rahsia jururawat

rrk

Monday, March 15, 2010

Demi Masa

Firman ALLAH SWT dalam surah Al-Asr ; 

Demi Masa, Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh, dan berpesan2 dengan kebenaran dan juga berpesan2 dengan kesabaran....

Saya berfikir, setiap hari kita melakukan benda, perkara yang sama.. contohnya makan, minum, mandi, belajar, berfikir dan lain2 lagi...

Pada malam ini, saya terfikir lagi, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. dan juga saya terlintas di fikiran, pada zaman sekarang ni, zaman akhir zaman, ramai manusia saya rasa berada dalam kerugian... termasuk diri saya sendiri...


kenapa saya rasa saya rugi?? kerana mungkin saya tidak menggunakan masa sebaiknya...


bagaimana dengan orang lain?? teman2 saya, sahabat2 saya, ummat islam lain, apakah mereka juga terasa rugi seperti saya...


minggu ni saya dapat lagi beberapa assignment yang perlu dilaksanakan.. Subjek Kesihatan Komuniti, Nursing. Saya hanya dapat rasa rugi sebab saya ada masa nak buat asgmen2 tu. tetapi tiada langkah ataupun perkara yang dapat saya lakukan. bukan xdapat lakukan, tetapi tidak mahu lakukan..


lagho. lagho.. main game yang membuang masa.. rasanya dah lama saya x main game fifa dan sebagainya... hanya kawan2 yang masih asyik bermain game sehingga berjam2 lamanya...


Sebagai renungan kita semua, saya mengajak diri saya sendiri dan kita semua, berfikir dan memikirkan adakah setiap perbuatan kita sehari2 kita lakukan kerana ALLAH?? Adakah setiap perbuatan kita mulakan dengan kalimah  Bismillah?? dan adakah kita boleh menjamin, setiap perbuatan kita mendapat redha ILAHI.??


Sesungguhnya Allah menyembunyikan redha-Nya pada setiap amal kebajikan hambaNya, dan Allah juga menyembunyikan murkaNya pada setiap perbuatan kita...


Jadi, apa yang perlu kita lakukan ialah, melakukan sesuatu amal atau pekerjaan 
  • dengan bersungguh2
  • semangat
  • tidak bertangguh-tangguh
  • mula dengan Basmalah
  • Niat Lillahi Taala
  • bukan kerana orang (riak)
Amin! cuba Amin menjadi yang terbaik..!!


Sahabat2, teman2, doakan aku....


sekian, Wassalam...

1 comment:

Hafizul Amin said...

Apa pendapat sahabat2 tentang gambar yang saya letak nih??

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails