rahsia jururawat

rrk

Tuesday, May 31, 2011

Hamba Zaman Sekarang

Salam..

Menyambut promosi oleh naimulfirdaus.blogspot.com yang ingin mempromosikan blog di dalam blognya, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menulis satu tajuk berkehendak..

Hamba Zaman Sekarang

Zaman sekarang zaman orang hidup maju, teknologi menjangkaui segalanya... klu dulu mana ada orang bleh tahu berita senang2 contoh dari Malaysia nak tahu berita pasal mesir...melainkan masuk TV dan Paper (surat khabar)..

Tapi sekarang, mudah je.. sape2 yang mempunyai kemudahan internet sangat mudah untuk mengetahui segala hal di seluruh dunia.. ornag malaysia kat UK pun bleh baca blog nie.. kan xrasa maju ke... memang dah maju sangat...

*Tapi dalam zaman sekarang ni, masih ada orang yang xpandai lagi benda2 macam nie...

Manusia ni dalam teknologi (digital dan ICT) ni ada tiga zaman atau kumpulan :-

1) Digital Dinasour

--orang yang lahir dari tahu 1950 - 1970 an...
---Mereka yang lahir pada zaman ini, seperti ibu bapa kita mungkin, sanngat pelik dan susah nak belajar pasal komputer sekarang.. klu nak ajar guna facebook, blogger apatah lagi...

2) Digital Immigrant

--orang yang lahir dari tahun 1970 - 1990 an...
---Mereka ini terpaksa belajar komputer semasa di sekolah, ataupun semasa universiti untuk mengikut kehendak perkembangan zaman ICT ini..
----Mungkin ramai dari kalangan kita berada pada kumpulan ini..
----Mungkin saya sekali...hehe

3) Digital Native

--Mereka yang lahir dari tahun 1990 - sekarang...
---haa, inilah WARGANEGARA DIGITAL, lahir2 dah ada komputer, handset, nak xnak, mesti mereka ni dah tahu kegunaan semua benda..

"ni komputer.. klu ada internet, mesti best guna.. hehe"

Semua ni terjadi atas aturan Allah SWT yang Menciptakan... Kesimpulannya, kita sebagai HAMBA yang beragama Islam, yang ada agama, mesti berpegang kepada ajaran ISLAM yang sebenar-benarnya..

Jika dulu, zaman Rasul berdakwah, tiada semua teknologi ini digunakan, Bahkan, Islam yang Nabi SAW bawa sampai kepada kita hari ini...

Inikan pula zaman sekarang, semua teknologi sudah tersedia. Marilah kita bersama2 menyambung perjuangan Rasul di medan DAKWAH untuk menyampaikan maklumat2 atau ilmu2 Islam yang kita ketahui untuk kefahaman orang lain... kerana Nabi SAW ada berpesan...

....Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat....

Inilah perjuangan sebenar kita.. Jangan terlalu ikutkan teknologi yang best ni untuk buat benda2 yang tidak berfaedah. Ini nasihat untuk diri saya sendiri...

K lah.. dan satu lagi, kepada sahabatku NAIMUL FIRDAUS , saya tidak kerap sangat membaca blog anda, tetapi bila sekali saya baca, saya akan stay lama di web tersebut membaca link2 post yang menarik yang belum saya baca... -bleh la promosikan blog ana ye!!!

Tag : ahmadmujahidblog.blogspot.com
   : qurratulqalbi.blogspot.com
   : luqmankhairi.blogspot.com

Ok... itu sahaja... Moga2 kita tergolong daripada orang yang sedikit.... -_-

Wassalam..

Sunday, May 29, 2011

Score A Programme - Cara Belajar Terhebat Masa Kini

Salam... Selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia, 1 Ummah!!!

Pada hari ini, saya ingin berkongsi mengenai Score A Programme..

Dari tahun 1999 lagi.... (memang dah lama ada)

Anda tahu apa itu S.A.P?

S.A.P merupakan satu sistem pembelajaran pelajar Tahun 1 - Tingkatan 5,- secara ONLINE yang pertama di Malaysia.. Tiada syarikat lain yang mengeluarkan program seperti ini kerana Score A telah mendapatkan kebenaran dan pelancaran daripada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sendiri. Layari atau klik www.scorea.com untuk melihat sendiri program yang boleh membantu pelajar zaman ini untuk belajar dan skor di dalam peperiksaan dengan lebih mudah dan hebat!!!

Anda boleh mencuba sendiri dengan klik DEMO ONLINE dan masukkan Distributor ID saya : aminhebat

 Ciri-ciri Istimewa Score A Programme

Apabila pelajar menggunakan Score A ni, mereka mempunyai DUA pilihan untuk belajar dengan buat latihan soalan (OUTPUT) ataupun mempelajari subjek atau tajuk baru (INPUT) dengan bantuan ciri-ciri yang sangat istimewa dan tidak membosankan seperti animasi, power point presentation dan lain-lain lagi.

 

Jadi, sekarang saya akan senaraikan sedikit sebanyak ciri-ciri istimewa ULTIMATE OUTPUT LEARNING  iaitu Examination Hall di dalam Score A Programme nie..

1. e-TOPIC - buat latihan ikut topik, silibus sekolah KPM
2. e-SCHEME - ada skema jawapan skali
3. e-NOTES - ada capaian nota ringkas dan mudah bila nak jawab soalan, xingat fakta
3. e-ASSESSMENT - pelajar kena jawab ikut level, Mudah-Sederhana-Susah
4. e-TRIAL EXAM - set soalan percubaan, ada banyak set
5. e-PAST YEAR EXAM - set soalan peperiksaan sebenar UPSR, PMR dan SPM dari tahun 1993-terkini
6. e-DICTIONARY - pelajar boleh rujuk kamus dari Pusat Rujukan Persuratan Melayu (DBP) untuk melihat maksud perkataan BM/BI yang xfaham..

Memang best Score A nie. Sekiranya masa saya sekolah dulu ada mesti saya dah guna dah... Anda mesti langgan Score A ni untuk anak2/adik anda kerana inilah cara mereka belajar masa kini...

Dalam INTERACTIVE INPUT LEARNING pulak, iaitu Score A i-Teacher, pelajar akan belajar dengan cara yang seronok dan tidak membosankan...

Ciri-ciri yang ada :

-Guru AVATAR yang boleh berkomunikasi apabila kita tanyakan soalan kepadanya..
-Nota yang berwarna-warni - pelajar mudah ingat
-Power Point Presentation- siap ada suara lagi..
-Animasi- ilustrasi kartun animasi untuk memahami sesuatu tajuk yang kompleks seperti subjek Sains dan Biology
-Kuiz - Soalan kuiz pun ada untuk menilai kefahaman pelajar
-Rujukan Kamus 

WOW!! Macamana? Best x agak2?!!

Xpayah percaya kata2 saya, ce tengok video nih...



video ni memang senyap skit.. ada suara skit je. tapi ada banyak lagi video pasal Score A dekat youtube. Anda boleh search atau taip "Score A Programme".. dan lihatlah sendiri keistimewaan dan kehebatannya.!!

Atau senang cerita, anda boleh layari dan cuba sendiri kehebatan program ini di komputer anda..

Sekali lagi, anda boleh klik di sini www.scorea.com dan cubalah ONLINE DEMO free di sebelah atas kiri web page tersebut dan masukkan Distributor ID saya : aminhebat

ataupun bleh tengok web ni plak. scoreanetwork.com/aminhebat

ataupun call saya 019.223.1675

Untuk kali ini, itu sahaja yang dapat saya kongsikan.. lepas ni saya akan ceritakan pula mengenai kelebihan kepada ibu bapa yang melanggan score A nie...

K.. Ilal Liqaa... Wassalam.

Saturday, May 28, 2011

Memburu Impian Menjadi Jutawan

Salam!!!..

Alhamdulillah... Aku bersyukur hari ini, dibangunkan semula di pagi hari ini dengan nikmat tubuh badan yang sihat dan hebat..!!

Dan di pagi hari mendapat mesej daripada teman serumah, Jamal, ayahnya telah meninggal dunia semlam... Takziah Jamal.. Bersabarlah.. Kehidupan mesti diteruskan....

First time, hari ini nak menulis mengenai sebuah impian yang tidak pernah diimpikan sebelum ini...

Saya ingin menjadi JUTAWAN!!!!!!!

Jutawan yang BERIMAN!!!!!

Dalam masa paling kurang 5 tahun dari sekarang....

Dengan keazaman ku ini, mulai hari ini, saya akan bertindak secara LUAR BIASA dan menjadi seorang yang luar biasa...

'orang biasa lakukan perkara yang biasa-biasa saje..'

Jutawan bukan perkara biasa-biasa ;-  So, untuk menjadi JUTAWAN perlu dan wajib lakukan perkara yang tidak dilakukan oleh orang biasa-biasa.

So, Now, Amin, Aku tahu kau mampu lakukannya,!!! dengan cara yang betul, ikut sistem, InsyAllah kau bboleh berjaya!!!

Buang sikap malas kau tuh!!!

Semangat!!! Bangun!!!!

Hiraukan kata orang lain yang akan mencemuh mu, yang akan menyindir mu, yang akan mengejekmu, kerana kau tahu, Allah sentiasa bersama orang yang bersabar dan berusaha....

"buat aje... Just Do It''

Kalau x buat, mana tahu x bleh,, buat aje!!!

HEBAT!!!!!

Sunday, May 15, 2011

exam dah habis....

salam... exam dah habiss....

last paper tadi paper oftalmologi... dan esok, ada BLS pulak.. Basic Life Support...

Lepas ni bila free bleh la update blog... insyaAllah....

amin... good l.uck!!!!

Saturday, May 14, 2011

Selamat Hari Ibu

Salam.

Di kesempatan ini, saya mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu dan teristimewa untuk ibu saya yang saya sgt sayangi...

Mak, amin sayang sangat kat mak... Mak lah ibu terbaik, tiada siapa boleh menandingi kehebatan mak membesarkan kami lima beradik sampai besar macam ni....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails