rahsia jururawat

rrk

Sunday, March 21, 2010

KAMIE 2010

SALAM. Salam Ukhuwah. Salam Perjuangan.

Kem Kepimpinan Mahasiswa Islam Kelantan (KAMIE 2010)
Tarikh : 18-20 Mac 2010
Tempat : Sweet Beach Resort, Tok Bali
Anjuran : Markaz Siswazah Kelantan (MSK) dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan
Peserta : JAIPUTRA, KIST, KIAS, UM nilam puri, Masterskill, UiTM Machang, UniRazak, IPG Pgkln Chepa, Kolej PTPL (86 orang)

Alhamdulillah syukur kehadrat ALLAH swt kerana dengan limpah kurnianya dapat lagi saya menghirup udara segar oksigen untuk hidup lagi hari ni...
Perkongsian pengalaman.

KAMIE 2010 yang saya join minggu baru ni, sesungguhnya telah menghimpunkan 9 buah IPT di negeri kelantan nih.. Peserta seramai 86 orang muslimin dan Muslimat telah menyertai program ini...

Saya dan sahabat2 lain dari KIST mewakili Badan Dakwah dan Masjid KIST sangat beruntung kerana dapat mengikuti program ini.. Banyak manfaat dan pengalaman yang dapat ditimba daripada program ni...

Antara modul2 yang dijalankan juga lain dari yang lain.. Antaranya ialah, modul ice breaking ataupun taaruf sangat menarik.. setiap peserta diberi 4 helai kertas kecil berlainan warna. dan peserta diarahkan untuk menulis maklumat yang berlainan di atas setiap kertas tersebut.. ipt, hobi, kelebihan diri, dan asal..

kemudian kertas tersebut diserahkan kepada urusetia untuk digembur2kan dan diberi semula kepada peserta - kertas orang lain...

seterusnya dalam masa 10 minit para peserta diminta untuk mencari semula pemilik asal kertas yang mereka dapat tersebut...dan menulis nama pemilik asal kertas tersebut di belakang..

maka dalam masa sepuluh minit, dengan kelam kabutnya, kami masing2 mencari tuan kertas tersebut. dan saya dapat menjumpai kesemua tuan kertas.. alhamdulillah...

hasilnya ada yang dapat semua, dan ada juga yang x dapat semua..

dan apa yang saya lihat kesannya ialah, dalam masa 10 minit, setiap dari kalangan peserta dilihat sangat mudah bergaul dari mula program sehingga tamat program 3 hari. sangat mahabbah.. sangat baik.. walaupun daripada ipt berasingan dan juga tempat asal yang berbeza...

satu modul yang sangat best. mungkin bagi sahabat2 dan rakan lain sudah pernah melalui modul ni, tetapi bagi saya ini adalah first time dapt modul mcm ni.. memang best. InsyaAllah dengan pengalaman ni boleh guna modul ni plak dalam program2 bdm atau lain2.. 

antara gambar semasa program :..

Sekian...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails