rahsia jururawat

rrk

Tuesday, September 13, 2011

Cara-cara membasuh tangan secara asepsis surgikal

Asslamualaikum.

Label kali ini ialah Aku PPP. hehe. =)

Ini pengalaman saya hari ini : Dewan Bedah Hospital Kuala Krai.

Melihat dua prosedur pembedahan Lower Segment Caeserian Section (LSCS) ataupun famous orang sebut bedah caesar laa.. Prosedur untuk mengeluarkan baby secara pembedahan oleh kerana beberapa masalah pada ibu dan kandungan.

huh.. berpeluh jugak tengok surgeon tu berusaha untuk mengeluarkan baby tu..  =O

Alhamdulillah pembedahan tu berjaya dan tiada sebarang komplikasi berlaku pada pesakit dan baby comel. :-)

orang tengah bedah, bleh plak dia gi posing.. hehe.

Tajuk sebenar post : cara-cara membasuh tangan secara asepsis surgikal


Sebelum tu, asepsis bermaksud keadaan bebas dari mikroorganisma penyebar penyakit.


Asepsis surgikal ialah keadaan bebas dari mikroorganisma penyebar penyakit untuk prosedur pembedahan ataupun surgikal.


Tujuan membasuh tangan ini ialah untuk

1. Meminimumkan bilangan mikroorganisma
2. Mencegah jangkitan silang
3. Mencuci tangan dengan teknik yang betul


Turutannya adalah seperti berikut :

1. Buka paip air dan tentukan aliran yang sesuai

2. Alirkan air dari hujung jari hingga 2 inci atas aras siku

3. Pam cecair antiseptik ke atas tapak tangan secukupnya (5 ml)

4. Lumur cecair antiseptik pada keseluruhan tapak tangan


5. Gosok kedua-dua belah tangan (10 – 15 saat) pada
i) tapak tangan
ii) celah-celah jari
iii) belakang tangan

6. Lakukan usapan putaran pada setiap jari, sebanyak 5 - 10 kali

7. Ulangi langkah 6 pada tangan sebelah lagi

8. Lakukan usapan putaran pada pergelangan tangan hingga 2 inci atas aras siku

9. Ulangi langkah 8 untuk tangan sebelah lagi

10. Bilas hujung jari hingga 2 inci atas aras siku

11. Tinggikan siku dari aras pinggang dengan menegakkan jari-jari

12. Ulangi langkah 10 dan 11 pada tangan sebelah lagi

13. Tutup paip air

14. Ambil tuala tangan dan letakkannya di atas tapak tangan

15. Lapkan setiap jari, tapak tangan dan belakang tangan hingga 2 inci atas aras siku

16. Buang tuala tangan ke dalam bekas yang disediakan

17. Ulangi langkah 14-16 pada tangan sebelah lagi

18. Kekalkan kedudukan siku dari aras pinggang dengan menegakkan jari-jari


Selesai.

Bersedia untuk memakai glove steril dan memulakan prosedur.

Sekian. itu sahaja untuk malam ni. Just share. ::-))

Wassalam..

p/s Klu anda rasa anda baik Jom Derma Darah!!!










1 comment:

Naqie_Ahmad said...

perkongsian yg baik... :)

http://naqieahmad.blogspot.com/2011/09/aku-tinggalkan-kau-kerana-allah-abah-2.html

jemput baca n komen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails