rahsia jururawat

rrk

Friday, November 12, 2010

Sayyidul Istighfar

Salam.


Zikir Pagi/Petang


Sayyidul Istighfar


Diriwayatkan daripada Syaddad Ibnu Aus R.A, daripada Nabi Muhammad SAW, Penghulu segala istighfar :-

اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ، خَلَقْتَنِيْ وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوْءُ بِذَنْبِيْ فَاغْفِرْ لِيْ فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ
((Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan selain Engkau, Engkau yang menciptakanku. Aku adalah hambaMu. Aku akan setia pada perjanjianku denganMu semampuku. Aku berlindung denganMu dari kejahatan yang aku lakukan. Aku mengakui nikmatMu padaku dan aku mengakui dosaku, Oleh kerana itu ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa selain dari Engkau.))

Nabi berkata: Sesiapa yang membacanya pada waktu siang dan yakin dengannya, lalu ia meninggal pada siang hari itu sebelum malam maka ia adalah dalam kalangan ahli syurga.

dan sesiapa yang membacanya di malam hari, lalu ia meninggal pada malam itu sebelum subuh, ia adalah dalam kalangan ahli syurga.

(Bukhari, Kitab Da'awat, bab Afdhal Istighfar, Jilid 7, Halaman 150, Hadis No 6306)

SYUKUR

Alhamdulillah... Segala puji bagi Allah dan selawat ke atas Nabi SAW.
Moga kita digolongkan dalam golongan orang yang beriman dan bertaqwa..

Hari ni saya berpeluang untuk ke masjid Kota Damansara bersama2 mak. dan selepas Maghrib ada kuliyah Maghrib.

Syukur kerana dapat ilmu baru pada hari ini. Ustaz tu membincangkan dan menyampaikan sebuah hadis kepada jemaah, iaitu hadis dari Sahih Bukhari.

Hadis ialah sumber rujukan kedua dalam Islam yang patut kita belajar dan ambik tahu. Sekurang-kurangnya kita amalkan sunnah sikit daripada xdak langsung.

dan Sahih Bukhari ialah kitab kumpulan hadis yang kedudukannya paling tinggi selepas Al-Quran - bukan Harian Metro (ustaz tu buat lawak)

Selalunya org sekarang, bangun pagi2 carik surat khabar.. buka nak baca quran ke hadis ke..
-terasa la jugak- hehe

dan hadis ini diriwayatkan oleh sahabat yang bernama Syaddad Ibnu Aus R.A. Beliau adalah dari kalangan Ansar.(penduduk asli madinah). - cerita pasal sahabat ni, hadis ini adalah satu2nya hadis yang diriwayatkan oleh beliau dalam sahih Bukhari. Sahih Bukhari ada lebih kurang 9ribu lebih hadis. 

dan 9ribu hadis ini adalah yang terpilih dari tapisan Imam Bukhari yang telah mencari dan menghafaz jumlah hadis yang banyak-iaitu lebih kurang 600ribu buah hadis.. Subhanallah!!!

ni juga maklumat umum tentang sahabat Nabi ; Sahabat nabi ialah yang hidup pada zaman Nabi masih ada, pernah berjumpa Nabi dan beriman dengan nabi..

Adapun Abu Jahal, Abu Lahab, Musailamah Al-Kazzab juga hidup pada zaman Nabi, tetapi mereka tidak beriman dengan nabi..

dan juga seorang tabiin yang bernama Uwais Al-Qarni, juga hidup pada zaman nabi, tetapi tidak berkesempatan untuk berjumpa nabi kerana menjaga ibunya yang sakit, uzur lagi buta. beliau ada Tabii'in keran hanya berjumpa dengan Sahabat sahaja... tidak mendapat title Shabat kerana tidak pernah berjumpa nabi..

Bagi Sahabat sahaja mendapat pangkat R.A. (Allah meredhai nya)

INTISARI ZIKIR

dimulakan zikir dengan kita mengaku ENGKAULAH RABku, 

Sebenarnya semua orang, xkira islam, kafir, mengaku bahawa yang mengaturkan segalanya adalah Allah. Mana mungkin kita boleh mengawal aliran darah dalam badan kita. kita manusia ini sgt lemah.  Orang cina, india juga mengakui, cuma mereka degil. tidak mahu mengucap. Masih meneruskan ajaran nenek moyang mereka yang syirik...

Hatta Abu Jahal Abu lahab juga mengaku tuhan penjaga Kaabah adalah Allah. pada ketika Kaabah ingin diserang oleh tentera bergajah Abrahah, Abu Jahal dan Abu Lahab hany duduk relax goyang kaki, sebabnya ialah mereka hanya menjaga dan menguruskan kaabah, urusan orang buat haji dll. Mereka yakin Allah adalah penjaga Kaabah. 

Cuma mereka degil, tidak mahu beriman dengan Nabi.

Lagi digabungkan Anta Rabbi dengan kalimah Tauhid (laa ilaha IllAllah)..

Ini lah perbezaan iman kita dengan iman Abu Jahal. Mereka tidak mengucapkan kalimah agung ini. Degil!!.

Tiada Tuhan Selain Allah - 

Dan yang lain kita mengaku kita adalah hamba yang diciptakanNya - 
- berada di bawah perjanjianNya
- melakukan segala yang kita mampu
- kita lemah
- kita bergantung, meminta lindung dari Allah
- kita guna nikmat Allah (semua yang ada pada kita adalah dari Allah)

Oleh itu ampunilah aku... Ini adalah puncak istighfar.. - kita minta Allah ampuni kita..

Kerana hanya Allah adalah Al-Ghaffar.. _ Pengampun segala dosa. dosa kecik. dosa besar..

AMALAN NABI

Ini adalh amalan nabi pagi dan petang.. dalam himpunan doa Maathur yang disusun oleh Imam Hassan Albanna juga ada Sayyidul Istighfar ini..

Kita boleh amalkan dengan yakin.. kita telah diberi tiket untuk ke syurga.. di samping tidak meninggalkan ibadah2 wajib yang lain..

Ini ibadah sunnat.

Kita yakin, kita dapat..

Hanya ada dua tempat kita akan kembali.. Samada SYURGA atau NERAKA..

tiada org dapat pilih antaranya.. tengah2 syurga dan neraka..

Manalah tempat kita... Wallahua'lam..

Moga kita mati dalam Islam dan tergolong dalam kalangan Ahli syurga..

Ameeeeeen...

SEDAR

rupanya banyak lagi ilmu yang kita xtahu... banyak sangat...

belagak pandai ja...

ok lah.. dah xlarat nak tulis... hehe.. harap bleh ambik sikit manfaat dari entry mlm nie.. dan dapat amalkan.. InsyaALLAH.. lebih2 lagi diri ini la...

K. jumpa lagi!! Wassalam....

Tetapkanlah driku di atas jalan ini..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails