rahsia jururawat

rrk

Monday, December 20, 2010

Negeri Kedah Negeriku

Salam.. alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan pada hari ini untuk terus hidup mengabdikan diri kita kepada Allah SWT..
juga selawat ke atas Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan seluruh sahabat, tabiin, tabi' tabiinn....

Dan hari ini post mengenai perjalananku ke NEGERI KEDAH DARUL AMAN... huhu.. best2..

Saya ni lahir kat segamat johor. tapi kampung saya kat sungai besar selangor. Namun, saya dulu duduk dan membesar dan belajar di kedah selama hampir 11 tahun.. Jadi saya ni org kedah la kan..??? hahaha/..

MAKTAB MAHMUD

MMAS ialah tempat pertama singgah masa sampai2 pagi sabtu aritu... saya dan mak saya bertolak dari kl malam. naik viva.. memang best drive malam.. tapi aritu xbest sgt. ujan sepanjang jalan dari kl sampai kedah..
hhmmm.. alhamdulillah selamat sampai..

Maktab Mahmud Alor Star..aku cinta padamu..

Ya Maahadan 'Allamani
Wa bilhuda Jammallani,
Hallaitani min sighori,
bikulli khulqin hasani..

yang ni intro lagu maahad.. maksud dia lebih kurang macam nie...

wahai maahad yang telah mengajarkan ku,
dan dengan hidayah mencantikkan ku,
Kau hiaskan aku dari kecil,
dengan setiap akhlak yang baik/mulia..

Memang best lagu nie.. nyanyi ramai2.. panjang lagi.. tapi lain kalila nak tulis semua.. :-)

Teringat time skolah dulu.. dari sekecik2 form 1 sampai sebesar2 senior. Form6.. mcm2 cerita mcm2 pengalaman.. Banyak sgt.. xmungkin nak diceritakan semua.. huhu.. tapi ni la sikit gambar pasal maahad..



Dewan ni la tempat paling best.. ada bilik pengawas-boleh lepak2.. hihi
BLOK A mengikut cerita hospital jepun la.. bangunan pejabat jepun la.. xtaw la cerita betul dia apa.. tapi di blok A itulah tempat lahirnya ulama2 seatero dunia.. seperti Ustaz Azizan MB Kedah, Arwah Ustaz Fadzil Mad Noor, Arwah Ustaz Nik'mat Yusuf, dan banyak lagi ulama di negeri kedah dan Malaysia nie.. Menteri Ustaz Jamil Khir pun belajar di sini dahulu...
yang ni balai ilmu.. dulu xde visi dan misi tu.. cantik kan..
Memang bersejarah laa negeri kedah nie.. ada lagi nie..

ada pekan cina, ada pekan melayu.. ??

menara ke-4 tertinggi di Malaysia

Masjid Bukhari yang indah...

mai pekena cha koeteow terbaik..!!
Masjid Zahir, Masjid Negeri Kedah
 memang letih la g jalan kedah nie.. byk lagi gambar.. tengok kat fb la ye.. hehe..

k.. chow.. roger n out..
wassalaam....

Wednesday, December 15, 2010

Tabiat Kerja

unit HD hosp TM

Senyum... =)

Tabiat kerja.. untuk individu2 yang bekerja..

untuk kite2 ajer!!

Monday, December 13, 2010

Al Quran Dusturna

Daripada Anas bin Malik R.A : Rasulullah SAW telah bersabda :

تركت فيكم أمرين لن تضلوا ما تمسكتم بهما: كتاب الله، وسنة نبيه(صلى الله عليه وآله وسلم

((Aku telah tinggalkan kepada kamu semua DUA perkara : kamu tidak akan sesat selamanya jika kamu berpegang pada keduanya, iaitu Kitab Allah (ALQURAN) dan sunnah nabiNya (SAW).))

Salam. Saudara saudari sekalian, kita mesti kembali kepada al-quran. dalam hidup kita sebagai seorang muslim/ beragama Islam.. kita kena ,mengambil Quran Kitab Allah ini sebagai panduan hidup kita ataupun perlembagaan(dustur) kita. 

Al-Quran yang juga merupakan Sumber Perundangan Islam yang pertama selain Al-Hadis yang kedua..

Kita sebagai pelajar, individu yg ISLAM perlu mempelajari Al-Quran ini dan hadis ini melalui Majlis2 ilmu.. dalam sehari kita juga perlu mengisi masa kita dengan bacaan al-quran.. walaupun xbyk, cukup sedikit sebagai tanda kita memegang al-quran dan menjadi panduan kita..

Ayuh sahabat2 ku sekalian, saya mengajak diri saya dan kita semua, hari2 JGN LUPA BACA QURAN..
kerana apa, kerana hati akan keras dan gelap jika kita xbaca al-quran.. 

Apabila sudah baca, kita cuba teliti akan maksudnya, dan kita perlu tingkatkan lagi kefahaman kita dengan menghadiri majlis ilmu/ceramah/kuliyah.. dan jika kita xsempat kita boleh dengar melalui mp3.. ceramah ustaz azhar ke.. byk sekarang ni sumber kita boleh dapat dari internet,.. (kita perlu taqwa)

Dan kita perlu amal apa yg kita tahu.. Inilah PERANAN kita sbg muslim.. xkan setiap masa kita nak berhibur. xkan setipa masa nak buat benda lagho... Bilakah masa kita untuk Allah PEMILIK kita?? Sesungguhnya hidup kita ni Allah yang bagi...

Inilah peringatan buat diri saya sendiri sebenarnya.. Maafkan saya sahabat2 jika saya ada kesalahan..

Wallahua'lam..


 

Thursday, December 9, 2010

Dirikanlah Solat...

Salam. Dirikanlah solat kerana solat itu tiang agama. Jika kamu tidak mendirikannya, maka kamu akan merobohkan agama.. Nauzubillah..

Ok lah.. itu adalah sedkit nasihat saya harini untuk saya dan kiita semua..

dan untuk kali ini, ini adalah hasil tangan saya yang pertama dlm edit2 gambar.. try tengok. ok x..??

 
yang ni buat kat Darul Quran Ustaz Husin.. masa ujung tahun 2008 rasanya.. masa tu tengah tolong ustaz husin jaga pelajarnya menghafal Al-Quran..

Wednesday, December 8, 2010

SS............

salam. tgh bosan2, terpikir plak nak upload logo2 nie.. mcm best jer.. huhu. saya ni sebenarnya suka dan minat sgt nak design2 mcm nie. edit gambar ke. tapi setakat ni biasa2 saje.. sebab saya belajr sendiri je guna photoshop.. main klik2. memang best..

so kat sini saya nak tunjuk la skit, hasil yang pernah saya buat. LOGO. Boleh lah nak bagi komen skit2 yg mana cantik, yg mana x cantik.. saya terima seadanya,, haha..
 
1. logo i-medik (saya buat logo ni sebab nak antar contest la cadangannya..) tengok i-medik.org. tapi malas nak abiskan. tak reti nak hurai motif logo nie.. haha.. biasa la.. buat syok2.. ok x??
 

 
logo 2 - yang ni logo bdmkist. bentuk pintu masjid. mcm lwak jer. ok la tu.. tapi sekarang bdmkist dah ada logo baru.. sahabat, habibullah yang buat.. dia punya lagi cantik. hehe. try tengok bdmkist.blogspot.com

 
logo 3 - yg ni plak logo sya reka untuk PTC. Sahabat saya mintak buat. Ustaz Firdaus Abu. Tapi xtaw la skrg dia guna ke x logo ni.. haha. ok? mcm x ok jer.. hehe

 
logo 4 - logo? mcm bukan logo jer. haha. ntahla.. tapi yg ni buat untuk klinik kist.. saja2 buat. simple je kan.. tgk ah rasanya nak reka lain.. bg nampak komersial skit kan.. 

ok tu je la.. lepas ni rasanya nak letak plak gamabr2 yang saya pernah edit.. wassalaaaaaam..

Monday, December 6, 2010

Selamat Tahun Baru 1432 Hijrah

Salam.

Bismillah. Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Marilah kita bersyukur di atas nikmat2 yang Allah berikan kepada kita.. dengan mengucapkan Alhamdulillah.. dan menggunakan nikmat2 tersebut untuk mengabdikan diri kepadanya.

Maghrib tadi telah masuk Muharram, tahun baru hijrah, 1432, maka telah pendeklah umur kita setahun..

dan dengan ini, kita semua mengharapkan Allah mengampuni dosa2 kita setahun yang lepas, dan akan memberi petunjuk kepada kita untuk menjalani kehidupan untuk setahun akan datang... Oleh itu, kita telah membaca Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun untuk hajat tersebut..

Dan saya, ingin mengingatkan diri saya, supaya ingat akan umur makin pendek dan kematian semakin menghampiri..

Dan saya, dengan ini, ingin meminta maaf kepada semua kenalan, kawan, sahabt, teman, guru-guru, di atas segala kesalahan dan kesilapan yang pernah saya lakukan,,.. Harap dapat maafkan saya... terima kasih..

Permulaan yang berapi2,
Akan menghasilkan pengakhiran yang bercahaya.!!!

Marilah kita tingkatkan amaln kita.. untuk matlamat kita yang paling besar iaitu MARDHATILLAH..

Wallua'lam..

Wassalam..

Friday, December 3, 2010

Mati, adakah aku telah bersedia?!!!

Salam.

Lagi 5 hari 1 Muharram 1432 Hijrah.. dan akan pendeklah umur kita..

lagi dekat kita dengan MATI...

aku ni sedar ke x aku ni lagi dekat dengan mati??
apa amalan aku yang aku nak bawak masuk dalam kubur nanti bila aku dah mati??
adakah amalan aku sebelum2 ni diterima Allah??
adakah Allah redha dan ampunkan dosa aku yang sudah banyak aku lakukan sebelum ini??
adakah orang2, sahabat2, teman2, aku yang sebelum ni aku pernah sakiti, mengumpat, fitnah, mengata, sudah maafkan kesalahan aku??

Ya Allah,
ampunkan dosa2 ku ya Allah.!!!
Terimalah segala amalanku sebelum ini ya Allah.!!! sebagai teman aku tika aku mati nanti..

Mak, Sahabat2, teman2, saudara2, guru2,
maafkanlah kesalahan dan kesilapan dan kekhilafan aku sebelum ni.
jika kamu x maafkan aku, macamana aku di akhirat nanti.??

Ameen...!!!

Ini antara isi khutbah jumaat hari ini,, dan saya menangis tanpa saya sedari, betapa kecil diri ini...

marilah kita insafi, muhasabah balik, tanya balik diri kita tentang soalan2 tadi.. moga2 dirahmati Allah..

Wallahua'lam... Wassalam...

Thursday, December 2, 2010

Islam : Realiti atau Falsafah??

Salam.

Pada malam ini tajuk yang dibincangkan di masjid Kota Damansara sangat besar. Disampaikan oleh Ustaz Zaharudin Mohamad. mengenai feqh kontemporari..

Dan beliau mengutarakan Islam adalah agama fitrah/realiti. Bukannya agama falsafah..

Panjang ceramah dia.. dari 7.30 sehingga 9.10..

Tapi sesungguhnya, apa yang saya dapat, memang banyak sebenarnya.. Islam bukannya agama falsafah.. dan nak terang ni nak ambik masa lama gak rasanya.. dan saya xmahir untuk menulis bab ni rasanya.. tapi sya boleh kongsikan kesimpulannya sahaja..

Insya Allah..KESIMPULANNYA IALAH...

Kita xboleh faham Islam dengan menggunakan falsafah.. jika kita sempurnakan islam mengikut falsafah, ia adalah salah..

Falsafah ialah : dari idealistik /pemikiran seseorg (nama)--> (definisi) --> (sistem/prinsip)

dan Islam adalah REALITI : realiti (sistem/prinsip) --> nama

Contoh : Dari definisi manusia : manusia ialah makhluk hidup yang mempunyai kepala, dua tangan, dan dua kaki

Jika kita faham manusia mengikut falsafah, apabila kita melihat lahir seorang yang mempunyai kepala, dua tangan dan SATU kaki, kita akan kata itu adalah bukan manusia..

Salah... memang salah jawapan dia..

Jika kita faham mengikut realiti, (realiti bermaksud dah sedia ada. dah ada baru kita panggil nama). Manusia adalah manusia. walaupun tiada kaki satu. ia cacat. Dia tetap kita panggil manusia..

Begitulah perbandingannya, kita faham Islam. Islam adalah Islam itu sendiri.
 Islam adalah Al-Quran dan As-Sunnah.

Sebagai contoh ; Negara Islam. Ia adalah realiti. berdasarkan Al-Quran. Dalam Al-Quran, tidak ada langsung disebutkan mengenai nama negara Islam itu, atau daulah islamiyyah, tiada sebut langsung..
yang disebutkan hanyalah realiti, ciri2 negara islam, dan akhirnya pada tahun kedua hijrah, barulah munculnya istilah nama Negara Islam itu.. Ia adalah realiti..!!

Mengikut falsafah, ada pihak mendakwa, Malaysia negara kita ini adalah Negara Islam. Tetapi, perlaksaannya adalah tidak bercirikan Negara Islam seperti Negara Madinah pada zaman Rasulullah SAWdahulu.. So, dia berfikir mengikut falsafah, Malaysia ini adalah negara Islam.. pada hakikatnya tidak..
So, salah ke x salah??

ISLAM BUKAN AGAMA FALSAFAH

Macamna nak bagi faham ya..?? Saya pun xreti nak tulis mcmn.. Tapi yang pentingnya, kita kena faham, Islam adalah Islam. Berpandukan Al-QUran dan AsSunnah. Wallhua'lam.

Kita kena belajar lagi benda nie.. untuk faham benda nie..

AMERIKA

Amerika amat takut akan negara yang akan melaksanakan negara Islam. Amerika dan sekutunya akan memusuhi negara yang ada orang ingin melaksanakan hukum dan Negara Islam di negara tersebut..

Seperti negara kita. Negara kita juga termasuk sebagai musuh Amerika. Tetapi sekarang ni dia x serang kita, dia x berperang dengan kita. Tetapi mereka dah serang pemikiran kita. GHAZWATUL FIKR. 

Ya. Jadi Amerika dah berjaya melawan dan menjajah pemikiran kita. dan negara kita hakikatnya bukan negara Islam.. Malaysia hanya negara yang didiami orang Islam. Tetapi bukan Negara Islam..

TANGGUNGJAWAB KITA

Faham. Kita kena faham Islam. dan sebar DAKWAH. inilah yang paling penting.

jika kita tahu sembahyang, kita boleh ajar orang lain sembahyang.
jika kita mahir hukum2 feqah, kita boleh kongsi dengan org lain..
jika kita boleh menulis, walaupun xpandai sgt, kita boleh menulis untuk menyebarkan kefahaman kita..

Penutup

Marilah saudara, ikhwah sekalian, kita perbaiki diri kita sehari-hari, kerana Allah suak orang yang memperbaik diri sendiri.. dan marilah kita berjihad untuk menuntut ilmu lalu menyebarkannya kepada org lain..

Mudah-mudahan dirahmati Allah.. InshaAllah..

Wallahua'lam. Jika ada kesilapan dalam pemahaman saya, boleh tegur..

Wassalm...

Wednesday, December 1, 2010

Taqwa dan Al-Quran


Salam.

Alhamdulillah, syukur atas nikmat Allah. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW.

Saudara saudari pembaca yang dirahmati Allah sekalian,

sejauh mana nikmat yang kita dapat sehari-hari, kita tukarkan dan jadikan ia sebagai amal soleh?? Ini persoalan pertama yang pengkuliah tadi bukakan..

KEPENTINGAN TAQWA

Apa penting taqwa? Firman Allah yang bermaksud,

Sesungguhnya yang paling mulia di kalangan kamu ialah orang yang paling bertaqwa...

Mulia...

Orang yang beriman dan bertaqwa akan menjadi mulia di sisi Allah dan juga di sisi manusia.
Setiap dari kita nak menjadi bertaqwa.. betul atau tidak.??
Setiap dari kita nak masuk syurga.. betul atau tidak??
Setiap dari kita nak berjaya di dunia dan akhirat??

Nak masuk syurga mesti kena jadik bertaqwa.. dan orang yang bertaqwa akan disayangi dan dirahmati Allah.. Jadi, dia akan dapat syurga.. Sesungguhnya ALlah tidak memungkiri janji..

Jadi, persoalannya, bagaimana kita nak jadi manusia bertaqwa??

MODUL ORANG BERTAQWA

 Al-Quran..

Ya. Ini lah modul yang kita mesti pegang.. Firman Allah dalam surah Albaqarah ayat 2,

Inilah Kitab, yang tidak mempunyai keraguan padanya, PETUNJUK bagi orang yang BERTAQWA..

Tidak lain tidak bukan hanya satu jalan, panduan, untuk menjadi org bertaqwa adalah Al-Quran..

Sekarang mari kita muhasabah diri setakat mana KOMITMEN kita terhadap Al-Quran??

1- Kemahiran membaca

Tanya balik pada diri kita sendiri, kita nilai sendiri, menggunakan skala 0-10, takat mana kemahiran kita membaca Al-Quran??

Firman ALlah dalam Surah Muzzammil : Ayat 4 : ((Dan hendaklah kamu membaca Al-Quran dengan Tartil))

Jika OK, soalan kedua ;

2- Memahami Al-Quran

Firman Allah dalam surah Muhammad : 24 : Maka apakah kamu tidak mentadabbur Al-Quran atauka hati mereka terkunci?

Sejauh mana kita sudah memahami isi kandungan al-Quran?? Boleh tanya diri sendiri.. Semua orang membaca buku mesti tujuan dia nak tahu dan faham apa yang buku tu cerita..
Org baca surat khabar sebab mesti dia nak tahu apa berita terbaru...
Dan ada satu kajian, antara banyak2 buku dan kitab org baca, apakah buku yang mereka baca tapi tak faham...

Itu sudah tentu al-Quran.. Sebenarnya kita baca Quran tapi kita x faham pun, dan tahu pun apa yang Al-Quran tu cerita.. termasuklah saya sendiri..

Soalan ke-3 - Beramal dengan Al-Quran

Sejauh mana kita telah beramal dengan kandungan Al-Quran..
selalunya kita guna quran masa bila??
Masa ada org mati.. kan? baru nak baca untuk si mati.. Walhal Quran itu sebenarnya untuk org yang masih hidup..
Bila kita baca Isti'azoh?? atau Auzubillah.. ? Bila nak mula baca quran.. kan?
Sebenarnya, bukannya masa kita nak baca quran je yang syaitan nak kacau.. masa lain pun syaitan kacau.. kan..

Jadi, bila kita nak masuk suoermarket lah katakan, ada x kita baca Auzubillah.. mintak berlindung dengan ALlah..

mesti x.. sebab saya pun x baca.. :0 itu sebablah bila kita masuk pasaraya je, kita beli apa yang kita x nak beli pun.. membazir seja.. dan Membazit itu sahabat syaitan..

Subhanallah... dan satu lagi, bila tengah drive orang hon kita, dan kita seringkali akan mengucapkan benda nie. stupid la..dll dan caci maki org yang hon kita tu.. walhal org tu bukannya dengar pun kita kata kat dia.. Kita aja yang sakit hati.. Bila dalam keadaan tu,

kita kena baca Innalillahi wainna ilaihi rajiuun...

bukannya bila orang mati sahaja kita kena sebut tu.. Ustaz tu bantai sungguh..semua berasa..huhu

dan last sekali yang ke-4 Ajarkan, Sebarkan ilmu dalam Quran tersebut..

Kita ini khoiru ummah, mengajak org kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran,,,


BACKUP

 Tetapi sesungguhnya, ustaz tu kata, setakat mana pun level kita dalam memahami, amal, dan sebar al-quran, Allah tak nilai benda tu.. Allah nak tengok kesungguhan kita dalam melaksanakan benda2 nie...

Usaha kita nak pergi belajar baca quran, usaha kita pergi dengar tafsir Quran, dan usaha kita menyebarkannya...

Firman ALlah : Dan perbaikilah diri kamu, sesungguhnya Allah mencintai orang2 yang memperbaiki dirinya...

KESIMPULAN..

Ustaz memberi saranan supaya kita menghafaz AL-Quran.. apabila kita menghafaz Al-Quran, 30 juz, InsyaAllah, sehari-harian kita akan penuh dengan al-Quran. Setiap masa ingat Allahh. sebab sentiasa baca Quran.

Hati ALQuran. Firman Allah, (Wahai org2 beriman, ingatilah Allah dengan sebanyak-banyaknya)

(Ingatilah aku, nescaya Aku ingat kamu, dan bersyukurlah dna janganlah kamu kufur)  

IMPIAN SAYA

Setela dengar kuliah tadi, saya sangat sedih kerana saya tahu saya di tahap yang mana.
dan saya mulai sekarang nak berazam sungguh2, nak menghafaz Al-Quran..

banyk kelebihannya. untuk akhirat sekaligus dunia..

InsyaAllah.. bukannya mustahil. boleh. cuma nak dengan xnak je..

nak jadik jutawan pun boleh. nak dengan xnak je..

So, setakat ini dahulu malam ni.. Pembaca sekalian, doakan saya bahagia di dunia dan di akhirat. dan boleh jadi Insan yang BERTAQWA.. Ameen.....

Wassalam...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails