rahsia jururawat

rrk

Sunday, March 14, 2010

Pengisian Diri

Salam. 
Pengisian Diri.
Pengisian Rohani.
Pengisian WAJDI..

Bertemu semula.. Alhamdulillah telah selesai dan tamatlah sudah program wajdi 2010 anjuran bdn dakwah (BDMKIST) pada 11-12 Mac yang lalu... terasa kurang sikit bebanan kerja. tetapi walupun begitu masih banyak lagi perkara yang saya mesti selesaikan...

Bertindak sebagai Pengarah Program, sebagaimana yang saya post sebelum ni, rasa seperti x bersedia, memang.. mmang banyak pun kelemahan dan kekurangan dapat sya pelajaran melalui Wajdi kali ni.... 


  1. melaksanakan sebuah program yang besar seperti ni, memerlukan hati dan bekalan jiwa yang kental...kerana apa? kerana bukan mudah untuk melaksanakannya dengan sempurna... banyak complain dan kekurangan dalam program Wajdi ini..
  2. Pengisian Diri..??? Sebagai AJK ataupun urusetia, mestilah mempunyai pengisian rohani dalam diri, kerana bukan mudah untuk menegur orang dan juga bukan mudah untuk menguatkan hati meneruskan program yang banyak kerja dan prosedur yang perlu dibuat.. 
Saya sendiri sangat merasakan syukur kerna dapat juga melaksanakan program ini.. dengan pertolongan dan bantuan dan sokongan dari semua pihak, ustaz, ustazah, lecturer, sahabat2, teman2, AJK bdn dakwah, dan juga peserta... TERIMA KAsiH semua!!

Walaupun saya mersakan byak sangat salah saya dan kesilapan saya semenjak sebelum program dan juga semasa program, tetapi saya juga merasakan sgt beruntung kerana dapat banyak pengalaman baru yang dapat mengajar mcmn nak buat program plak lepas ni... MINTAK MAaF di atas kesilapan.


Jikalau masa berada di Maahad dulu, pengurusan dan perjalanan program mudah untuk dirancang kerana semua AJK ataupun urusetia berada di dalam satu tempat iaitu ;sekolah/asrama, jadi mudah untuk melakukan mesyuarat dan sebagainya...


Brpgram di IPT ini jauh lebih mencabar!!!.. Bukan senang nak mengumpulkan AJK untuk meeting... kerana kelas x sama, asrama kediaman pun jauh2, tetapi itulah dia, itulah hakikat yang sebenarnya bagaimana nak buat program yang mantap di IPT seperti ni...


Untuk laporan lengkap program WAJDI ini, sila klik di sini.. bdmkist.blogspot.com

Walauapapun, apa yang saya nak bagitahu mlm ni, melalui tajuk, iaitu PENGISIAN DIRI, ialah, sesungguhnya saya kurang sangat pengisian dalam diri ini. Rasa tidak layak untuk memikul tanggungjawab amanah Tuhan yang berat ini.. Tetapi saya teringat kepada firman ALLAH SWT yang maksudnya :

''ALLAH tidak sesekali mentaklifkan seseorang dengan apa yang dia tidak mampu..''

Apa yang aku perlu buat??
  • Tambah pengisian- dengar ceramah, majlis ilmu,
  • Banyak baca Quran- pupuk rasa cinta ALLAH
  • Banyakkan Selawat- Tanda cinta kepada Nabi
  • Kurangkan lagho- maksiat mata, mulut, telinga, dll
Doa sebagai senjata MUKMIN.. doakan aku tetap dan sabat di jalan dakwah. keredhaan ALLAH ku mohon... Harap diampunkan dosa..... Amiiiiiiiiiinnnnnnnnn....


Sekian, wassalam...




 












LDK-ada modul-ada kesan insyaAllah>










Harap boleh tinggalkan comment di sini..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails