rahsia jururawat

rrk

Thursday, February 4, 2010

Perkongsian Pengalaman-KOBANNA 2010

Bismillahirrahmanirrahim.....
Assalamualaikum WBT.
Dulu kini dan selamanya aku bersyukur ke Hadrat Ilahi, ALLAH ROBBUNA, diatas nikmat Iman dan juga nikmat Islam dapat lagi aku hidup di muka bumi Allah ni...
Klu takdir aku x dibangunkan dari tidur pagi tadi nescaya aku x dapt lagi nak menulis blog nih.... Alhamdulillah.....

Sudah lama saya tidak mengupdate blog nie... xjumpa internet... begitu juga dengan masalah TMnet yang masih x repair2 lagi line streamyx rumah... Dalam kesempatan masa petang ni, saya nak berkongsi sedikit cerita dan pengalaman yang telah saya ikuti sepanjang 2 minggu ini...

pada 30 Januari 2010, Sabtu, bertempat di UNITEN Bangi, telah berlangsung Konvensye Pemikiran Hassan Albanna (KOBANNA) yang telah dianjurkan oleh ISMA dan JAWI. Saya telah menghadirinya bersama rombongan dari ISMA kelantan(dua bas)..

Sepanjang program tersebut, saya dapat menyimpulkan,
- Semua organisasi dan persatuan-persatuan Islam dan yang membawa nama Islam, seharusnya mengambil pemikiran Hasan AlBanna sebagai modul dan method dalam menjalankan dakwah dan menyebarkan Islam. Ini kerana Assyahid Imam Hasan Albanna sendiri, beliau telah membawa perubahan besar kepada ummat Islam pada abad ke 20 dan sehingga hari ini ideologi beliau dalam membawa Islam sangat2 berguna dan efektif untuk digunakan. Ketika beliau menjalankan dan menubuhkan Ikhwanul Muslimun di Mesir, beliau telah menggunakan pelbagai cara di dalam berdakwah. Antaranya yang sudah kita maklumi, beliau pergi ke kedai2 kopi untuk berdakwah.. Sehinggalah pengaruh beliau telah tersebar d kalangan org arab dan beliau memsuki politik dan berjaya menyebarkan dakwah ISLAM di kalangan orang Arab yang pada masa itu di ambang kegelapn setelah jatuhnya Pemerintahan Khilafah Uthmaniah pada 1924.

- walau sesiapa pun dan dari organisasi manapun, xkira parti politik apa pun, yang membawa nama islam, mestilah menjadikan matlamat Negara Islam ataupun Daulah Islamiyyah itu matlamat nombor SATU.!!! Untuk ke arah tersebut mestilah dengan mengikut peringkat2 :-
  1. Berrmula dengan diri sendiri,-berakhlak dengan akhlak Islam, hidup dengan cara hidup Islam, membina keimanan dan ketaqwaan yang tinggi kepada ALLAH. dll..
  2. BAITUL MUSLIM-iaitu keluarga Muslim, mesti dibina di atas ketaqwaan kepada Allah dan daripada dua individu suami isteri yang telah berakhlak dengan akhlak ISlam dll...
  3. apabila wujud baitul muslim, masyrakat ISLAM akan wjud.. ia akan memudahkan lagi pembinaan mesyarakat ke matlamat seterusnya dan yang palng tinggi iaitu:-
  4. DAULAH ISLAMIYYAH...
- Apa peranan pemuda zaman sekarang, seperti saya dan blogger2 yang lain?? Dapat saya simpulkan tugas kita sekarang ialah mendokong agama ALLAH dengan mengikuti apa2pun persatuan ataupun organisasi2 yang terpilih, untuk membantu dan menjadi tiang kepada Daulah Islamiyyah yang akan diusahakan.. Untuk itu, kita mestilah :-
  1. Memperbaiki diri atupun dalam bahasa arab ISLAHkan diri dengan melakukan segala suruhan ALLAH dan meninggalkan apa yang dilarang. SOlat nombor satu, mestilah dijaga dengan sebaik-baiknya.
  2. Berakhlak dengan akhlak Islam. Berbuat baik kepada Ibu-bapa, kawan2, guru-guru, pensyarah-pensyarah, orang tua dll. Menjauhkan diri daripada benda2 lagho dan maksiat. sesungguhnya maksiat itu akan membawa kepada maksiat yang lain. (HABLUMMINALLAH WA HABLUM MINANNAS)
  3. Join dan mengikuti persatuan2 islam samada di peringkat sekolah ataupun NGO2 dan lain2... bukan untuk kepentingan persatuan tersebut, tetapi untuk diri sendiri jugak. selagi mana persatuan tersebut tidak lari daripada panduan syarak, boleh diikuti.
  4. Sibukkan diri dengan majlis2 ilmu, untuk menambahkan ilmu duniawi dan juga akhirat, dan juga mendapat kelebihan sebagai seorg penuntut ilmu. Penuntut ilmu ialah seorang MUJAHID ataupun orang yang berjihad. Tidak kira ilmu akademik@agama, wajib dipelajari untuk diri sndiri jugak... lebihkan ilmu agama kerana itu yang pasti akan membawa kepada akhirat sebagai amalan yang akan dkira. IKHLAS di dalam setiap pekerjaann...
  5. sebagai remaja, dan juga sebagai pendakwah, kita akan diuji dengan pelbagai ujian. dalam usia yang orng panggil jiwa berkelodak dengan nafsu ini, CINTA MANUSIA ialah ujian yang saya anggap sangat besar. Mungkin hanya bagi saya tidak pada org lain... dalam tempat kita mengaji, di IPTA ataupun IPTS, dan juga peringkat sekolah, wajib ada perempuan atupun wanita di sana. Fitrah manusia ialah menyukai jenis yang berlainan padanya, dan kerana nafsu yang ada pada diri setiap remaja, ditambah pula dengan pujukan syaitan, remaja dan pemuda termasuk saya sendiri x akan dapat mengelak daripada persaan sebegini... walaupun kedua2 lelaki dan perempuan berpendidikan agama, tidak mustahil unytuk tidak jatuh di dalam percintaan yang haram ini..... oleh itu, saya terutamanya dan pemuda2 sekalian perlulah mengambil langkah proaktif dan inovatif untuk menyibukkan diri dalam program2 keagamaan, menambah iman, dan sebran dakwah...
- Semua apa yang saya tulis pada hari ini, saya hanya ingin berkongsi apa yang saya rasa dengan semua pembaca sekalian.. juga sebagai peringatan kepada diri sendiri dan juga kepada pembaca sekalian...

Dengan itu, kija nak tengok gambar2 kepergian saya ke program KOBANNA ini boleh lah dilihat di dalam Facebook saya...

Itu sahaja pada kali ini, ASSALaMUALAIKUM...

Selamat berjuang!!! amin... Selamat berjihad amin!!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails