rahsia jururawat

rrk

Thursday, March 31, 2011

Jom Derma Darah!!!

Salam...

Tajuk hari ini- Derma Darah... Hari ini 29 hb 3 saya telah menderma darah saya buat kali kelima... Di HSNZ Kuala Terengganu tempat saya berpraktikal...

Apa yg best sgt derma darah??



Mesti anda tertanya2, "best ke derma darah..??" "takut la..." "saya takut jarum..."

Jawapan saya : Derma darah adalah satu amalan mulia..... sebab boleh mendermakan darah kita untuk orang lain yang sakit.. cuba anda bayangkan, apabila ramai org sakit dan memerlukan darah tambahan, tiba2 tiada bekalan darah.. bagaimana agaknya akhir hidup org yang sakit tu..yg sgt2 memerlukan darah ketika itu... tidak mustahil, komplikasi daripada kekurangan darah dalam badan akhirnya dia akan mati..!!!. (keadaan hypovolumic shock)..
ini bererti, darah yang kita dermakan, boleh menyelamatkan seorg pesakit..

derma darah tak perlu takut pun.. dia cucuk skit je... rasa macam kena cubit semut sahaja. mana lebih sakit, sakit kena cucuk atau penderitaan seorang pesakit yang perlukan darah anda??

Bagaimana Mahu Menderma Darah??

Anda boleh menderma di Tabung Darah hospital-hospital kerajaan dan swasta..
ataupun di mana2 sahaja terdapat function yang dihadiri oleh unit transfusi darah...

Apa syarat2 untuk menderma??

1- berumur 18 tahun ke atas..
2- berat badan 45kg ke atas
3- sihat tubuh badan
4- tidur melebihi 5 jam sehari sebelum derma
5- tiada sebarang masalah kesihatan seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis

itu sahaja syaratnya... dan ingat, apabila anda mahu menderma, tahap kesihatan anda akan disaring oleh staf kesihatan yang betugas...

antara pemeriksaan yang akan dilakukan ialah ;
1- tekanan darah
2- Nilai Hb (haemoglobin)
3- kadar gula dalam darah (diabetik)



>>Pegawai Perubatan pula akan menemuduga anda, dan memberikan kebenaran untuk anda menderma...

Proses Transfusi Darah

1- Anda boleh memilih untuk menggunakan tangan kanan atau kiri..

2- Staf (biasanya jururawat) akan mencari urat pada lengan anda, dan mencucuk sedikit ubat bius pada kawasan urat anda supaya anda tidak berasa sakit apabila jarum transfusi yang agak besar dimasukkan ke urat anda..



3- setelah jarum transfusi dicucuk, darah akan keluar ke dalam beg darah melalui tube sehingga cukup. Jumlah darah yang diambil biasanya 450 ml sahaja ataupun kurang...

4- proses selesai dalam masa 15-30 minit transfusi berlangsung..



Apakah kebaikan menderma darah??

1- SAHAM AKHIRAT
2- Beberpa keistimewaan akan diberika bagi penderma darah... seperti caj rawatan di hospital akan dikecualikan.. (mengikut jumlah anda menderma)
3- rasa gembira boleh tolong orang yang memerlukan...

So, dermalah darah anda hari ini.. Anda boleh menderma tiga bulan sekali.. Moga2 amalan ini dapat menjadi saham kita di akhirat nanti... InshaAllah...

Sekian untuk kali ini.. Wassalam...

yeah!!! jom derma!!!

4 comments:

Is said...

like3,

dah 3 kali derma, mmg bez hehe,
mmg la balasan akhirat tu kita xnmpak,
kalu ramai yang nampak, mesti penuh beratur nk derma...

Hafizul Amin said...

yeah. betul2.. dermalah lg...

Hafizul Amin said...

yeah. betul2.. dermalah lg...

yangyuyu said...

mak aih lepas derma bleh posing senyum ngadap kamera ye..kalau kakngah lepas derma pitam kejap..hehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails