Alhamdulillah.... segala puji bagi Allah.
Selawat dan salam pada Nabi SAW.
Dapat lagi menulis hari ni, dah lama x post tajuk baru..
Ini post saja2 letak.. kot lah ada orang yang akan search di google mengenai "Amalan Pemakanan" ni..
Ni adalah tajuk kajian saya sebelum saya tamat kursus diploma Pembantu Perubatan di sini.
tajuk penuh saya ialah Kajian Amalan Pemakanan di Kalangan Remaja di Pangsapuri Car****, Selangor.
ni baru bab 1. -_-
LATAR BELAKANG
Kesihatan adalah
suatu keadaan yang
sempurna dari segi
fizikal, mental, dan
sosial serta tidak
hanya bebas dari
sebarang penyakit dan
keuzuran. Seseorang yang sihat
dan sempurna akan
menjalani sebuah kehidupan
yang berkualiti dan
bermakna. Manakala, seseorang
yang sakit akan
mengalami keadaan yang muram dan
menganggap diri tidak
sempurna serta tidak boleh
menjalani kehidupan sesempurna
mungkin.
Belakangan ini,
masalah kesihatan yang
tidak melibatkan penyakit
berjangkit, atau dinamakan
Non-Communicable Diseases (NCD),
telah menjadi pembunuh
utama penduduk dunia.
Antara contoh penyakit
NCD ialah penyakit
jantung, diabetis, kanser,
dan paru-paru kronik.
Mengikut kajian Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO)
di peringkat global,
seramai 17 juta
orang mati akibat
penyakit kardiovaskular pada
2005, 7.4 juta
lagi mati akibat
kanser pada 2004,
220 juta penduduk lagi
menghidap diabetes pada
2005, manakala 1.1
juta meninggal dunia
akibat penyakit sama. Malaysia tidak
terkecuali. Malah, kajian
mendapati penyakit jantung
dan strok mencatatkan
jumlah tertinggi kadar
kematian di hospital
kerajaan dan ia
juga adalah punca
utama kematian pramatang
(di bawah 60
tahun) di Malaysia.
Tahun 2009 sahaja,
jumlah kematian akibat
NCD di hospital
kerajaan di seluruh
Negara mencecah 47,266
orang. Semua penyakit
ini terutama penyakit
yang berkaitan sistem
kardiovaskular dan diabetis
ada kaitan dengan
amalan pemakanan individu
tersebut.
Amalan
pemakanan seorang individu
yang seimbang dan
berkualiti akan mempengaruhi
tumbesaran, pemulihan dan kestabilan kesihatannya
pada tahap yang
maksimum. Lebih-lebih lagi
pada peringkat umur
remaja yang sedang
membesar dan terdapat
faktor lain yang
mempengaruhi cara pengambilan
makanan. Justeru, remaja
haruslah mengambil berat
mengenai isu ini
lebih awal bagi
mengekalkan kesempuranaan hidup
yang berkualiti dan
bermanfaat. Sebarang masalah
kesihatan yang melibatkan
penyakit tidak berjangkit
mahupun berjangkit khususnya
yang dialami semenjak
remaja akan berlarutan
sehingga dewasa dan
lewat dewasa. Apabila
ini berlaku, pelbagai
komplikasi lain akan
muncul yang semuanya
hanyalah berpunca daripada
amalan pemakanan yang
tidak baik dan
seimbang.
Oleh yang
demikian, kajian ini
lebih menjurus kepada
amalan pemakanan di
kalangan remaja dari
segi kaedah pengambilan
dan tahap pengetahuan
mereka mengenai isu
ini. Satu kajian
seperti ini perlu
dilakukan bagi membongkar
cara-cara pengambilan nutrisi
seimbang seterusnya dapat
menyelesaikan kepincangan dan
masalah kesihatan yang
kritikal kini.
KENYATAAN MASALAH
Zaman
remaja ialah zaman yang kritikal dalam menentukan masa depan dari segi
kesihatan, matlamat hidup, dan kepimpinan masyarakat akan datang. Ini kerana
pada peringkat umur ini faktor pemilihan sesuatu perkara terutamanya makanan
dan nutrisi berada di tangannya. Kehendak remaja terhadap makanan akan
mempengaruhi kesihatan diri. Ini akan menjadi masalah bagi remaja dalam
pemilihan makanan dan amalan pengambilan yang tidak teratur seterusnya
menyebabkan timbul tanda-tanda dan gejala penyakit yang tidak diingini.
Berdasarkan kepada latar belakang
masalah, penyelidik ingin membuat kajian mengenai amalan pemakanan di kalangan
remaja di Pangsapuri Car****, Selangor.
Objektif Kajian
Objektif
Umum
:
Mengenalpasti
amalan pemakanan di kalangan remaja di Pangsapuri ****
Selangor.
Objektif
Spesifik :
i.
Mengenalpasti jenis makanan yang diamalkan oleh remaja.
ii.
Mengenalpasti corak pengambilan makanan yang diamalkan oleh remaja.
iii.
Mengenalpasti tahap pengetahuan remaja tentang amalan diet seimbang dan
risiko penyakit yang akan dihadapi jika amalan diet seimbang tidak diamalkan.
Research saya ni belum siap lagi.. jadi memang xboleh nak pos la yer.. hehe..
Ok.. Wassalam..
p/s : 16 hb 10 ada Hari Blogger Sedunia... ada pos khas yang akan ditulis oleh semua blogger yang ada..
Jom.. Jom pos di sini,
No comments:
Post a Comment