rahsia jururawat

rrk

Friday, September 23, 2011

Pengalaman Lima Hari di Dewan Bersalin


Assalamualaikum WBT.

Selamat bersua kembali. (-_-)

Semoga pertemuan kali ni dapat mengundang rahmat dan redha Allah…

Dah seminggu tak update blog dan kali ni saya nak share sikit pengalaman saya selama 5 hari pertama berada di Dewan Bersalin Hospital Machang. Ada lagi 5 hari esok. =) Dan ini sebenarnya adalah cabaran sebenar sebelum saya dapat menjadi seorang Penolong Pegawai Perubatan yang hensem, bergaya, kompeten dan knowledgeable… :-) (ayat encik mansor ni)

Pertama sekali, mengenai kehamilan dan kelahiran, kita akan terfikirkan seorang ibu bersama kandungannya di dalam perut. Ini kisah hidup sesiapa sahaja termasuk kita yang lahir di dunia ini. Apa yang saya lihat ialah pengorbanan seorang ibu yang sanggup berkorban nyawa menahan kesakitan, berusaha untuk melahirkan anaknya; mungkin kita suatu masa dahulu tika ibu kita melahirkan kita, -tiada tolok bandingnya kesakitan yang dialami.

KELAHIRAN SECARA NORMAL (SPONTANEOUS VERTEX DELIVERY-SVD)

Dalam post sebelum ini (klik) ketika saya berada di Dewan Bedah, saya hanya melihat prosedur bedah (LSCS) ataupun Caesarian –ibu dibedah untuk dikeluarkan anaknya. Mungkin para ibu yang bersalin menggunakan cara ini (kerana indikasi tertentu) tidak merasai sakit seperti sakitnya ibu yang bersalin secara normal.

Pada hari kelima iaitu hari khamis, baru ada rezqi kami untuk melihat satu prosedur melahirkan anak secara normal ni. Sepatutnya tiap-tiap hari ada, tapi hari kelima baru kami berpeluang untuk melihat. Lepas ni boleh dah nak konduk sendiri kelahiran tu dengan pengawasan L.P (local preceptor) kami. =)

Sebak di dada (nak nangis malu. hehe) masa tengok kelahiran tu.

Seorang ibu berumur ## tahun mengandung anak ketiga dan telah mempunyai 2 orang anak sebelum ini. Umur kandungan adalah 38 minggu 2 hari. Dijangka akan melahirkan anak pada  4 Oktober 2011.

Istilah perubatan – G3P2 (Gravid kali ketiga, Para dua)
Period of amenorrhea (jangka masa tidak datang haid) = period of gastation (jangka masa kehamilan)
P.O.A = P.O.G = 38 minggu 2 hari
Expected Delivery Date (E.D.D) = 4 Oktober 2011

Inilah kes yang kami terima. Apabila jangka masa kehamilan telah mencapai 36-40 minggu, kelahiran tersebut tidak dikatakan pra-matang. Bayi yang akan lahir itu telah matang pada umur tersebut. (jika salah tolong tegur) – ada yang kata kandungan matang ialah 38-42 minggu. :-)

Staff nurse: “masa sakit awak teran!! Teran dengan geram!! Bismillah, Ingat Allah”
Ibu: “tak boleh lah!!!”
SN : “haih, awak mana boleh cakap tak boleh… Ni tengok anak awak ni.. Dah Nampak kepala dah ni!!!
Kalau lama-lama anak awak lemas nanti!!”
Ibu : “yeah….yeah….”
SN : “ geram lagi, kuat lagi!!. Sikit lagi ni..!!”
Ibu : ……..

………………………….. uwek……uwek……uwek……

Jelas terpancar senyuman kegembiraan pada ibu bayi mendengar tangisan tersebut. Hilanglah segala kesakitan yang dialami tadi….

:-)
(-_-)

Allahuakbar Allahuakbar (azan) baby boy yang comey.... :-)

SEBAGAI RENUNGAN

Sebagai renungan, ada satu kata-kata Arab atupun pepatah lama, saya pun tak pasti, kalau salah tolong tegur jugak ye..

“Biarlah orang menangis kegembiraan ketika kelahiran kita,
Jangan biarkan orang menangis kegembiraan ketika kematian kita.”

Wallahua’lam. Ini sahaja yang dapat saya tulis. Mungkin di lain masa saya akan cerita pulak pengalaman menyambut bayi baru lahir… :-)

Wassalam..

p/s Post ini hanya tulisan pengalaman. Jika ada kesilapan, tegur-tegurlah.
Pada kawan-kawan (M.A) yang baca, moga dapat menyambut anak sendiri nanti… :-)

p.s.s : ada hadiah ipad2 free di sini!!! Klik...

4 comments:

Balqis said...

subhanallah......pngorbanan seorang ibu...:'(

bunyi baby cane? "uwek..uwek...uwek.."

hehe....^^,

Hafizul Amin said...

bunyi lebih kurang camtu la... adoi.. ")

Balqis said...
This comment has been removed by the author.
Naqie_Ahmad said...

masya-Allah... dh boleh jd ayah kwn kita nih... hehe...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails