Salam.
Pada malam ini tajuk yang dibincangkan di masjid Kota Damansara sangat besar. Disampaikan oleh Ustaz Zaharudin Mohamad. mengenai feqh kontemporari..
Dan beliau mengutarakan Islam adalah agama fitrah/realiti. Bukannya agama falsafah..
Panjang ceramah dia.. dari 7.30 sehingga 9.10..
Tapi sesungguhnya, apa yang saya dapat, memang banyak sebenarnya.. Islam bukannya agama falsafah.. dan nak terang ni nak ambik masa lama gak rasanya.. dan saya xmahir untuk menulis bab ni rasanya.. tapi sya boleh kongsikan kesimpulannya sahaja..
Insya Allah..KESIMPULANNYA IALAH...
Kita xboleh faham Islam dengan menggunakan falsafah.. jika kita sempurnakan islam mengikut falsafah, ia adalah salah..
Falsafah ialah : dari idealistik /pemikiran seseorg (nama)--> (definisi) --> (sistem/prinsip)
dan Islam adalah REALITI : realiti (sistem/prinsip) --> nama
Contoh : Dari definisi manusia : manusia ialah makhluk hidup yang mempunyai kepala, dua tangan, dan dua kaki
Jika kita faham manusia mengikut falsafah, apabila kita melihat lahir seorang yang mempunyai kepala, dua tangan dan SATU kaki, kita akan kata itu adalah bukan manusia..
Salah... memang salah jawapan dia..
Jika kita faham mengikut realiti, (realiti bermaksud dah sedia ada. dah ada baru kita panggil nama). Manusia adalah manusia. walaupun tiada kaki satu. ia cacat. Dia tetap kita panggil manusia..
Begitulah perbandingannya, kita faham Islam. Islam adalah Islam itu sendiri.
Islam adalah Al-Quran dan As-Sunnah.
Sebagai contoh ; Negara Islam. Ia adalah realiti. berdasarkan Al-Quran. Dalam Al-Quran, tidak ada langsung disebutkan mengenai nama negara Islam itu, atau daulah islamiyyah, tiada sebut langsung..
yang disebutkan hanyalah realiti, ciri2 negara islam, dan akhirnya pada tahun kedua hijrah, barulah munculnya istilah nama Negara Islam itu.. Ia adalah realiti..!!
Mengikut falsafah, ada pihak mendakwa, Malaysia negara kita ini adalah Negara Islam. Tetapi, perlaksaannya adalah tidak bercirikan Negara Islam seperti Negara Madinah pada zaman Rasulullah SAWdahulu.. So, dia berfikir mengikut falsafah, Malaysia ini adalah negara Islam.. pada hakikatnya tidak..
So, salah ke x salah??
ISLAM BUKAN AGAMA FALSAFAH
Macamna nak bagi faham ya..?? Saya pun xreti nak tulis mcmn.. Tapi yang pentingnya, kita kena faham, Islam adalah Islam. Berpandukan Al-QUran dan AsSunnah. Wallhua'lam.
Kita kena belajar lagi benda nie.. untuk faham benda nie..
AMERIKA
Amerika amat takut akan negara yang akan melaksanakan negara Islam. Amerika dan sekutunya akan memusuhi negara yang ada orang ingin melaksanakan hukum dan Negara Islam di negara tersebut..
Seperti negara kita. Negara kita juga termasuk sebagai musuh Amerika. Tetapi sekarang ni dia x serang kita, dia x berperang dengan kita. Tetapi mereka dah serang pemikiran kita. GHAZWATUL FIKR.
Ya. Jadi Amerika dah berjaya melawan dan menjajah pemikiran kita. dan negara kita hakikatnya bukan negara Islam.. Malaysia hanya negara yang didiami orang Islam. Tetapi bukan Negara Islam..
TANGGUNGJAWAB KITA
Faham. Kita kena faham Islam. dan sebar DAKWAH. inilah yang paling penting.
jika kita tahu sembahyang, kita boleh ajar orang lain sembahyang.
jika kita mahir hukum2 feqah, kita boleh kongsi dengan org lain..
jika kita boleh menulis, walaupun xpandai sgt, kita boleh menulis untuk menyebarkan kefahaman kita..
Penutup
Marilah saudara, ikhwah sekalian, kita perbaiki diri kita sehari-hari, kerana Allah suak orang yang memperbaik diri sendiri.. dan marilah kita berjihad untuk menuntut ilmu lalu menyebarkannya kepada org lain..
Mudah-mudahan dirahmati Allah.. InshaAllah..
Wallahua'lam. Jika ada kesilapan dalam pemahaman saya, boleh tegur..
Wassalm...
1 comment:
ya...sharing is caring.....
Post a Comment