ku mencari ilham..... 'tuk ketenangan dan kebahagiaan..... 'tuk keduniaan dan hari akhiran.....
Wednesday, December 1, 2010
Taqwa dan Al-Quran
Labels:
Al-Quran Dusturna
Salam.
Alhamdulillah, syukur atas nikmat Allah. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW.
Saudara saudari pembaca yang dirahmati Allah sekalian,
sejauh mana nikmat yang kita dapat sehari-hari, kita tukarkan dan jadikan ia sebagai amal soleh?? Ini persoalan pertama yang pengkuliah tadi bukakan..
KEPENTINGAN TAQWA
Apa penting taqwa? Firman Allah yang bermaksud,
Sesungguhnya yang paling mulia di kalangan kamu ialah orang yang paling bertaqwa...
Mulia...
Orang yang beriman dan bertaqwa akan menjadi mulia di sisi Allah dan juga di sisi manusia.
Setiap dari kita nak menjadi bertaqwa.. betul atau tidak.??
Setiap dari kita nak masuk syurga.. betul atau tidak??
Setiap dari kita nak berjaya di dunia dan akhirat??
Nak masuk syurga mesti kena jadik bertaqwa.. dan orang yang bertaqwa akan disayangi dan dirahmati Allah.. Jadi, dia akan dapat syurga.. Sesungguhnya ALlah tidak memungkiri janji..
Jadi, persoalannya, bagaimana kita nak jadi manusia bertaqwa??
MODUL ORANG BERTAQWA
Al-Quran..
Ya. Ini lah modul yang kita mesti pegang.. Firman Allah dalam surah Albaqarah ayat 2,
Inilah Kitab, yang tidak mempunyai keraguan padanya, PETUNJUK bagi orang yang BERTAQWA..
Tidak lain tidak bukan hanya satu jalan, panduan, untuk menjadi org bertaqwa adalah Al-Quran..
Sekarang mari kita muhasabah diri setakat mana KOMITMEN kita terhadap Al-Quran??
1- Kemahiran membaca
Tanya balik pada diri kita sendiri, kita nilai sendiri, menggunakan skala 0-10, takat mana kemahiran kita membaca Al-Quran??
Firman ALlah dalam Surah Muzzammil : Ayat 4 : ((Dan hendaklah kamu membaca Al-Quran dengan Tartil))
Jika OK, soalan kedua ;
2- Memahami Al-Quran
Firman Allah dalam surah Muhammad : 24 : Maka apakah kamu tidak mentadabbur Al-Quran atauka hati mereka terkunci?
Sejauh mana kita sudah memahami isi kandungan al-Quran?? Boleh tanya diri sendiri.. Semua orang membaca buku mesti tujuan dia nak tahu dan faham apa yang buku tu cerita..
Org baca surat khabar sebab mesti dia nak tahu apa berita terbaru...
Dan ada satu kajian, antara banyak2 buku dan kitab org baca, apakah buku yang mereka baca tapi tak faham...
Itu sudah tentu al-Quran.. Sebenarnya kita baca Quran tapi kita x faham pun, dan tahu pun apa yang Al-Quran tu cerita.. termasuklah saya sendiri..
Soalan ke-3 - Beramal dengan Al-Quran
Sejauh mana kita telah beramal dengan kandungan Al-Quran..
selalunya kita guna quran masa bila??
Masa ada org mati.. kan? baru nak baca untuk si mati.. Walhal Quran itu sebenarnya untuk org yang masih hidup..
Bila kita baca Isti'azoh?? atau Auzubillah.. ? Bila nak mula baca quran.. kan?
Sebenarnya, bukannya masa kita nak baca quran je yang syaitan nak kacau.. masa lain pun syaitan kacau.. kan..
Jadi, bila kita nak masuk suoermarket lah katakan, ada x kita baca Auzubillah.. mintak berlindung dengan ALlah..
mesti x.. sebab saya pun x baca.. :0 itu sebablah bila kita masuk pasaraya je, kita beli apa yang kita x nak beli pun.. membazir seja.. dan Membazit itu sahabat syaitan..
Subhanallah... dan satu lagi, bila tengah drive orang hon kita, dan kita seringkali akan mengucapkan benda nie. stupid la..dll dan caci maki org yang hon kita tu.. walhal org tu bukannya dengar pun kita kata kat dia.. Kita aja yang sakit hati.. Bila dalam keadaan tu,
kita kena baca Innalillahi wainna ilaihi rajiuun...
bukannya bila orang mati sahaja kita kena sebut tu.. Ustaz tu bantai sungguh..semua berasa..huhu
dan last sekali yang ke-4 Ajarkan, Sebarkan ilmu dalam Quran tersebut..
Kita ini khoiru ummah, mengajak org kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran,,,
BACKUP
Tetapi sesungguhnya, ustaz tu kata, setakat mana pun level kita dalam memahami, amal, dan sebar al-quran, Allah tak nilai benda tu.. Allah nak tengok kesungguhan kita dalam melaksanakan benda2 nie...
Usaha kita nak pergi belajar baca quran, usaha kita pergi dengar tafsir Quran, dan usaha kita menyebarkannya...
Firman ALlah : Dan perbaikilah diri kamu, sesungguhnya Allah mencintai orang2 yang memperbaiki dirinya...
KESIMPULAN..
Ustaz memberi saranan supaya kita menghafaz AL-Quran.. apabila kita menghafaz Al-Quran, 30 juz, InsyaAllah, sehari-harian kita akan penuh dengan al-Quran. Setiap masa ingat Allahh. sebab sentiasa baca Quran.
Hati ALQuran. Firman Allah, (Wahai org2 beriman, ingatilah Allah dengan sebanyak-banyaknya)
(Ingatilah aku, nescaya Aku ingat kamu, dan bersyukurlah dna janganlah kamu kufur)
IMPIAN SAYA
Setela dengar kuliah tadi, saya sangat sedih kerana saya tahu saya di tahap yang mana.
dan saya mulai sekarang nak berazam sungguh2, nak menghafaz Al-Quran..
banyk kelebihannya. untuk akhirat sekaligus dunia..
InsyaAllah.. bukannya mustahil. boleh. cuma nak dengan xnak je..
nak jadik jutawan pun boleh. nak dengan xnak je..
So, setakat ini dahulu malam ni.. Pembaca sekalian, doakan saya bahagia di dunia dan di akhirat. dan boleh jadi Insan yang BERTAQWA.. Ameen.....
Wassalam...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment