rahsia jururawat

rrk

Sunday, March 14, 2010

Cuba Amin Cuba!!!

 
Cuba ku cuba
Menjadi yg terbaik...
Cuba ku cuba
Menulis yg menarik...
Cuba ku cuba
Berfikir yg praktik...
Cuba ku cuba
Mencari yg mendidik...
Cuba ku cuba...

Cuba Amin!

Ku tahu kau cuba,
Menafi yg terbalik menjadi terbaik...
Cuba Amin!
Memadam mistik menulis menarik...
Cuba Amin!
Melupa kritik berfikir praktik...
Cuba Amin!
Membiar dusta mencari mendidik...
Cuba Amin!

Pengisian Diri

Salam. 
Pengisian Diri.
Pengisian Rohani.
Pengisian WAJDI..

Bertemu semula.. Alhamdulillah telah selesai dan tamatlah sudah program wajdi 2010 anjuran bdn dakwah (BDMKIST) pada 11-12 Mac yang lalu... terasa kurang sikit bebanan kerja. tetapi walupun begitu masih banyak lagi perkara yang saya mesti selesaikan...

Bertindak sebagai Pengarah Program, sebagaimana yang saya post sebelum ni, rasa seperti x bersedia, memang.. mmang banyak pun kelemahan dan kekurangan dapat sya pelajaran melalui Wajdi kali ni.... 


  1. melaksanakan sebuah program yang besar seperti ni, memerlukan hati dan bekalan jiwa yang kental...kerana apa? kerana bukan mudah untuk melaksanakannya dengan sempurna... banyak complain dan kekurangan dalam program Wajdi ini..
  2. Pengisian Diri..??? Sebagai AJK ataupun urusetia, mestilah mempunyai pengisian rohani dalam diri, kerana bukan mudah untuk menegur orang dan juga bukan mudah untuk menguatkan hati meneruskan program yang banyak kerja dan prosedur yang perlu dibuat.. 
Saya sendiri sangat merasakan syukur kerna dapat juga melaksanakan program ini.. dengan pertolongan dan bantuan dan sokongan dari semua pihak, ustaz, ustazah, lecturer, sahabat2, teman2, AJK bdn dakwah, dan juga peserta... TERIMA KAsiH semua!!

Walaupun saya mersakan byak sangat salah saya dan kesilapan saya semenjak sebelum program dan juga semasa program, tetapi saya juga merasakan sgt beruntung kerana dapat banyak pengalaman baru yang dapat mengajar mcmn nak buat program plak lepas ni... MINTAK MAaF di atas kesilapan.


Jikalau masa berada di Maahad dulu, pengurusan dan perjalanan program mudah untuk dirancang kerana semua AJK ataupun urusetia berada di dalam satu tempat iaitu ;sekolah/asrama, jadi mudah untuk melakukan mesyuarat dan sebagainya...


Brpgram di IPT ini jauh lebih mencabar!!!.. Bukan senang nak mengumpulkan AJK untuk meeting... kerana kelas x sama, asrama kediaman pun jauh2, tetapi itulah dia, itulah hakikat yang sebenarnya bagaimana nak buat program yang mantap di IPT seperti ni...


Untuk laporan lengkap program WAJDI ini, sila klik di sini.. bdmkist.blogspot.com

Walauapapun, apa yang saya nak bagitahu mlm ni, melalui tajuk, iaitu PENGISIAN DIRI, ialah, sesungguhnya saya kurang sangat pengisian dalam diri ini. Rasa tidak layak untuk memikul tanggungjawab amanah Tuhan yang berat ini.. Tetapi saya teringat kepada firman ALLAH SWT yang maksudnya :

''ALLAH tidak sesekali mentaklifkan seseorang dengan apa yang dia tidak mampu..''

Apa yang aku perlu buat??
  • Tambah pengisian- dengar ceramah, majlis ilmu,
  • Banyak baca Quran- pupuk rasa cinta ALLAH
  • Banyakkan Selawat- Tanda cinta kepada Nabi
  • Kurangkan lagho- maksiat mata, mulut, telinga, dll
Doa sebagai senjata MUKMIN.. doakan aku tetap dan sabat di jalan dakwah. keredhaan ALLAH ku mohon... Harap diampunkan dosa..... Amiiiiiiiiiinnnnnnnnn....


Sekian, wassalam...




 












LDK-ada modul-ada kesan insyaAllah>










Harap boleh tinggalkan comment di sini..

Sunday, March 7, 2010

WAJDI 2010

Assalamualaikum WBT. 

Kem Waja Diri (WAJDI) 2010 akan diadakan pada 11-12 Mac, iaitu hari Khamis dan Jumaat nie dekat Seri Permai resort. Anjuran Badan Dakwah dan Masjid KIST (BDMKIST)

 

Sekarang saya sangat berasa ketaq, xtaw nak cakap mcmn, mcm xsedia lagi untuk buat program nie. Pejam celik pejam celik, wajdi makin hampir. dah lama x buat program dan join program, rasa kurang ingat mcmn program yang selalu buat masa kat maahad dulu...

Walaubagaimanapun, kadang2 saya berasa semangat la plak nak buat program nie... teringat masa kat maahad dulu... ptg tadi meeting WAJDI kali ke3, dan kini saya sudah nampak sedikit sebanyak bagaimana perjalanan program tersebut... dengan sokongan daripada semua ajk dan juga ustaz ustazah... jazakumullahu khairan kathira..

saya berharap dan berdoa agar tidak rasa lemah dalam membuat aktiviti dakwah ini walaupun sekarang ni tengah bertungkus-lumus untuk menyiapkan assignment yang banyak kerana masa dulu x buat. kerja tangguh,.. inilah akibatnya buat kerja tangguh.. xelok sebenarnya.. (jgn contohi ye).. la tuajjil amaluka ilal ghad...

OK. sekian sahaja malam nie.. SALAM PROGRAM.....

Saturday, February 27, 2010

Salam Maulidur Rasul

Salam maulidur rasul saya ucapkan kepada semua blogger sekelian. dan juga kepada seluruh ummat Islam xkira di mana anda berada.... Semoga kita semua mendapat syafaat daripada rasulullah SAW di akhirat kelak... InsyaALLAH...




Banyakkan berselawat kepada junjungan Nabi Muhammad SAW kerana Allah dan juga malaikat2 juga berselawat ke atasnya.... apatah lagi kita..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Sunday, February 14, 2010

Happy Chinese New Year!!!!

Assalamualaikum wbt...

Satu ucapan, Selamat Tahun Baru Cina kepada sesiapa yang semua org cina.... semoga tahun baru Harimau ni menjadikan an
da semua lebih berdaya saing dan menjadikan diri lebih baik daripada tahun2 yg lepas......

Alhamdulillah, mlm ni bertempat d D'Klasik KK saya dapat online sekali lagi.... Sesungguhnya hidup manusia ini sentiasa di dalam kerugian... kenapa saya berkata begitu??. Kerana ada Firman Allah dalam
Surah yang saya rasa semua org tahu.. Surah Al-Asr... Allah telah bersumpah..

Demi Masa, Sesungguhnya manusia di dalam kerugian.. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh, dan berpesan2 dgn kebenaran, dan berpesan2 dgn kesabaran....

Kadang2 saya berfikir, mcmn lah katanya manusi
a ni rugi??.. adakah kita buat kerja sehari2 kita dianggap rugi? adakah kita main game atau main internet dipanggil rugi?? apa makna sebenar rugi ni??

saya nak cerita ni berdasarkan apa yang saya tahu la... Kelmarin saya ada beli buku bertajuk Langit Ilahi-Tuhan tak Lupakan Kita- hasil tulisan Hilal Asyraf. langitilahi.comDalam permulaan buku ini, penulis telah mendatangkan soalan, Siapakah Kita? Dari mana kita datang? Kenapa k
ita didatangkan? Ke mana kita akan pergi??



Baru baca sikit buku tu, saya dah mula berfikir, betul jugak apa yang diceritakan oleh penulis. beliau telah menyentuh bab kehidupan kita. kehidupan seorg manusia yang sgt istimewa... apakah matlamat manusia...

saya telah melihat masa kini, kwan2, member2, masyarakat, umat islam, org melayu, alim ulamak, budak sekolah agama, pondok, dll semuanya adalah bergelar manusia.. memang la. xkan haiwan plak.. hihi.. Tetapi saya dapat simpulkan dan dapat saya katakan, setiap manusia ni, ada yang mempunyai matlamt hidup dan ada juga yang tidak tahu matlamat sebenar hidup mereka ini... bagi mereka yang tak tahu atau tak jelas dengan matlamat hidup mereka ini, mereka inilah golongan yang dapat saya kategorikan sebgai MANUSIA YANG RUGI....

Matlamat kita adalah ALLAH SWT... ya, itulah matlamat kita.
  • ibadat kepada ALLAH
  • ikhlas melakukan sesuatu perkara kerana ALLAH
  • makan kerana ALLAH
  • berdakwah kerana ALLAH
  • menulis blog kerana berdakwah kerana ALLAH
  • belajar ilmu Medical Assistant untuk kerja untuk cari duit untuk hidup dan berdakwah kerana ALLAH....
  • belajar ilmu agama untuk mendekatkan diri kerana ALLAH
  • main game FIFA untuk menghilangkan tension supaya boleh study kerana ALLAH
Semuanya kita lakukan kerana ALLAH SWT...

Adakah kita terfikir semua ni..??

Apa yang saya nak katakan skrg, ialah, apakah matlamat bagi org yang kita kata tiada matlamat (org yang rugi) contoh seperti apakah matlamat remaja2 yang berpeleseran, rempit, remaja yang melakukan maksiat zina, dll?? dan juga apa matlamat orang islam yang berada di kota raya yang hanya pergi kerja balik kerja semata2 untuk mencari duit. tiada aktiviti lain seperti berdakwah dan sebagainya...

Apakah matlamat hidup mereka>>??

Sesungguhnya, saya rasa mereka hanya hidup untuk mencari kesenangan dan kemewahan dunia semata2. xpun, hanya untuk mencari keseronokan dalam hidup. contoh, remaja pemuda yang tidak berakhlak, hidup hanya untuk seronok. mereka ini sembahyang, puasa, bayar zakat, tapi mereka ini saya fikir tiada matlamat. sebab mereka masih lagi melakukan benda2 maksiat, membuang masa, dan menyumbang ke arah jatuhnya imej islam di negara 'islam' ini. baru2 ini, buang anak, bakar anak dlm tong sampah, mereka inilah yang melakukannya. siapa lagi??

kalau difikir diri tu jahat sangat, buat zina, pastu mengandung dan beranak, buang pulak anak tu kat masjid, dlm longkang, tong sampah, saya rasa, haiwan pun x sanggup buat macam tu.. kenapalah b*d*h sangat....(sebenarnya saya rasa sgt terkilan dgn peristiwa2 mcm ni, rasa mcm nak marah)..

perkara2 yang terjadi ni kita mesti ubah.... kita mesti ubah orang yang rugi ini kepada orang yang untung... Tugasan untuk mengubah ummat ini tergalas di bahu kita, pemuda2 yang faham Islam dan sebagai seorg da'e...

bagaimana? How?

Saya rasa, segalanya mesti bermula dgn diri kita.... Kita mesti mengubah diri kita dahulu, sebelum mengubah orang. sepertimana kata2 ulama xsilap(xingat), ISLAH NAFSAK WAD'U GHAIRAK (ubah/perbaiki diri dan berdakwah kepada org lain)..

dan perkara2 lain, saya rasa kita boleh fikir sendiri... satu point sahaja di sini..
DAKWAH

OK. itu sahaja apa yang saya dapat tulis mlm ini. sesungguhnya saya sendiri merasakan diri ini tergolong dalam keadaan yang rugi. kerana apa? kerana saya masih lagi tidak menggunakan masa dan peluang sebaiknya... Daya saya hanya mampu berdoa dan berusaha untuk menjadi manusia yang tidak rugi di dunia dan juga di akhirat. Amin Ya Rabb...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails