Tuesday, January 18, 2011

Pemaafnya Rasulullah SAW

Setelah diperintahkan oleh Allah supaya menyebarkan Islam secara terang-terangan, maka Rasulullah menjalankan dakwah dengan penuh hikmah, namun mendapat tentangan daripada kafir quraisy Makkah.

Baginda tetap tabah. Baginda brubah arah ke perkampungan Thaif, yang amat subur tanhanya. Malangnya penduduk Taif juga menolak.

     Di Taif, para pendudunya bukan sahaja menolak dakwah baginda malah Baginda yang ditemanai Zaid Bin Thabit dilontar batu-batu. Zaid sedaya upaya melindungi Baginda Rasulullah, namun badan baginda yang mulia itu terluka dan mengalir darah.

     Mereka berdua berlari menyelamatkan diri dan singgah berteduh di bawah sepohon pokok. Sejurus itu juga malaikat Jibril datang dan meminta izin untuk mengangkat bukit dan menghempap penduduk Taif yang biadap itu.

    Namun Baginda SAW tidak mengizinkannya. Baginda dengan tenang bersabda yang bermaksud, "seseungguhnya mereka tidak tahu. Kalaupun mereka tidak beriman pada hari ini, tetapi siapa tahu suatu hari nanti anak cucu mereka yang akan menerima seruan ini.".

Begitulah mulianya akhlak RAsulullah SAW yang patut kita contohi pada hari ini. Bersabar dan memafkan orang lain.

(Petikan ms 46 Majalah Solusi Edisi 25) 

Berkuda ~ antara Sunnah Rasulullah SAW

2 comments:

yangyuyu said...

naik kuda kat mana tu min:) mesti best

Hafizul Amin said...

kat Pantai Batu Burok, K.Terengganu.. sebelah dengan hospital je nie...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails