rahsia jururawat

rrk

Sunday, October 10, 2010

Panduan Mengerjakan Umrah 2

Assalamualaikum WBT.

Alhamdulillah, selawat dan salam kepada Rasulullah SAW, moga hari ini lebih baik dari hari semalam.

Post ni adalah sambungan cerita umrah yang telah tertangguh.

Rukun Umrah yang ketiga : Saie

  •  Setelah selesai melaksanakan tawaf sebanyak 7 kali dengan yakin dan sempurna, perkara SUNNAT yang boleh dilakukan ialah solat sunnat tawaf, dan berdoa di hadapan Multazam.
  • Selain itu, sebelum kita bergerak ke mas’ie atau tempat sai’e, kita juga sunat meminum air zamzam untuk menghilangkan sedikit rasa penat…
  • Sai’e ialah jalan berulang-alik sebanyak 7 kali, bermula dari Bukit Sofa dan berakhir di bukit Marwah hanya bertujuan ibadat kepada Allah. Bukannya kerana sebab lain. Saie boleh dilakukan tanpa wudhuk. Masa nilah kalau nak kentut pun boleh. Hehe.
  • First skali, naik bukit Sofa, menghadap kiblat dan kita disunatkan bertakbir. Allahuakbar3 dan niat saie.
  • Semua bacaan niat dan doa bolehla dirujuk di dalam buku panduan umrah. Susah nak taip kat sini..
  • Bila kita dah mulakan berjalan, (Bukit Sofa ni rendah skit dari bukit marwah), ada bacaan2 yang khas sunat kita baca. Bagi lelaki, apabila sampai di bawah lampu Hijau, disunnatkan bagi mereka berlari2 kecil sehinggalah sampai ke lampu hijau kedua.
  • Ia mengambarkan cerita Siti Hajar isteri Ibrahim yang berlari2 ketika cemas mencari air untuk puteranya Nabi Ismail yang kehausan. Siti Hajar berlari dari Sofa ke Marwah sebanyak 7 kali untuk melihat tanda2 jika terdapat rombongan2 saudagar yang membawa air. Namun, tiada seorang pun yang lalu.
  • Maka, ilham dan rahmat dari Allah, telah terbit air daripada tapak kaki Ismail yang mengetuk2 lantai pasir. Dapatilah Ismail dan ibundanya air untuk minum.
  • Itulah dia ZamZam yang tidak pernah kering sehingga sekarang.
  • Daripada zamzam itu, maka rombongan2 saudagar peniaga yang lalu di kawasan itu akan singgah untuk mengambil bekalan air di situ.
  • Lama kelamaan, kawasan itu menjadi satu kawasan perdagangan yang sangat terkenal dan amat strategic.
  • Kembali kepada rukun saie ini, masa saya lakukannya pada kali pertama, setelah tibanya dari Madinah, saya lakukan sai’e ini seorng diri. Tiada guide sebab ustaz yang sorong nenek saya masa tu, saya kehilangannya dek kerana sesaknya jemaah buat umrah malam tu.
·         Alhamdulillah, saya selesaikannya dengan sempurna InsyaAllah. Moga Allah terima ibadat saya tu.

Rukun keempat : Bergunting atau bercukur
·          
  • Habis2 je saie tujuh kali, masanya untuk bercukur dan lebngkaplah satu kali ibadah umrah..
  •  Bergunting ni syaratnya hanyalah 3 helai rambut. Skurang-kurangnya. Itu sahaja.
  • Bagi yang tiada rambut, hanya diletakkan pisau cukur menandakan bercukur.
  • Fadilatnya besar. Allah ampunkan dosa orang yang bercukur/bergunting. (hadis)
Dan yang kelima : Tertib

·         Semua rukun dilakukan mengikut tertib. Tidak boleh langkau.

CERITA LAGI

Nak cerita skit lagi, masa saie lelaki xbleh pakai kasut. Perjalanan 7x ulang alik tu lebih kurang 3.5 km. Jauh tu. Memang letih skit. Dan sakit tapak kaki. Bagi perempuan xpe. Bleh pakai stoking. Dan ingat2 balik, memang best masa g umrah aritu. Masa saie bleh tengok dekat lorong tengah tu, memang dikhaskan untuk orang yang menggunakan kerusi roda. Ada yang ambik upah 1 saie 40 riyal. Dasyat betul, laju betul orang yang ambik upah tu tolak. mEmang kerja dia tolak orang. mEmang laju.

Saya juga beberapa kali menyorong nenek buat saie. Bila nak panjat bukit Marwah, berat sikit. Sebab tinggi. Memang berpeluh la.. dengan pakai ihramnya..
Tapi lepas dua tiga kali buat umrah, dah biasa dah. Xletih sangat. 

PERINGATAN

Sebenarnya, berdasarkan maksud umrah itu sendiri bermakna ziarah.
Ada seorang ustaz ni bagitahu, jemaah Malaysia khasnya, telah tersilap konsep. Bila pergi umrah, dia mahu melakukan ibadat umrah banyak kali. Itu adalah silap.

Kerana apa? Kerana kita lebih disunatkan membanyakkan melakukan perkara2 sunat yang lain seperti iktikaf, solat sunat, tawaf sunat, baca al-quran. Kerana di situ adalah pahala yang berlipat kali ganda.
Ada jemaah yang buat umrah pagi dan petang. Hanya letih. Nabi x pernah buat ,mcm tu. Saya pun baru tahu akan perkara ini. Masa saya pergi haritu, cukup 7 hari kat mekah, saya buat umrah cukup 7 x. sehari sekali.

Sepatutnya, kata ustaz tersebut, banyakkan ibadat sunnat…

PENUTUP

Diri ini masih lagi teringat Mekah, Madinah, Tanah Haram yang tiada seorang pun kafir di dalmnya.. Nyaman, amannya di sana. Banyak kenangan. Ni xcerita lagi masa nak mencuba mengucup Hajarul Aswad, kesukarannya memberi seribu satu memori dalam kepala nih..

Ya Allah, nak pergi lagi.. Masa haji nak dekat. Mesti mekah sekarang ni penuh dengan jemaah. Mesti Masjid nabi sekarang tengah sibuk membuat penyediaan.

Alhamdulillah. Aku telah menjadi tetamuNya. Aku syukur sangat2. Aku doakan semoga orang lain juga turut menjadi tetamunya InsyaAllah.. 

Itu sahaja lah rasanya dapat tulis. Ada lagi gambar2 kat sini :- Sekian. Wassalam…
<< Masa panjat Bukit Sofa
masa ni baru lepas cukur-rehat atas bukit Marwah

Kaabah-Aman


gambar terbaik-tingkat atas sekali =>


masa ni nak balik dah. rehat kat masjid Jedah, dekat dengan airport Jedah
suke botak!! huhu

8 comments:

Fadhlina Binti Sameon said...

nice entry..:)
thank you so much..:)

Deqna said...

entry yang berguna sangat...InsyAllah sekiranya dipermudahkan saya akan menjadi tetamunya

Anonymous said...

Terima kasih tuan di atas perkongsian ini.

Anonymous said...

tq 4 sharing..

UMMIFAEZAH said...

Syukran ya akhie..penjelasannya cukup ringkas dan mudah difaham. Hati ini semakin berkobar2 ingin kesana walaupun sehari! Insyaallah.:-) - Ummifaezah.

UMMIFAEZAH said...

Syukran ya akhie..penjelasannya cukup ringkas dan mudah difaham. Hati ini semakin berkobar2 ingin kesana walaupun sehari! Insyaallah.:-) - Ummifaezah.

Unknown said...

Jazaakumullah khairan kastira wa jazaakumullah ahsanal jazaa.syukran ya akhie

Unknown said...
This comment has been removed by the author.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails