rahsia jururawat

rrk

Sunday, February 14, 2010

Happy Chinese New Year!!!!

Assalamualaikum wbt...

Satu ucapan, Selamat Tahun Baru Cina kepada sesiapa yang semua org cina.... semoga tahun baru Harimau ni menjadikan an
da semua lebih berdaya saing dan menjadikan diri lebih baik daripada tahun2 yg lepas......

Alhamdulillah, mlm ni bertempat d D'Klasik KK saya dapat online sekali lagi.... Sesungguhnya hidup manusia ini sentiasa di dalam kerugian... kenapa saya berkata begitu??. Kerana ada Firman Allah dalam
Surah yang saya rasa semua org tahu.. Surah Al-Asr... Allah telah bersumpah..

Demi Masa, Sesungguhnya manusia di dalam kerugian.. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh, dan berpesan2 dgn kebenaran, dan berpesan2 dgn kesabaran....

Kadang2 saya berfikir, mcmn lah katanya manusi
a ni rugi??.. adakah kita buat kerja sehari2 kita dianggap rugi? adakah kita main game atau main internet dipanggil rugi?? apa makna sebenar rugi ni??

saya nak cerita ni berdasarkan apa yang saya tahu la... Kelmarin saya ada beli buku bertajuk Langit Ilahi-Tuhan tak Lupakan Kita- hasil tulisan Hilal Asyraf. langitilahi.comDalam permulaan buku ini, penulis telah mendatangkan soalan, Siapakah Kita? Dari mana kita datang? Kenapa k
ita didatangkan? Ke mana kita akan pergi??



Baru baca sikit buku tu, saya dah mula berfikir, betul jugak apa yang diceritakan oleh penulis. beliau telah menyentuh bab kehidupan kita. kehidupan seorg manusia yang sgt istimewa... apakah matlamat manusia...

saya telah melihat masa kini, kwan2, member2, masyarakat, umat islam, org melayu, alim ulamak, budak sekolah agama, pondok, dll semuanya adalah bergelar manusia.. memang la. xkan haiwan plak.. hihi.. Tetapi saya dapat simpulkan dan dapat saya katakan, setiap manusia ni, ada yang mempunyai matlamt hidup dan ada juga yang tidak tahu matlamat sebenar hidup mereka ini... bagi mereka yang tak tahu atau tak jelas dengan matlamat hidup mereka ini, mereka inilah golongan yang dapat saya kategorikan sebgai MANUSIA YANG RUGI....

Matlamat kita adalah ALLAH SWT... ya, itulah matlamat kita.
  • ibadat kepada ALLAH
  • ikhlas melakukan sesuatu perkara kerana ALLAH
  • makan kerana ALLAH
  • berdakwah kerana ALLAH
  • menulis blog kerana berdakwah kerana ALLAH
  • belajar ilmu Medical Assistant untuk kerja untuk cari duit untuk hidup dan berdakwah kerana ALLAH....
  • belajar ilmu agama untuk mendekatkan diri kerana ALLAH
  • main game FIFA untuk menghilangkan tension supaya boleh study kerana ALLAH
Semuanya kita lakukan kerana ALLAH SWT...

Adakah kita terfikir semua ni..??

Apa yang saya nak katakan skrg, ialah, apakah matlamat bagi org yang kita kata tiada matlamat (org yang rugi) contoh seperti apakah matlamat remaja2 yang berpeleseran, rempit, remaja yang melakukan maksiat zina, dll?? dan juga apa matlamat orang islam yang berada di kota raya yang hanya pergi kerja balik kerja semata2 untuk mencari duit. tiada aktiviti lain seperti berdakwah dan sebagainya...

Apakah matlamat hidup mereka>>??

Sesungguhnya, saya rasa mereka hanya hidup untuk mencari kesenangan dan kemewahan dunia semata2. xpun, hanya untuk mencari keseronokan dalam hidup. contoh, remaja pemuda yang tidak berakhlak, hidup hanya untuk seronok. mereka ini sembahyang, puasa, bayar zakat, tapi mereka ini saya fikir tiada matlamat. sebab mereka masih lagi melakukan benda2 maksiat, membuang masa, dan menyumbang ke arah jatuhnya imej islam di negara 'islam' ini. baru2 ini, buang anak, bakar anak dlm tong sampah, mereka inilah yang melakukannya. siapa lagi??

kalau difikir diri tu jahat sangat, buat zina, pastu mengandung dan beranak, buang pulak anak tu kat masjid, dlm longkang, tong sampah, saya rasa, haiwan pun x sanggup buat macam tu.. kenapalah b*d*h sangat....(sebenarnya saya rasa sgt terkilan dgn peristiwa2 mcm ni, rasa mcm nak marah)..

perkara2 yang terjadi ni kita mesti ubah.... kita mesti ubah orang yang rugi ini kepada orang yang untung... Tugasan untuk mengubah ummat ini tergalas di bahu kita, pemuda2 yang faham Islam dan sebagai seorg da'e...

bagaimana? How?

Saya rasa, segalanya mesti bermula dgn diri kita.... Kita mesti mengubah diri kita dahulu, sebelum mengubah orang. sepertimana kata2 ulama xsilap(xingat), ISLAH NAFSAK WAD'U GHAIRAK (ubah/perbaiki diri dan berdakwah kepada org lain)..

dan perkara2 lain, saya rasa kita boleh fikir sendiri... satu point sahaja di sini..
DAKWAH

OK. itu sahaja apa yang saya dapat tulis mlm ini. sesungguhnya saya sendiri merasakan diri ini tergolong dalam keadaan yang rugi. kerana apa? kerana saya masih lagi tidak menggunakan masa dan peluang sebaiknya... Daya saya hanya mampu berdoa dan berusaha untuk menjadi manusia yang tidak rugi di dunia dan juga di akhirat. Amin Ya Rabb...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails