rahsia jururawat

rrk

Thursday, February 4, 2010

Perkongsian Pengalaman-KOBANNA 2010

Bismillahirrahmanirrahim.....
Assalamualaikum WBT.
Dulu kini dan selamanya aku bersyukur ke Hadrat Ilahi, ALLAH ROBBUNA, diatas nikmat Iman dan juga nikmat Islam dapat lagi aku hidup di muka bumi Allah ni...
Klu takdir aku x dibangunkan dari tidur pagi tadi nescaya aku x dapt lagi nak menulis blog nih.... Alhamdulillah.....

Sudah lama saya tidak mengupdate blog nie... xjumpa internet... begitu juga dengan masalah TMnet yang masih x repair2 lagi line streamyx rumah... Dalam kesempatan masa petang ni, saya nak berkongsi sedikit cerita dan pengalaman yang telah saya ikuti sepanjang 2 minggu ini...

pada 30 Januari 2010, Sabtu, bertempat di UNITEN Bangi, telah berlangsung Konvensye Pemikiran Hassan Albanna (KOBANNA) yang telah dianjurkan oleh ISMA dan JAWI. Saya telah menghadirinya bersama rombongan dari ISMA kelantan(dua bas)..

Sepanjang program tersebut, saya dapat menyimpulkan,
- Semua organisasi dan persatuan-persatuan Islam dan yang membawa nama Islam, seharusnya mengambil pemikiran Hasan AlBanna sebagai modul dan method dalam menjalankan dakwah dan menyebarkan Islam. Ini kerana Assyahid Imam Hasan Albanna sendiri, beliau telah membawa perubahan besar kepada ummat Islam pada abad ke 20 dan sehingga hari ini ideologi beliau dalam membawa Islam sangat2 berguna dan efektif untuk digunakan. Ketika beliau menjalankan dan menubuhkan Ikhwanul Muslimun di Mesir, beliau telah menggunakan pelbagai cara di dalam berdakwah. Antaranya yang sudah kita maklumi, beliau pergi ke kedai2 kopi untuk berdakwah.. Sehinggalah pengaruh beliau telah tersebar d kalangan org arab dan beliau memsuki politik dan berjaya menyebarkan dakwah ISLAM di kalangan orang Arab yang pada masa itu di ambang kegelapn setelah jatuhnya Pemerintahan Khilafah Uthmaniah pada 1924.

- walau sesiapa pun dan dari organisasi manapun, xkira parti politik apa pun, yang membawa nama islam, mestilah menjadikan matlamat Negara Islam ataupun Daulah Islamiyyah itu matlamat nombor SATU.!!! Untuk ke arah tersebut mestilah dengan mengikut peringkat2 :-
  1. Berrmula dengan diri sendiri,-berakhlak dengan akhlak Islam, hidup dengan cara hidup Islam, membina keimanan dan ketaqwaan yang tinggi kepada ALLAH. dll..
  2. BAITUL MUSLIM-iaitu keluarga Muslim, mesti dibina di atas ketaqwaan kepada Allah dan daripada dua individu suami isteri yang telah berakhlak dengan akhlak ISlam dll...
  3. apabila wujud baitul muslim, masyrakat ISLAM akan wjud.. ia akan memudahkan lagi pembinaan mesyarakat ke matlamat seterusnya dan yang palng tinggi iaitu:-
  4. DAULAH ISLAMIYYAH...
- Apa peranan pemuda zaman sekarang, seperti saya dan blogger2 yang lain?? Dapat saya simpulkan tugas kita sekarang ialah mendokong agama ALLAH dengan mengikuti apa2pun persatuan ataupun organisasi2 yang terpilih, untuk membantu dan menjadi tiang kepada Daulah Islamiyyah yang akan diusahakan.. Untuk itu, kita mestilah :-
  1. Memperbaiki diri atupun dalam bahasa arab ISLAHkan diri dengan melakukan segala suruhan ALLAH dan meninggalkan apa yang dilarang. SOlat nombor satu, mestilah dijaga dengan sebaik-baiknya.
  2. Berakhlak dengan akhlak Islam. Berbuat baik kepada Ibu-bapa, kawan2, guru-guru, pensyarah-pensyarah, orang tua dll. Menjauhkan diri daripada benda2 lagho dan maksiat. sesungguhnya maksiat itu akan membawa kepada maksiat yang lain. (HABLUMMINALLAH WA HABLUM MINANNAS)
  3. Join dan mengikuti persatuan2 islam samada di peringkat sekolah ataupun NGO2 dan lain2... bukan untuk kepentingan persatuan tersebut, tetapi untuk diri sendiri jugak. selagi mana persatuan tersebut tidak lari daripada panduan syarak, boleh diikuti.
  4. Sibukkan diri dengan majlis2 ilmu, untuk menambahkan ilmu duniawi dan juga akhirat, dan juga mendapat kelebihan sebagai seorg penuntut ilmu. Penuntut ilmu ialah seorang MUJAHID ataupun orang yang berjihad. Tidak kira ilmu akademik@agama, wajib dipelajari untuk diri sndiri jugak... lebihkan ilmu agama kerana itu yang pasti akan membawa kepada akhirat sebagai amalan yang akan dkira. IKHLAS di dalam setiap pekerjaann...
  5. sebagai remaja, dan juga sebagai pendakwah, kita akan diuji dengan pelbagai ujian. dalam usia yang orng panggil jiwa berkelodak dengan nafsu ini, CINTA MANUSIA ialah ujian yang saya anggap sangat besar. Mungkin hanya bagi saya tidak pada org lain... dalam tempat kita mengaji, di IPTA ataupun IPTS, dan juga peringkat sekolah, wajib ada perempuan atupun wanita di sana. Fitrah manusia ialah menyukai jenis yang berlainan padanya, dan kerana nafsu yang ada pada diri setiap remaja, ditambah pula dengan pujukan syaitan, remaja dan pemuda termasuk saya sendiri x akan dapat mengelak daripada persaan sebegini... walaupun kedua2 lelaki dan perempuan berpendidikan agama, tidak mustahil unytuk tidak jatuh di dalam percintaan yang haram ini..... oleh itu, saya terutamanya dan pemuda2 sekalian perlulah mengambil langkah proaktif dan inovatif untuk menyibukkan diri dalam program2 keagamaan, menambah iman, dan sebran dakwah...
- Semua apa yang saya tulis pada hari ini, saya hanya ingin berkongsi apa yang saya rasa dengan semua pembaca sekalian.. juga sebagai peringatan kepada diri sendiri dan juga kepada pembaca sekalian...

Dengan itu, kija nak tengok gambar2 kepergian saya ke program KOBANNA ini boleh lah dilihat di dalam Facebook saya...

Itu sahaja pada kali ini, ASSALaMUALAIKUM...

Selamat berjuang!!! amin... Selamat berjihad amin!!!

Monday, January 25, 2010

Pondok

Syoknya dok pondok...................

alhamdulillah... ada internet mlm nie.... dah lama x online...
disebabkan line tm yang sampai skrg x repair2 lagi... hmmmmmm..

tadi lps maghrib pi masjid pondok moden.. lps solat maghrib, ada la sorg saing pondok ni, faris nama dia, ajak pi tgk pondok dia...

saya dan hanis pi la pondok dia tu nek moto... rupa2nya budak pondok pun ada laptop wo.... hehehe.. ingat budak pondok lekeh ka....?? haha...

bila masuk pondok faris tu, teringat balik masa dok asrama skolah dulu...islah...dq... suasana sebijik mcm tu... saya sgt merindukan suasana mcm tu...

klu diingatkan balik masa dok skolah dulu, mmg banyak kenangan terindah.. cewah.....!!! bila ptg2, ada majlis zikir sebelum makan.. zikir ramai2... tapi skrg, masa dok kolej yang mcm nie, mmg susah nak cari suasana mcm dulu.. hormat-mhormati, buli-membuli, kawan-kawanan,,....hm....

saya rasa nak mengadakan suasana tu dkt kolej laa... bleh ke agak2??
hendak seribu daya, x nak seribu dalih.. bila berzikir ramai2 ni, rasa best sgt... sejuk hati, tenang.... klu skolah dulu lagi la, dgn suara budak2 junior form 1 yang halus nyaring, mmg mengusik hati,.... isy, saya pikir bila la nak balik maahad... xtaw lagi bila...

Monday, December 7, 2009

WAYANG

hm.. nak sambung skit lagi...

bila on9 tgk blog ni tadi ada sorang sahabat ni (guest) yang shout kat shoutmix, beliau suruh tgk link yang beliau letak... terus saya baca link tersebut.. mmg saya terasa...

y sebenarnya mmg saya x tgk wayang.. masa aritu kat mid valley, dgn kawan2 semua nak tgk wayang... tanpa berfikir panjang, saya turut menyertai mereka... ni kali kedua tgk wayang..
filem yang kami tgk '2012', mula pukul 6 petang habis kul 8.30 malam...

nak xnak saya join skali sebab kami suma solat jamak masa tu.. tapi masa tgk wayang tu, mak saya msg, jgn tengok wayang taw!!!,
aduh mmg terkena... kakak saya bagitaw mak...
,masa tu dah sekerat cerita, kul 7.. mak msg lagi suruh keluar g solat magrib dulu, pastu masuk balik...
dgn rasa bersalah dan nak dengar cakap mak, terus saya keluar dari wayang meninggalkan cerita tu dgn kwn2 y len... terus carik surau dan solat....
allahuakbar, mmg rasa bersalah mak msg mcm tu masa kat dalam wayang tuh... pas solat dah x masuk balik dah wayang tu.. malas lah...

bila tgk link pasal wayang tadi, mmg betul lah, hukum wayang ni... klu nka tahu baca sdr lah... hehe. tapi antaranya yang saya baca ialah wayang ni klu nak tgk, msti ada syarat2 dia... baru boleh....
hm.

Ya Allah, ampunkanlah dosa2 ku Ya Allah.....

"ni cuti betul nih"....!!!!

salam.
hm tgk tajuk mcm best.. taw sebab apa??
sebab cuti kali ni mmg BETUL2 cuti....!!! ke sana ke mari, ke sini ke situ, gotu goni.. hhaha..
baru ptg tadi sampai umah k.damansara... mmg letih, ni tulis log ni sebab rasa nak tulis...haha

pagi semalam, bertolak dari umah ke sungai besar...(umah nenek) dengan mak, os...
lps singgah umah nenek terus pegi sungai tengi(perak) -2jam perjalanan-, ada kenduri Pin sunat (anak mak uda), pastu kenduri kulaan kawen.... kulaan tu maknanya saudara (bhs banjar)..

lps tu, saya ngan os dengan maksu leha ngan anknya jalan2 umah sedara, (masa tu mak saya dah balik sg besar balik dangan anjang) pi umah Pak Long, Mak Ngah, ..

dekat umah pak long mmg best, sebab ramai anak2 paklong (sepupu2) semua berkumpul...
pastu kami gotong-royong kait, tebang buah rambutan kat kebun paya pak long.. peh, mmg banyak kami kutip... letih peluh2.... aduh busuk baju chelsea saya.... haha.. nant saya buh gambar...

dah habis tu g umah cik lilik kat gedangsa. dari pukul 5 lebih sampai ke maghrib os sembang ngan acik.. mmg best.. mcm2 cerita, tgk map mesir la.(google map).. mcm2 la sembang.. pastu pas magrib saya balik la ke sg dudun balik, (nAK Tdo kat umah makngah...)

sampai umah mak ngah, makan....malam...
mmg sedap....

pastu sembang2 ngan makngah, iera, 'mamat kudus', sambil tgk gambar2 lama..
mcm2 la cerita mak ngah cerita kat kami, cerita pasal arwah atok dulu mcmn dia meninggal.. dll
sambil tu os pun temuramah mak ngah pasal salasilah keluarga sebelah atok ni..

yang sebenarnya kami ni tak berapa nak kenal semua sedara2 sebelah arwah abah nih... slesai sembang2, barulah kami tahu asal-usul kami, dan semua sedara2 kami yang sgt ramai... mmg ramai sedara lagi yang kami tak kenal rupanya....
fuh, mmg besar keluarga sebelah atok nih...

pastu tdo...sampai pagi subuh bjemaah...

lps tu plak makan,lps makan kait buah reambutan lagi.. rambutan mak ngah lagi lekang pada buah pak long.. hehe.. hmm...

pastu kami pun mandi2 siap2 btolak pulang.. terus g gedangsa nak singgah umah nenek inab, tgk2 nenek inab xde... xpelah.. terus la kami ke tanjung malim, jumpa abg dam.. nak servis kereta... habis servis kete balik sungai besar... singgah umah nenek... tinggalkan 2 bunglus buah rambutan kat umah nenek...

pastu mandi2 solat, btolak balik sini.... sampai kl kul 6 petang...
peh, mmg best... yang sebenarny, yang cakap "ni cuti betul nih" os yang cakap dalam kete tadi...
ok tu ja lah yang saya nak cerita malam nih... esok2 saya uplod gambar2 y berkaitan..

k salam.........

Thursday, December 3, 2009

xtvt2 cutiku......






salam.. dah lama x bleh on9.. baru skg boleh. sebab dah balik umah k.ngah...

Cuti sem kali ni bayak kerja yang telah dan akan dilaksanakan... rasanya ada y berfaedah, dan ada jugak yang x. hehehe.. antaranya ialah,...::

1. mula cuti (habis exam KHAMIS-19hb 11.) lepak kat pesisir. layan nurkasih dari pagi sampai ptg... masyaALLAH.. (JUMAAT)

2. Sabtu (21hb) - kat umah mamat, ptg tu program Derma Darah Pembina dgn kerjasama Unit Transfusi Perubatan USM. buat kat KBTC (parkson). buat kali pertama diriku menderma darah..


3. Ahad (22hb) - 5 pg, sampai kl. g umah akmal kat greenwood skali dengan daus ngan wan xcite... (PROGRAM CUTI2 MALAYSIA) hehe. 2 hari kat kl. g lowyaT, times square, umah taufiq kat s.alam, g midvalley, tgok wayang, wah!!! habis duit agak banyak dua hari tu.....

THE GARDEN










ada skit gambar kat cn... nak byk tgk fb...

asalnya bajet nak g genting.. skali hujan masa tu... org kata buat rugi je pegi tp xleh main,,... so kami pun cancel la rancangan nak ke genting tu.. mungkin sem dpn plak ot rancang skali g.. haha


3. Selasa (24hb) dok umah kakngah.. rehat, basuh baju, tolong mak,...

4. Rabu (25hb) dok umah gak... tgu os balik malam tu......

5. Khamis (26hb) - keluar bandar dgn os., g hospital sg buloh (HIV Test), midvalley beli kasut, hm...

malam tu balik kampung, Sg Besar, YEA!! RAYA.....

6. Jumaat (27hb) - raya... idul adha.. Haji Akbar...











pastu duduk la kampung sampai ari RAbu.... urusan os...

7. Pastu balik kl balik... naik keta viva bang dam. gilir2 drive dgn os.. mcm2 lah. kira ada la dpt pengalamn drive kat kl nih. g s.alam la, kajang la, ok la... os bawak mmg bahay... org mesir dia kata. haha. dah la xde lesen...

hm... banyak gak pengalaman yang dapt masa cuti nih.. ni cuti tinggal lagi seminggu.. minggu dpn nak balik kelate dah...arini esok mst banyak lagi benda nak buat... hm....

ok sampai cn dulu.. kita sambung lepas ni klu ada.. hah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails