant

Hafizul Amin said...

salam semua.. banyak komen kat sini rupanya.. dah lama x berbloging.. hgege..

medical assistant perempuan ada.. isteri saya M.A gak.. -_-

najihah said...

salam. nak tnye mase interview spa untuk PPP nie sush tak??

Anonymous said...

Susah kew MA nie?aq tak brpa pandaiii laaa! tolong tunju ajor skit!

melur said...

ak br je dpt..mcmmana nie..ak tkotlaa..huhuk

Anonymous said...

salam ... jeles baca entry2 u sebelum ni.. bcoz i juga sudent kist.. tp skrg x berpeluang utk merasa pengalaman praktikal mcm time u dulu... terlalu byk problem... pergi praktikal pom xleh masok hospital disebabkan masalah2 dalaman kist..benda2 remeh pom xleh nk diselesaikan,. ibaratkan kami hanya bayar 60ribu mcm derma je... sedih

caeri said...

saya nak tanya apakah pelajar2 yang menuntut bidang penolong pegawai perubatan kebanyakannya mempunyai keputusan yang tinggi2 ? harap balas secepat mungkin,sbb saya macam nak mohon bidang ni...Trima kasih

antynid said...

tq share.. berguna utk sy :)

Anonymous said...

Alhamdulillah.. Takbir!!!

Unknown said...

Hai tumpang tanya, saya akan interview untuk ppp pada bulan oct. ni, apakah uniform ppp ni warna apa ye?tq..minat sgt ppp ni huhu...tq sangat kerna share maklumat mengenai ppp ni...membantu sgt :)

Anonymous said...

slm.. tq ats info yg dbrikan. sy akan prg tmuduga SPA buln 10 ni. blh tnye tak sllunya soalan ape yg diajukn oleh penemuduga..

R said...
This comment has been removed by the author.
R said...

Salam..mintak maad mgkin agk lmbt nk bg cment..tp skdar nk brtnye,dpt ni under SPA kan..mse interview tu dia byk tye ape ye?

Unknown said...

Salam.tolong bagitau time interview dorang banyak tanye ape?

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Saya akan diinterview pd 30/10 nie ! Bila baca semua komen , mcm takut la pulak . Apa yg biasa ditanya dan latihan sbgai ppp nie susah ke ?

Mohd Aliff said...

Salam,sy kene 22 aribulan ni,bole sy tau ckit2 ape yg slalu penemu duga tnye kt kite nnti?ni utk info jek...sy minx tlong sgt2.

Anonymous said...

baju PPP ; lelaki dan perempuan basically sama je... putih dan hitam... cuma lelaki kemeja dan bertali leher kaler biru tua ... perempuan pulak lain sikit design dier... xtau nak cakap mcmana design tu... hahaha... btw good luck!

Anonymous said...

assalamualaikum..saudara sy ingin bertanya? apakah perbezaan tugas AMO kt hospital dan tugas AMO kt klinik kesihatan

Hafizul Amin said...

sori lmbt reply semua kawan2...

biasanya temuduga spa ni, soalan basic2 je. xperlu takut..
(mungkin semua pengkomen kat atas dah pass interview kot. hehe)

soalan first,mesti dia suruh korang semua perkenalkan diri... cerita diri anda dan keluarga..

pastu, pasal m.a plak, dia akan tanya lah, apa peranan m.a ni skit2..
cakap je, PREVENTIVE,
CURATIVE, PROMOTIVE, REHABILITATIVE.

tu jer. haha. jgn takut,
cakap dgn yakin! tu jer.

klu ada rezki dapat pas temuduga, dapat lah surat. hehe.

tq alls!

Amin

Hafizul Amin said...

perbezaan AMO @ PPP di hospital dan klinik.

di hospital, PPP ditempatkan di Unit2 Khas, contohnya, Unit Kecemasan. Unit Hemodialisis. ataupun Klinik2 Pakar mcm Klinik Ortho, Klinik ENT, Klinik Mata dll..
(mmg byk unit lah-smua ada PPP)

Tugas ikut kepakaran dan unit lah. Lebih kpd "MEMBANTU" doktor, pesakit dalam rawatan.
klu kat dewan bedah, PPP pun tolong (assist) doktor begitu juga dgn Staff Nurse (SN)-

Kat klinik pula, lebih kpd peranan komuniti, membantu masyarakat (pesakit luar) - buat program Kesihatan Remaja, Kesihatan Mental, TB, Jaga Warga Tua.
semua staff PPP, SN, doktor bekerjasama di klinik dlm buat program dan merawat pesakit.. :D

tq! :D

Hafizul Amin said...

Untuk pengetahuan semua, saya kini sedangbertugas di Klinik KEM PLKN BAGAI BUDI SANDAKAn SaBAH.

-so, peranan saya, buat pemeriksaan pesakit2 (pelatih2) dan bagi ubat yang ada.
dan kes2 kecemasan jika ada. :D

Tapi nnt dah cukup dua tahun, saya nak minta pindah balik KKM di semenanjung lah. hehe. hilang skill dah ni. :D

Anonymous said...

salam,,nk tye,,etika pakaian waktu kelas bebas ke bersyarat,, kalau bersyarat pakaian mcm mne ye??

Unknown said...

Salam..nak tnya..saya sedang tunggu keputusan SPM..saya nak tnye..perekse setiap sem. dalam bidang ni susah x??mcm kene hafal semua setiap bahagian tulang..??sorry kalau soalan ni agak banggang..

kadir said...

Xlaa susah sngt.. anatomi & fisiologi sem 1 lbih kurang biologi spm.. kwn sya xda basic sains spm pn bole bwa sbjk ma ni dgn cmerlang hehe

Unknown said...

macam mana nak naik gred?

Anonymous said...

maaf nak Tanya lahh..
Kalau dah ade diploma MA tp dri kolej lain bkn under SPA, boleh ke jadi MA gred u 29,ke kne mohon SPA gak kalau nk dpt keje?

Anonymous said...

Salam, boleh saya tanya? biasanya pelajar PPP sem 1 umur paling tua berapa ya? dan kalau saya belajar di PICOMS. okay kah? terima kasih

Anonymous said...

Belajar MA d PICOMS ok tak? sama je ke dgn MA yg dr SPA tu? Mohon penjelasan..

frezsx zungu said...

saya aru gred MA kat picoms untuk jan 2012 nak tanya macam mana yer nak dapat keje..mohon pencerahan

:-)

Unknown said...

Waduhh.. takot pulok nak jahit2 org nie.. huhu.. x tahu nak pilih mane satu nih.. >_<"

Anonymous said...

Salam nak tye ap minimum grade spm ntuk apply..sy dah lama apply spa tp x dpt ponn..dah 1 tnn tugu..tua dlu laa nampk nya..

Unknown said...

peperiksaan setiap sem kalo under spa, sama aje kot kalo swasta pon. hafal xhafal la . tp kna tahu. bukan takat tulang, kna hafal ubat, organ lain, the physiology of anatomy.

Anonymous said...

Salam. Boleh saya tanya. Berapa lama kena belajar dan selesaikan pelajaran dan mendapat jawatan PPP ni?

Emil Fahmi said...

Ok sjk...pling tua ad umur 30... bljr nda kira usia

Unknown said...

nak tanya ckit, klau time spm just amk basic sains,( X DE kimia, fizik, bio) boleh ke u mohon jawatan "MA" NIE?

Unknown said...

Assalam, sy akan menghadiri temuduga separa perubatan mggu hadapan..selain drpd tugas M.A apa lagi yang sy perlu ambil tahu?Pilihan pertama sy M.A.
harap ad yg share tips or pengalaman. terima kasih

Cik ZuYYin said...

Assalamualaikum, maaf tumpang tanye apa warna baju MA bg perempuan dan lelaki? Setahu saya warna putih , seluar hitam. Tapi saya ada terbaca kat mana entah cakap warna hijau . Terima kasih .

Anonymous said...

Nak tanya... apabila dalam kelas..bahasa apa yang digunakan dlm pembelajaran...sebab setakat ini kita belajar matapelajaran sains dalam bahasa ingeris

Anonymous said...

bahasa melayu n english....tp saya galakan anda tahu juga dalam english sbab masa praktikal atau kerja mmg Dr kebanyakan speak in english....ubat2 dalam english...penyakit2 dlm english

Anonymous said...

Nak tanya .. mcm mana nak jadi jgn marah k tanya je

Unknown said...

Org india boleh apply SPA ke? Rmai india x

myilhamz said...

Ooh byk komen sory saya dah lama xperasan post dan komen kat sini.. Nnt sy reply satu2 ye. :-)

Amin

Anonymous said...

Ada nie haa Indian sebelah bilik saya.. 4 orang dari batch saya nie haaa...

yuyu said...

Good info

Anonymous said...

assalamualaikum.. saya student spm 2016 ..saya merupakan pelajar sastera.. Alhamdulillah result saya cemerlang..saya nak mohon MA dalam spa.. saya nak tau,, adakah subjek yang akan dipelajari sukar.. maklum lah, saya tiada asas ttg sains tulen ni.. dan kalau saya mohon spa,, ipt mana yg terbaik dlm bidang ni? tq

haneeqis said...

Salam...sy nk tanya...kalau masuk under spa so kerja pon under kerajaan jadi lps lthn 3 tahun, berapa tahun kerajaan tetapkn utk kerja ngn dia??? Ape benefit kita dapat?
Ade peluang ke utk krja di hospital swasta??

Anonymous said...

Hijau tu gred tinggi sikit bro biasa baju putih seluar hitam

Unknown said...

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Perubatan Gred U29, U32, U36

Penolong Pegawai Perubatan menjalankan tugas memeriksa, mendiagnosis dan merawat penyakit yang ringan. Memberikan pendidikan kesihatan berkaitan kepada individu, kumpulan dan masyarakat. Mendispens, memesan dan menyimpan ubat-ubatan. Membantu dalam program latihan paramedikal dan auksiliari kakitangan di bawah seliaannya. Menyimpan semua rekod yang berkaitan dengan pendaftaran, penjagaan pesakit dan kematian.

Memberi rawatan awal dan segera serta sokongan bagi semua kes kecemasan dan merujukkan kes-kes berkenaan untuk pengendalian selanjutnya kepada Pegawai Perubatan.
Sebagai Ketua Pasukan Ambulan dan memberi rawatan kecemasan mengikut protokol yang telah ditetapkan.

Tugas-tugas penyeliaan kakitangan di bawah jagaannya serta memeriksa dan menyimpan alat pemulihan dan bekalan perubatan di Jabatan Pesakit Luar, Jabatan Kemalangan dan Kecemasan serta Ambulan.

Anonymous said...

Hi nak tnya...brpe kelulusan yg standard for MA..
#from plajar sekolh menengah

Unknown said...

bolehkah seorang jururawat menjadi MA jika sambung blajar?

Anonymous said...

kalau kelulusan stpm boleh tak apply untk MA ni? sy minat sngt dgn MA ni tp infomation psal kelayakan masih kurang. harap dpt bantu :)

Unknown said...

Kalau brtubuh kecik boleh ke jdi ma.. Cmne nk angkat pesakit kalu gitu

mdhafizhamin said...

Senang sahaja. Jgn risau. Saya student akhir ambilan Januari 2016 kskb kota kinabalu. Spm dulu aliran ekonomi, tapi tiap sem boleh lulus dan cemerlang.

mdhafizhamin said...

Sekurang² 6 kredit, dua daripada subjek dapat kepujian@ gred B.

mdhafizhamin said...

Jgn apply guna stpm. Guna SPM untuk apply.

Unknown said...

bole jak ba tu

Unknown said...

Salam..pembelajaran dalm bahasa melayu ke bahasa inggeris

Unknown said...

Salam.. pembelajaran dalam bahasa Melayu atau pun bahasa Inggeris?

Unknown said...

Lama tak nak kena tunggu untuk panggilan interviu kolej under SPA nie?

Unknown said...

Tak lama pun. Sy dapat panggilan untuk jawab exam online 10/5 tahun ni. Dapat tahu result exam 15/5 dan alhamdulillah dapat panggilan untuk temuduga sebagai ppp 28/5. Doakan sy lulus 😁

serikandiislam.relisya said...

Assalamualaikum . sy ad dpt spa utk latihan separa perubatan dan sy nak ltkkan PPP sbagai plihan pertama . apa perkara penting yg sy kena sdiakan utk itv ?

Siti Aminah said...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Negara: Indonesia
Nama: Siti Aminah
Alamat: Jakarta Barat
Nombor WhatsApp: +62 859-4202-5695
e-mel saya: sitiaminah6749@gmail.com

Sudah tiga tahun saya memberi kesaksian mengenai ibu Alicia Radu bagaimana dia menolong saya dan keluarga

nama saya Siti Aminah dari Indonesia, tolong saya cadangkan semua orang di sini harus sangat berhati-hati, kerana terdapat banyak pemberi pinjaman pinjaman palsu di internet, tetapi mereka tetap menjadi syarikat pinjaman yang sebenarnya. Saya telah ditipu oleh 4 peminjam pinjaman yang berbeza, saya kehilangan banyak wang kerana saya mencari pinjaman dari syarikat mereka. Saya hampir mati dalam proses kerana ditangkap oleh orang kerana berhutang.

Saya hampir menyerah sehingga saya meminta nasihat seorang rakan yang memperkenalkan saya kepada pemberi pinjaman asal dan syarikat yang sangat dipercayai iaitu Ibu Alicia Radu yang mendapat pinjaman saya 800 juta rupiah Indonesia dalam waktu kurang dari 24 jam Tanpa tekanan dan kadar faedah rendah 2%. Saya sangat terkejut ketika memeriksa akaun bank saya dan mendapati jumlah pinjaman yang saya minta telah dipindahkan ke akaun bank saya tanpa sebarang penangguhan atau kekecewaan, jadi saya berjanji bahawa saya akan berkongsi berita baik supaya orang dapat pinjaman dengan mudah tanpa tekanan daripada Ibu Alicia Radu

Saya mahu anda mempercayai Ibu Alicia Radu dengan sepenuh hati kerana dia sangat membantu dalam hidup saya dan kewangan saya. Anda mesti menganggap diri anda sangat bertuah kerana berpeluang membaca kesaksian ini hari ini. Oleh itu, jika anda memerlukan pinjaman, hubungi ibu Alicia Radu melalui e-mel: (aliciaradu260@gmail.com)
Anda juga boleh menghubungi saya melalui e-mel saya: (sitiaminah6749@gmail.com)
jika anda memerlukan maklumat mengenai bagaimana saya mendapat pinjaman saya dari Ibu Alicia Radu, anda bebas untuk menghubungi saya dan saya dengan senang hati akan menjawab anda kerana anda juga dapat menolong orang lain setelah anda menerima pinjaman anda.

Nombor WhatsApp Saya: +62 859-4202-5695
Anda juga boleh menghubungi saya melalui e-mel saya: (sitiaminah6749@gmail.com)
hubungi ibu Alicia Radu melalui e-mel: (aliciaradu260@gmail.com)

Anonymous said...

Why?

Izah azan said...

Salam... Boleh saya tanya, bolehkah someone yg buat pembedahan tulang belakang dulu(masa f5) masuk bidang health care especially jadi PPP? Tapi sekarang ni dah sihat dan normal cuma ada sejarah major operation? Minat sngt dngn bidng ni, cuma takut tak diterima masuk.. Huhu

Unknown said...

Tq, author buat sharing n notes yg dbrikan,doakan sy bjaya llus iv 05hb ni 💪🏻 aamiin

Anonymous said...

Assalamualaikum, boleh tanya, kerja sebagai ppp ni susah ke? Ada masa rehat ke?

mohammad hakim JIkra said...

assalamualikum bng hafizul boleh x bagi tips untuk temuduga separa perubatan?

terima kasih.....

Anonymous said...

Perempuan boleh join ke?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails