Assalamualaikum WBT.
Selamat bersua kembali. (-_-)
Semoga pertemuan kali ni dapat mengundang rahmat dan
redha Allah…
Dah seminggu tak update blog dan kali ni saya nak share
sikit pengalaman saya selama 5 hari pertama berada di Dewan Bersalin Hospital
Machang. Ada lagi 5 hari esok. =) Dan ini sebenarnya adalah cabaran sebenar
sebelum saya dapat menjadi seorang Penolong Pegawai Perubatan yang hensem,
bergaya, kompeten dan knowledgeable… :-)
(ayat encik mansor ni)
Pertama sekali, mengenai kehamilan dan kelahiran, kita
akan terfikirkan seorang ibu bersama kandungannya di dalam perut. Ini kisah
hidup sesiapa sahaja termasuk kita yang lahir di dunia ini. Apa yang saya lihat
ialah pengorbanan seorang ibu yang sanggup berkorban nyawa menahan kesakitan,
berusaha untuk melahirkan anaknya; mungkin kita suatu masa dahulu tika ibu kita
melahirkan kita, -tiada tolok bandingnya kesakitan yang dialami.
KELAHIRAN SECARA NORMAL (SPONTANEOUS VERTEX
DELIVERY-SVD)
Dalam post sebelum ini (klik) ketika saya berada di Dewan Bedah,
saya hanya melihat prosedur bedah (LSCS) ataupun Caesarian –ibu dibedah untuk dikeluarkan
anaknya. Mungkin para ibu yang bersalin menggunakan cara ini (kerana indikasi
tertentu) tidak merasai sakit seperti sakitnya ibu yang bersalin secara normal.
Pada hari kelima iaitu hari khamis, baru ada rezqi kami
untuk melihat satu prosedur melahirkan anak secara normal ni. Sepatutnya
tiap-tiap hari ada, tapi hari kelima baru kami berpeluang untuk melihat. Lepas
ni boleh dah nak konduk sendiri kelahiran tu dengan pengawasan L.P (local
preceptor) kami. =)
Sebak di dada (nak nangis malu. hehe) masa tengok
kelahiran tu.
Seorang ibu berumur ## tahun mengandung anak ketiga dan
telah mempunyai 2 orang anak sebelum ini. Umur kandungan adalah 38 minggu 2
hari. Dijangka akan melahirkan anak pada 4 Oktober 2011.
Istilah perubatan – G3P2 (Gravid kali
ketiga, Para dua)
Period of amenorrhea (jangka masa tidak datang haid) =
period of gastation (jangka masa kehamilan)
P.O.A = P.O.G = 38 minggu 2 hari
Expected Delivery Date (E.D.D) = 4 Oktober 2011
Inilah kes yang kami terima. Apabila jangka masa
kehamilan telah mencapai 36-40 minggu, kelahiran tersebut tidak dikatakan
pra-matang. Bayi yang akan lahir itu telah matang pada umur tersebut. (jika
salah tolong tegur) – ada yang kata kandungan matang ialah 38-42 minggu. :-)
Staff nurse: “masa sakit awak teran!! Teran dengan geram!!
Bismillah, Ingat Allah”
Ibu: “tak boleh lah!!!”
SN : “haih, awak mana boleh cakap tak boleh… Ni tengok
anak awak ni.. Dah Nampak kepala dah ni!!!
Kalau lama-lama anak awak lemas nanti!!”
Ibu : “yeah….yeah….”
SN : “ geram lagi, kuat lagi!!. Sikit lagi ni..!!”
Ibu : ……..
………………………….. uwek……uwek……uwek……
Jelas terpancar senyuman kegembiraan pada ibu bayi
mendengar tangisan tersebut. Hilanglah segala kesakitan yang dialami tadi….
:-)
(-_-)
Allahuakbar Allahuakbar (azan) baby boy yang comey.... :-) |
SEBAGAI RENUNGAN
Sebagai renungan, ada satu kata-kata Arab atupun pepatah
lama, saya pun tak pasti, kalau salah tolong tegur jugak ye..
“Biarlah orang menangis kegembiraan ketika
kelahiran kita,
Jangan biarkan orang menangis kegembiraan ketika
kematian kita.”
Wallahua’lam. Ini sahaja yang dapat saya tulis. Mungkin
di lain masa saya akan cerita pulak pengalaman menyambut bayi baru lahir… :-)
Wassalam..
p/s Post ini hanya tulisan pengalaman. Jika ada
kesilapan, tegur-tegurlah.
Pada kawan-kawan (M.A) yang baca, moga dapat menyambut
anak sendiri nanti… :-)
p.s.s : ada hadiah ipad2 free di sini!!! Klik...
p.s.s : ada hadiah ipad2 free di sini!!! Klik...
4 comments:
subhanallah......pngorbanan seorang ibu...:'(
bunyi baby cane? "uwek..uwek...uwek.."
hehe....^^,
bunyi lebih kurang camtu la... adoi.. ")
masya-Allah... dh boleh jd ayah kwn kita nih... hehe...
Post a Comment