rahsia jururawat

rrk

Friday, August 27, 2010

Badar -Tuhan, Berikanku Kekuatan..!!

Bismillahirrahmanirrahiim...
Alhamdulillah aku bersyukur ya tuhan kerna masih lagi dapat beribadat di bulan mulia ini...

Saudara saudari pembaca sekalian, hari ni 17 ramadhan... Saya ingin berkongsi sedikit perkara tentang hari ini dlam sejarah..

Adakah anda tahu, pada 17 Ramadan tahun kedua Hijrah, telah berlaku sebuah peristiwa penting dalam sejarah islam. Iaitu Ghazwatul Badr ataupun Peperangan Badar.

Petang tadi pada jam 5.30 petang, Ikhwah Isma Kelantan mengadakan sebuah program Rehlah Masyi sejauh 3 km. Masyi klu dalam bahasa melayu ialah berjalan. Saya telah turut serta dalam program tersebut.,,, Tujuan kami berjalan ialah untuk memperingati Peristiwa Peperangan Badar. Tetapi perjalanan kami tidak dapat dibandingkan dengan perjalanan Rasulullah dan Para sahabat semasa dahulu.

Diceritakan, jarak antara Badar dan Madinah adalah sejauh 150 km. Rasulullah bersama Muhajirin dan Ansar seramai 313 orang berjalan kaki semata-mata bertujuan untuk menyekat rombongan Kaum Musyrikin yang membawa barang2 milik Muhajirin untuk didagangkan.. Bersama rombongan Nabi 70 ekor unta dan 2 ekor kuda.

Rasanya kita xboleh nak bayangkan betapa letihnya, betapa sakitnya, berjalan kaki sejauh itu pada bulan ramadhan.. Begitu juga dengan Rasulullah SAW, baginda turut berjalan kaki dan tidak menaiki kenderaan!!

Allahuakbar. Allah Maha Besar. Semasa perjalanan, rombongan Kaum Musyrikin yang diketuai oleh Abu Sufian telah mendapat tahu bahawa rombongan Nabi akan meyekat mereka... Lalu, Abu Sufian menghantar utusan ke Mekah dan memberitahu Abu Jahal untuk menghantar bantuan tentera ke Badar bertujuan untuk melawan kumpulan nabi.

Kumpulan Nabi yang tidak bersenjata oleh kerana niat hanya untuk menyekat rombongan musyrikin, mengetahui bahawa mereka akan bertempur dengan tentera Musyrikin yang seramai 1000 orang.!!!

Wallahua'lam dengan kuasa Allah SWT, terjadilah peperangan antara kaum Muslimin dan kaum Musyrikin di Badar. Klu kita pikir melalui akal, 313 vs 1000-- agak2 sapa menang...? mestilah yang 1000...

Tetapi kebesaran dan pertolongan Allah SWT ke atas orang Islam, Nabi dan para sahabat telah memenangi pertempuran tersebut... Diceritakan, Allah telah menghantar hujan di kwasan tersebut dan air hujan itu telah menjadikan padang pasir/tanah di tempat kaum Muslimin menjadi padat dan tanah di tempat musuh menjadi becak...

Oleh itu, orang Islam dengan mudah dapat mengalahkan tentera kafir tersebut dengan mudah sekali...

Pengajaran yang dapat kita ambil daripada cerita ini ialah, puasa di Bulan Ramadhan bukannya menjadi kelemahan kepada kita, sebaliknya ia adalah satu kekuatan bagi kita.. Pertolongan Allah juga menjadi bukti bahawa orang2 yang beriman mempunyai Allah yang Maha Penolong. Kita mesti meminta pertolongan daripada tuhan selain kita membuat apa yang Dia suruh dan tinggal apa yang Dia larang... Barulah pertolongan Allah itu akan sampai...

..PUASA..

Jika kita fikir mengikut akal kita, tidak dapat tidak kita akan terfikir bahawa kita BERPUASA- tak makan sehari, mesti kita akan letih. tak larat. tiada tenaga dan sebagainya...

Sesungguhnya kita mesti mengubah mindset kita tu... puasalah yang akan menjadikan kita kuat... dalam bulan puasa ni syaitan telah diikat.. musuh yang ada dalam diri kita sekarang hanyalah nafsu kita sendir...

saya teringat tazkirah daripada En Razak semasa program Qiamullail di Masjid kolej, beliau berkata, hasil daripada pembelajaran ialah PERUBAHAN.

Kita datang kolej, nak belajar contoh, pembantu Perubatan, kita nak berubah sebenarnya. daripada tak tahu kepada nak tahu.

begitu juga, kita masuk dalam Madrasah Ramadhan, ataupun sekolah ramadhan, hasil daripada sekolah ni kiat nak perubahan..

Perubahannya kita akan lihat selepas Bulan Ramadhan ini... Segala amalan di bulan ini seperti membaca Al-Quran setiap hari, akan kita teruskan walaupun Ramadhan telah berlalu...

Dan saya juga teringat, beliau mengatakan dalam bulan ni, kita mesti rasa sedikit kekuatan, iaitu kekuatan untuk melakukan ibadat, solat terawih, baca quran, dan lain2,.. Kenapa kita ada kekuatan macam tu?? padahal sebelum ni kita x buat pun??.. Katanya, inilah bukti rahmat dan kasih sayang Allah kepada kita yang dilimpahkan pada bulan ini... Subhanallah... harap2 kita semua akan mendapat rahmat ini sepanjang umur kita..Amiinnn...

Saya menulis malam ni, ikut sedap tangan je... Tangan yang menaip.. Harap2 apa yang saya tulis ni diredhai ALlah... 

Lagi peringatan buat saya, takutlah pada neraka... takutlah pada maksiat... maksiatlah yang akan menggelapkan hati.. Hatilah tempatnya jatuh pandangan Allah.. Bila hati gelap, hilanglah rahmat Tuhan.. dan Keredhaan Tuhan...

Dan kepada rakan2 semua, doakanku supaya dapat terus sabat dalam dakwah, diberikan hidayah dalam setiap amalan, dan yang paling penting, keredhaan Allah SWT.

Ya Allah, aku memohon kepada mu, Ampunilah dosa2ku yang lalu, ampunilah dosa arwah abah, ampunkan dosa2 ibuku, dan sayangi mereka sebagaimana mereka menyayangiku semenjak dari kecill... Jauhkanlah diri ini daripada berbuat maksiat kepadaMU, jauhkan kami dari azab Mu, aku memohon hidayah cintaMu Ya Allah, tunjukkanlah aku jalan yang lurus.. Sesungguhnya Kau tahu apa yang di dalam hatiku...

Amiin Ya RabbalAlamin,,

Wallhua'lam...

Saturday, August 14, 2010

Ramadhan Ilhamku


Salam Nur Ramadhan…

Aku mencari ilham,
Untuk ku nukilkan bersama Ramadhan,
Ibadahku kepada Tuhan,
Keikhlasan menjadi kuntuman,
Ramadhan menjadi teman,
Ilhamku ku temui sehaluan,
Sudah ku cintai Ramadhan,
Kerana ku temui ketenangan.

Ilhamku meniti sehari-hari,
Perjalanan hariku berhati-hati,
Kerana hatiku miliki kendi,
‘Tuk ku isi dengan nur hidayati,
Ku mengharap Rahmat-Mu Ya Tuhan,
Dan taufiq ku pohon sentiasa berpanjangan,
Maghfirah-Mu pada pertengahan,
Matlamatku adalah keredhaan,
Fasa terakhir sangat ku harapkan,
Terhindar dari api neraka jahannam….

Tuesday, July 6, 2010

Panduan Mengerjakan Umrah


Bismillah… Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…
Alhamdulillah. Dapat lagi saya menulis blog pada hari ini. Maaf ambik masa lama nak update nie..
Almaklumla bila masuk balik kolej ni, kuliyah sampai petang. Xsempat nak online..
Tajuk pada hari ini ialah Penduan Mengerjakan Umrah.
Rasanya baru nak masuk 3 minggu balik dari mekah ni. Tapi masih rasa lagi dalam diri ni macam ada kat sana. Sebabnya bila solat ja teringat suasana kat masjidil haram. Pastu bila sembang ngan kawan2, mesti ada benda yang nak dikaitkan dengan Mekah. Pasal makan lah, pasal jalan raya, pasal panas lah.. mcam2.. teringat lagi semua perkara yang dilakukan di sana..
Sebenarnya, saya rasa ramai lagi orang yang xtahu apa benda ibadat umrah ni.. ada la beberapa org  kawan ni tanya,” ko ni g buat umrah ke haji.?” Dari soalan tu, dapatlah saya simpulkan ramai lagi  sebenarnya xdapat beza lagi antara ibadah haji dan umrah nie….
First sekali, kena tahu ibadat HAJI hanya dilakukan pada bulan haji. Masa yang telah ditentukan. Tetapi bagi UMRAH, ianya boleh dilakukan bila2 masa dan tiada masa yang ditetapkan..
Dan sebenarnya, saya sendiri pun xnampak sgt macamna yang dikatakan ibdah umrah nie. Dan sebelum saya pergi umrah aritu, ada la sekali dengar ceramah mengenai ibadah umrah ni kat Pejabat Agen yang saya ikut tu. Daripada ceramah tu, dapat la sikit gambaran tentang umrah nie..
Tetapi bila dah sampai ke Tanah Suci, Tanah Haram Mekah, apa yang saya gambarkan mengenai umrah sebelum ni sebenarnya tak tergambar pun.
Sebelum pergi saya rasa umrah ni ibadah yang senang, mudah dan tidak letih.
Tetapi, bila kali pertama buat umrah pada malam pertama saya sampai Mekah tu ternyata jangkaan saya meleset.
Rukun Umrah yang pertama :
·         Niat ; Niat umrah wajib dilakukan di Miqat yang ditentukan. Contoh, jika kita datang dari Madinah macam jemaah kami haritu, Miqat yang telah ditetapkan ialah di Bir ‘Ali ataupun nama lainnya Zulhalifah.
·         Bagi umrah yang seterusnya, kita akan keluar dari hotel kita berpakaian ihram dan menuju ke Miqat yang terdekat iaitu, Tan’im. Kurang lebih 6km dari masjidil haram dgn menaiki teksi ataupun naik van ramai2. Harga bg satu van ialah 50 riyal. Kira standart la tu. Tapi klu naik teksi mewah skit, Innova ke, dia cas 70 riyal, 90 riyal. Pandai2 la kecek ngan pak arab tu…
·         Bla dah sampai tempat miqat, cth; masjid Tan’im, kita disunatkan masuk masjid dn lakukan solat sunat tahiyatul masid 2 rakaat dan berniat umrah lepas solat tu. Tapi klu xnak masuk masjid pun boleh.
·         Miqat ni adalah tanah luar daripada sempadan tanah haram. Kira Tanah Halal la..
·         Klu nak pergi jauh skit, kita bleh pergi ke Jaaranah ataupun Hudaibiyah.
·         Agen kami arritu bawa kami ke semua miqat.

Bergambar bersama mak di Masjid Tan'im
Rukun Umrah kedua :
·         TAWAF ; rukun ni maksudnya, kita kena keliling Kaabah sebanyak 7kali bermula dari penjuru Hajarul Aswad.
·         Mudah sahaja. Antara wajib tawaf ialah mesti berwudhuk. So, kita pusinglah kaabah (lawan arah jam-kaabah di sebelah kiri) sambil berzikir apa2 doa yang kita tahu. Subhanallah, Walhamdulillah, Allahuakbar dll.
·         Jika kita terlepas angin dan sebagainya, kita kena berhenti tawaf dan ambil semula wudhuk. Dan kita sambung semula tawaf tersebut. Jika terbatal di pusingan ketiga, mak kita sambung balik dengan pusingan ketiga..
·         Dan kena ingat semasa tawaf, bahu kiri kita mesti sentiasa selari dengan Kaabah. Xbleh pusing kiri kanan depan belakang. Akan terbatal tawaf klu bahu kita lari.
·         Penjuru Hajarul Aswad kita dapat tengok melalui lampu hijau di dinding masjid. Bila sampai situ kita disunatkan Istilam iaitu, melambai2 ke arah hajarul aswad dgn tgn kanan dan mencium tgn menandakan kita mencium hajarul aswad. Sambil membaca ALLAHUAKBAR 3x WalilLahilhamd.
·         Dah cukup yakin tawaf 7x, maka kita keluarlah dari tgh kaabah tu ke tepi skit. Kita lakukan solat sunat tawaf 2 rakaat, dan berdoa di hadapan multazam.
·         Multazam ni pintu kaabah yang besar berwarna emas; tempat mustajab doa.
·         Tawaf ni x letih sangat. Sebabnya klu kita tawaf rapat dengan Kaabah, lagi cepat siap. Klu jauh, letihla skit.
Dan selepas itu kita akan lakukan Sa’i… akan bersambung selepas nie..
Masa x mencukupi. Insyaallah lepas ni saya sambung lagi. Memang best menulis berdasarkan pengalaman nie.. laju je menaip…ada skit gambar nie…



sambungannya di sini

Wednesday, June 23, 2010

Madinah Al-Munawwarah

Bismillah-Dengan Nama Allah..

Sudah lewat malam.. selesai mengemas baju-bersedia untuk balik ke Kelantan esok...

Nak kongsi lagi cerita, masa kat Madinah, 4hari sahaja... Memang best. Setiap waktu kami solat di Masjid Nabi yang sejuk dan selesa.. Hotel juga amat2 lah selesa dan tentunya makanan yang terhidang sedap2 belaka.. xbanyak sangat habis duit untuk makan. semuanya disediakan..

Yang habis duit nya dek kerana membeli hadiah2 untuk saudara, kawan2... Shopping.. : ) Memang tempat untuk membeli  belah.. (tetapi niat kena betul) ..:: xsusah nak membeli kat sini. sama saja. mekah dan madinah.. sebabnya, ramai Tajir atau peniaga arab kat sana semuanya boleh berbahasa melayu.. Sepuluh riyal.. Halal.. Murah.. Mari2.. Terima Kasih.. Semuanya tahu. dan kita yang membeli juga kena pandai tawar menawar..

Ada satu kedai tu. masa mula2 datang beli serban at dia harga 25. dapat 15..
pergi sekali lagi dia letak 10 ringgit pulak.. memang kena tipu terang2.. huhu. xpelah... macam2 perangai manusia..

Ketika di Madinah, program ziarah selain daripada kawasan masjid seperti Raudhah dan perkuburan Baqi', kami telah dibawa ke tempat2 lain yang bersejarah.
  • Masjid Quba-masjid pertama yang dibina Nabi...
  • Masjid Qiblatain-tempat ketika Nabi SAW mendapat wahyu untuk menukar arah kiblat dari Baitul Muqaddas ke arah Kaabah di Mekah Al-Mukarramah..
  • Jabal Uhud-tempatnya Ghazwah Uhud
  • Ladang Kurma dan pasar kurma-tempat jemaah umrah Malaysia banyk melontar duit-(shopping kurma)
Dan ada banyak lagi tempat bersejarah yang kami lalui sepanjang perjalanan tu.. Semuanya mutawwif cerita. dari A sampai Z. Yang ini tempat nabi, yang tu maqam isteri Nabi, yang ini cerita nya macam ni. banyak sangat. Saya ada record penceritaan ustaz tersebut ketika berada dalam bus.. nanti klu ada masa saya dengar balik dan cerita kat sini..InsyaAllah..

Kesimpulannya, perjalanan kami, ziarah kami ke Madinah sangat2 memberi kesan. terkesan dengan sejarah pada zaman Rasulullah SAW dahulu.. Ni xcerita lagi ketika di Mekah.. banyak sangat cerita, dan tak tahu nak cerita macam mana..

Ok lah. setakat ni sahaja untuk malam nie. Biiznillah, saya akan berkongsi lagi pengalaman saya ketika di DUA tanah haram tersebut.... Wassalam...

_silalah...

Tuesday, June 22, 2010

UMRAH :: 1001 Kenangan

Bissmillahirrahmanirrahim...

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Walillahilhamdu...

Segala puji bagi ALLAH rabbul alamiin... Selawat dan salam ke atas Nabi Rahmatan Lil'alamiin..

Aku bersyukur Ya Allah kerana Kau telah memberi nikmat sihat, dan masa lapang, dapat lagi aku meneruskan hidup, bernafas, menikmati kenikmatan yang tak terkira, merasai perasaan bahagia... Sesungguhnya kepadaMu lah suatu hari nanti akan aku kembali....

Sahabat2, rakan2, guru2, saudara saudari, pembaca blog yang dihormati. Nak dekat sebulan dah rasanya x mengupdate blog ni.. Dari sebelum cuti sem haritu, masa cuti, dan hari ni, nak habis dah cuti sekali pun x update blog.. Xberkesempatan.

Rasanya ramai yang telah maklum, saya telah selamat mengerjakan umrah di Baitullah AlHaram, selama kurang lebih 2 minggu... klu ikut betol, 12 hari 10 malam je.. 
  • Bertolak : 8 Jun 2010 (Selasa) 
  •                 Jam 1400 waktu Malaysia
  • Tiba di Airport Medinah : Jam 1800 waktu Medinah
  • Perjalanan selama 8 jam lebih...
Subhanallah, inilah perjalanan musfir saya yang paling jauh rasanya, terbang merentasi benua, sehingga melangkaui masa, dan perjalanan musafir yang paling berharga rasanya...

Banyak pengalaman untuk diceritakan.... bermula dari KLIA Airport, seluruh ahli keluarga, kebanyakan sanak saudara telah berkumpul di sana untuk menghantar kami semua, iaitu seramai 9 orang semuanya. Mak dan saya, Pak Njang dan Mak Njang serta Angah (Khairul Anuar), Mak Teh, Nenek Laki dan Nenek Puan, dan juga Nenek Umai (mak kepada Mak Njang). Nenek Lelaki berkerusi roda dan juga nenek Umai pun berkerusi roda -oleh kerana tua..

Masa nak pergi tu, langsung xterbayang dan terfikir di akal fikiran saya, untuk menjaga nenek ketika di mekah madinah nanti.. dan pada masa tu jugak, xterasa langsung diri ni nak ke Tempat suci itu- Tanah Haram.. Macam xpercaya dah nak pergi..walaupun ramai makcik pakcik semuanya memberikan semangat dan kiriman doa...

Alhamdulillah, semua perjalanan semasa pergi selamat dan tidak berlaku sebarang masalah. cuma sedikit cemas ketika beratur nak masuk platform, saya teringat yang saya telah terlupakan kamera digital yang baru dibeli, ditinggalkan di dalam tandas... MasyaAllah, nasib baik dapat jumpa balik setelah berjumpa dengan seorg jemaah lain yang baru keluar tandas tersebut memegang kamera tu... Ya Allah cemasnya hanya Tuhan saja yang tahu.. sungguh careless diri ini..

Dan niat juga telah dibetulkan sebelum pergi tu... Abang saya Os sempat call dari mesir bertanyakan khabar dan menanyakan niat saya ke sana untuk apa... Baru saya terfikir akan niat.. Sebelum tu, xpikir langsung tentang umrah ni.. macam xready sangat... Syukur tuhan berikan jalan...

Setibanya di Airport Medinah, turun2 ja kleluar dari flight tu, terasa akan bahang panas yang amat sangat, xpernah terasa di Malaysia.. Jam 6 lebih (petang) sampai di Madinah dan suhunya mencecah 42 darjah celcius.. Amat panas, macam duduk kat tepi kipas aircond bahangnya...

Di airport, kami bersama jemaah yang lain (ANDALUSIA Travel & Tours Sdn Bhd), disambut oleh mutawwif- seorang pelajar di Mekah warga Indonesia-Ustaz Ahmad Fathoni Zanur, dengan sebuah bus untuk menuju ke hotel penginapan di Pekan Madinah...

Terharunya rasa apabila diberitahu sudah melewati Tanah haram Madinah, tempatnya tinggal Nabi Muhammad SAW selama 13 tahun stelah berhijrah,.... Kami dinasihatkan supaya jamak takhir apabila tiba di hotel... Kami tiba di hotel pada jam 8 malam. Setelah mengumpul barang bagasi semuanya dan masuk ke bilik hotel, disunnatkan untuk mandi sunnat masuk ke Tanah Haram dan melakukan sujud syukur..

Setelah itu, Pak Njang, Angah dan saya turun makan dan terus berjalan kaki menuju ke Masjid Nabawi untuk menunaikan solat... Sangat dekat jarak dari hotel kami ke masjid. Allah Maha Besar, cantiknya masjid nabi.. ramainya orang... bekas air zamzam banyak... selesanya dengan aircond dalam masjid... betapa besarnya masjid tersebut. Menitis air mata tanpa disedari..

Dan setelah selesai solat, Pak Njang yang dahulunya pernah mengerjakan haji mengajak Angah dan saya pergi ke Raudhah.... Menangis terharu diri ini, melihat maqamnya Rasulullah SAW dan Sahabat- Sayyidina Abu Bakar dan Saiyyidina Umar.. dengan jemaah lain yang berasak2  di raudhah tu untuk menunaikan solat sunat 2 rakaat... Satu keadaan dan perasaan yang tak pernah saya alami.. satu ketenangan dirasa.. terharunya rasa.. hiba... Walaupun hanya lalu melihat dan memberi salam kepada Rasulullah dan sahabat...

dan malam itu, tidurlah kami dengan badan yang teramat letih setelah seharian perjalanan...

akan bersambung....nak tido dah.... harini pun letih. dari pagi ke shah alam ada urusan jpj sampai ke malam ke puchong plak- umah paktam..

ada skit gambar.. banyak lagi sebenarnya... nanti uplod lagi..

-dalam masjid-mula2 masuk

minum zamzam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails