rahsia jururawat

rrk

Wednesday, October 24, 2012

Mula Berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Perubatan U29

Bismillah.

Assalam semua..

Alhamdulillah.. hari isnin baru ni 22hb10 2012, dengan rasminya, saya MOHD HAFIZUL AMIN BIN SALLEH HUDIN, telah mula bertugas sebagai seorang Penolong Pegawai Perubatan di Hospital Sultan Haji AHmad Shah, Temerloh Pahang.

Mula dgn lapor diri di Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, Kuantan, dan akan mula bertugas pada minggu hadapan di Jabatan Kecemasan (selepas raya haji)..

SYukur sangat ya ALlah diatas jawatan ni..

Dan skrg rasa rindu yang amat sangat pada isteriku yang ada kat rumah skrg.. Maaf sayang, abang xdapat balik hari2.... Insyaallah esok abg balik/... :D

ok.

dan juga saya ada edit skit link kat atas blog ni..

ada link terus ke BLOG perniagaan saya..

--->cenderahati zahrah
----> kad kahwin zahrah

------------
ok. doakan saya dapat menjalankan tugas dgn baik dan ikhlas kerana Allah Taala. kerana tugas membantu manusia ni mulia, (teringat pesan arwah abah saya)...

ok. wallahua'lam. maaf xde gambar.. sbb xde kamera.. hehe..

nnti saya update lagi insyaallah..

Thursday, September 27, 2012

saya sudah berkahwin

salam semua...

saya amin. baru nak menulis semula d blog ini stelah hampir setahun tdk menulis..

untuk pengetahuan semua, saya sudah berkahwin pada jun baru2 ini, dan akan start bekerja sbg pembantu perubatan pada 22 hb oktober ini.. di... hospital rahsia.. hehe..
alhamdulillah.. byk cerita yg nak diceritakan nnti pengalamn setelah lama tidak menulis ni..

dan ni ada sedikit gmbr saya kahwen aritu, syok ow.. pi sandakan..
isteri saya bernama balqis, bukan nama sebenar.. nama sebenarnya Hasliyiana hassim, juga seorang pembantu perubatan di sebuah pusat rawatan swasta..

ok. tu jer nk tulis harini.. hihi. sje2 nak maklum, yg saya akan start berblogging semula..

oknbai.. wassalam..

saya bersama isteri tersayang..


Thursday, March 1, 2012

Nak tak pahala berterusan??!!! Senang jer...

Asslamualaikum WBT....

insyallah tajuk ni bekenaan pahal berterusan.. mamcamna ya>>
??

Senang jer..

Biasa dengar x wakaf?

Wakaf untuk kegunaan orang ramai.. dan benda tu baik..

Selagi mana orang menggunakan benda atau wang yang kita wakaf tu, selagi tu kita dapat pahala.. senang x?? hehe./..

Tapi ingat!!!  Pemberian wakaf kita tu hendaklah dengan hati yang ikhlas, bukannya untuk riak2 dan meninggi diri.. Nauzubillah...

Kat mana nak wakaf? Benda apa nak wakaf?

haaa.. senang jer.. anda boleh cari madrasah2, atau surau2, masjid2, untu mewakafkan erkara2 yang bermanfaat seperti Al-Quran... Surah Yasin... Tolong baiki jalan berlopak... dan banyak lagi.. (tulis blog pun kira bleh gak. hehe)

ilmu selagi mana diamalkan, selagi tu kita dapat pahala.. So, sangat2 beruntung kpd sesiapa yang menjadi cikgu dan guru, selagi mana org mengamalkan ilmunya, selagi tu lah beliau mendapat pahala yang berterusan.. :D

InsyaAllah...

mudah-mudahn post yang pendek dan ringkas ni dapat menjadi pahala berterusan untuk diriku yang kerdil dan faqir ini.. insya Allah.. Ameeen...

Wallua'lam..

____________________________------_________________________

Iklan skit..

ni adalah design terbaru bagi Cenderahati Zahrah...

Kulit buku Al-Maathurat..

ianya sesuai dejadikan hadiah atau cenderahati semasa majlis Perkahwinan dan sebagainya..

Anda boleh klik sini untuk menempahnya... :D



KLIK SINI .... IKHLAS INDAH BAHAGIA...

Tuesday, February 21, 2012

Tips Menjaga Kesihatan

Assalamualaikum WBT..

Alhamdulillah...syuur dgn nikmat sihat kurniaan Allah..
dan rezqi yg x pernah berhenti..Allah Maha Penyayang akan hamba-hamba Nya walaupun hambanya masih melupakan Allah...

Selawat pada Rasulullah SAW...rahamatan lilalamin..

Saya selalu mengatakan pada anak murid saya.. (saya sedang mengajar sbg guru ganti di SMK Sek24 Shah Alam).. "semua yang ada di langiit bumi , anggota badan, keluarga, harta, adalah semuanya kepunyaan Allah SWT...' tiada siapa yang hidup selain dari jagaan dan aturan Allah SWT..

Wajib bagi kita bersyukur... setiap masa mengingati Nya.. kerana pada nama Allah ada segala sifat baik juga pada manusia..

Maka, menjaga kesihatan juga adalah cara besyukur.. kenapa saya mengatakan begitu? masakan tidak, jika kita merokok, kita sudah tahu ianya tidak bermanfaat.. dan akan memudaratkan.. maka kenapa lagi meneruskannya.. ??

1- Makanan Seimbang.. -- senang cerita, makanan seimbang ni adalah makanan yang kita rasa sesuai untuk dimakan.. lengkap seluruh komponen tenaga, karbohidrat, lemak, dan lain-lain lagi.. Kita boleh tahu sendiri makanan apa yang perlu dan makanan apa yang kurang baik.. (hehe)

2- Senaman --- Xsemestinya senaman di padang.. cukup hanya berjalan kaki.. jika kita ke tempat kerja berjalan menaik tanga.. itu juga dianggap senaman.. :D

3- dan yang paling penting.. berdoa pada Allah supaya dijagakan kesihatan kita semua.. semoga kita menjadi hamba yg bersyukur dgn nikmat2 Nya.... :D

Ok lah.. saya sedang menuju visi dan mis terangung saya... LA ILAHA ILLALLAH.. MUHAMMAD RASULULLAH...

Jom bersama saya.. Wallahua'lam...

gambar hiasan~ ketika perlumbaan perahu panjang Perlis International Long Boat Festival 2007

Thursday, February 9, 2012

Blog baru saya.....

Assalam.. mungkin sudah lambat nak mengucapkan

Selamat Menyambut Maulidur Rasul SAW...

sudah lama x menulis blog..

dan harini saya cuma nak mengumumkan.. saya sudah selsai membina satu blogshop baru..!!!

CENDERAHATIZAHRAH.BLOGSPOT.COM

Blog ni khas untuk menerima tempahan hadiah ataupun cenderahati perkahwinan yang sangat menarik!!!..
silalah ramai2 berkunjung ke sana.. :D

Sekian.. Wassalam...


Sunday, January 22, 2012

Latihan Separa Perubatan KKM

Assalam... alhamdulillah. selawat dan salam pada nabi SAW.
semoga hari ini lebih baik dari hari semalam.. insyaallah.. :D

Post hari ini berkisar tentang Latihan Separa Perubatan..bagi perjawatan dalam SPA8i..

Latihan ni selalunya adalah kursus diploma.. macam kursus saya.. (Diploma Pembantu Perubatan).. :p
Ada banyak lagi latihan yang berkaitan.. antara l;ainnya ialah kejururawatan, juruxray, medical lab technologist.. dan lain2 lagi..

bagi sesiapa yang berminat, selalunya, pelajar lepasan SPM akan mengisi borang di laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam untuk memilih jawatan2 yang ada dalam kerajaan.. org cakap --kerja kerajaan--..
Memang satu kelebihan jika mendapat kerja kerajaan ni.. anda sendiri juga tahu..

namun,semuanya adalah rezeki allah taala kepada kita..

jika anda mengisi 8 jawatan, mungkin melibatakan separa perubatan, dan anda layak di temuduga, ia adalah rezeki anda.. bukan senang nak masuk kerajaan ni.. :D

dan hari ini, saya nak perkenalkan pada anda, satu panduan lengkap untuk menjadi seorang JURURAWAT iaitu suatu kerja yang sangat mulia... menolong dan membantu orang2 sakit..

jika anda berminat dengan profesion ini, panduan ini memang SESUAI untuk anda.. segala perkara dari bagaimana mahu bermula dan sehingga akhirnya mendapat pekerjaan, telah dibongkarkan di sini.. termasuk cara membuat resume, dan tips temuduga terbaik.. :D

Panduan ini telah ditulis oleh seorang penjwat awam di kementerian kesihatan malaysia yang telah mengeluarkan odal yang banyak untuk menulis sebuah panduan KHAS untuk bakal jururawat ataupun jururawat yang telah bekerja..

Anda boleh klik di sini untuk ke laman panduang tersebut... :D

-->  http://bit.ly/wVMyR8

ok.. itu sahaja yang dapat saya kongsikan hari ni.. moga segala hajat kita tercapai, dan jangan lupa doa pada Allah Taala untuk kemudahan kita dan segala perkara...

Wassalam..

Wednesday, January 11, 2012

Mari belajar Al-Quran menggunakan teknologi baru!

Asslamalaikum WBT..

alhamdulillah, dapat juga update blog ni.. sibuk dan tak sempat dek kerja-kerja mendesign dan biznes di IlhamZahrah Printing.. (BISNES PRINTING, bisnes cards dan lain2 lagi.. -_-).

insyaallah hari ni saya nak share mengenai PEN DIGITAL AL-QURAN.., Mengikut kajian, terdapat ramai orang yang ingin belajar membaca Al-Quran. Mereka ini adalah daripada golongan yang berumur dan ramai juga yang masih muda seperti kanak-kanak & remaja. Pada kebiasaannya, kanak-kanak akan belajar Al-Quran di madrasah-madrasah dan surau-surau, manakala golongan yang berumur akan belajar di masjid atau di rumah dengan mengupah ustaz peribadi sebagai 'home tutor' kepada mereka. 

Namun begitu, tidak dinafikan juga bahawa ramai golongan berumur ini menghadapi pelbagai halangan & rintangan untuk belajar membaca Al-Quran. Antaranya ialah:

1) Suasana pembelajaran di masjid-masjid biasanya tidak selesa bagi kebanyakan golongan berumur ini. Ini kerana kelas bacaan Al-Quran biasanya dihadiri oleh ramai peserta. Mereka berasa malu untuk membaca di hadapan peserta-peserta lain kerana bimbang akan melakukan kesilapan ketika membaca Al-Quran.

2) Golongan berumur ini juga berasa malu untuk meminta guru mengulang kembali ayat yang sama beberapa kali walaupun mereka tidak jelas tentang cara bacaan yang betul. Ini akhirnya akan menyebabkan mereka tidak dapat belajar secara sempurna.

3) Faktor lokasi masjid yang mungkin jauh bagi sesetengah orang juga boleh menyebabkan golongan berumur ini membatalkan niat mereka untuk belajar Al-Quran di masjid. Tidak semua orang mampu untuk mengupah ustaz / ustazah sebagai 'home tutor' mereka.


Justeru kita melihat bahawa golongan berumur ini mempunyai hasrat untuk mempelajari Al-Quran, namun mereka tidak mampu mendapatkan kemudahan yang sewajarnya dalam industri pembelajaran Al-Quran.

Sebagai alternatif buat mereka yang ingin belajar & menghayati Al-Quran, memperkenalkan satu gajet terbaru yang dikenali sebagai Pen Al-Quran Digital. Ia dihasilkan sebagai salah satu alternatif buat mereka yang ingin belajar Al-Quran dengan menggunakan teknologi terkini.  Ia amat mesra pengguna dan mudah digunakan oleh semua peringkat umur.

Dapatkan maklumat lanjut di sini:

-->>  http://www.myqurandigital.com/index.php?ref=ilhamzahrah

INSYAALLAH. Diharapkan alternatif ini akan menjadi satu perkara baru yang akan mengundang rahmat Allah SWT pada kita semua.. Ameen...


Ok. Itu sahaja. Insyaallah kita berjumpa lagi.. :D

Wassalamualaikum WBT...


Tuesday, January 10, 2012

jom Avant!!!

Jom review blog bersama avant dengan hanya copy paste sahaja ayat ini! semua yang sertai blognya akan direview dan 4 orang yang terpilih akan berpeluang meletakkan banner 125x125 di blog avant.. Cepat sebelum terlambat! Copy ayat pendek ini dan paste segera di blog anda! Pastikan anda tidak termasuk dalam GOLONGAN INI ini agar peluang berharga ini dapat dirasai oleh blogger-blogger lain juga.  

----------------------------------------------------tamat-----------------------------------------------------------

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails