Salam Dakwah!!!
Siswa-siswi, pembaca2 yang dihormati sekalian, marilah kita merafakkan kesyukuran ke hadrat Allah Taala.. keranaNya lah kita dihidupkan, menjadi makhluk sebaik2 kejadian. Selawat dan Salam ke atas Nabi Muhammad Saw, qudwah dan imam kita sehingga hari qiamat...
Sebagai seorang Muslim dan Mukmin, ke atas kita sebuah tanggungjawab yang besar dalam memikul amanah Allah SWT yang mana telah terkutub di dalam Kitab ALQURAN iaitu sebagai Khalifah Allah dan Khairu Ummah (Sebaik-baik Ummat).
Dan sebagai Khairu Ummah, tanggungjawabnya adalah, AMAR MAKRUF dan NAHI MUNKAR. iaitu mengajak orang lain membuat perkara kebaikan, dan mencegah dari berbuat kemungkaran.
Dan dari situ, kita boleh menyingkapkannya sebagai DAKWAH..
Daripada semua ini, kita manusia, yang bergama ISLAM, dan BERIMAN kepada Allah (Mukmin), tanggungjawab kita nombor satu ialah DAKWAH!!!
Maknanya, saya dan anda semua mesti menjalankan kerja2 DAKWAH walaupun sedikit.. ini tanggungjawab kita sebenarnya...
Dari sudut kita sebagai Mahasiswa ataupun pelajar IPT, inilah masanya mencari pengalaman dan belajar untuk berDAKWAH!! dan dalam masa yang sama, pelajaran tidak boleh diabaikan..
Saya teringat ketika saya di Peringkat Menengah, abang-abang senior pernah berpesan, "DAKWAH NO 1, PELAJARN BUKAN NO 2".
Daripada situ, dapat saya simpukan, tanggungjwab Dakwah, iaitu segala usaha mencari ilmu, membuat kebaikan, dan menyampaikan sesuatu ilmu ataupun qudwah kepada org lain, adalah NOMBOR 1, dan tanggungjawab yang paling besar, iaitu belajar dan menuntut ilmu di dalam IPT ataupun sekolah, tidak boleh kita abaikan..
Rasanya semua kita dapat memahami apa yang saya ingin sampaikan kali ini.. Ini adalah sedikit usaha saya untuk berkongsi pengalaman hidup saya di dalam arena dakwah ini, dan setulus hatinya, saya tujukan artikel ini khas untuk diri saya sendiri yang telah byk lalai dan kealpaan di dalam mengejar dunia..
Diharapkan semua pembaca boleh ambil manfaat daripada tulisan saya yang x seberapa ni.. Doakan sama2 agar kita semua digolongkan dalam gonongan yang mendapat keredhaan NYA diatas setiap perbuatan di atas dunia ini..
Wallahua'lam/. sekian terima kasih..
No comments:
Post a Comment