Salam.
Arini gelap. hujan. lebih 24 jam x henti2.. Allahuakbar.
Ya Allah Maafkan Ampukanlah dosa2 hambaMu ini...
Jadikanlah hujan ini manfaat...
So, setelah lama saya xpost entry dalam ni, buat makluman, saya dah tamat latihan klinikal di HRPZ selama 2 bulan. dan dari itu, banyak pengalaman yang saya dapat. Berada di dalam wad Perubatan dan Pembedahan.
dan dalam dua bulan tersebut, macam2 perkara telah berlaku. sedih, gembira, panas, sejuk, sedar, xsedar, sihat, sakit, semuanya telah berlalu.
masa tidak boleh diundur. Dan kerana itu, sedikit sebanyak altitude diri ni telah berubah.
baik xbaik x tahulah... Allah kurniakan kesihatan, saya bersyukur. kadang2 kita terlupa.
Allah berikan ujian, saya sabar. kadang2 kita xdapat sabar. kita lemah.
Saya cari ILHAM, kadang2 sesat. xjumpa.
Kenapa?
Saya adalah manusia. Kita manusia. Selalu lupa.
saya sangat2 suka, terkesan dengan post ini, blog os, Kita xbleh menipu diri sendiri.
memang terasa. kita xbleh tipu diri..
ok. xde ilham nak tulis. Ya Allah kurniakan ilham kepadaku, agar ku tenang dan bahagia..
Salam...
ku mencari ilham..... 'tuk ketenangan dan kebahagiaan..... 'tuk keduniaan dan hari akhiran.....
Sunday, October 31, 2010
Sunday, October 24, 2010
Kau Ilhamku
Labels:
Puisi Untukmu
Akan ku ubah lirik ini...!!!
Beribu bintang dilangit
Kini menghilang
Meraba aku dalam kelam
Rembulan mengambang
Kini makin suram
Pudar ilhamku tanpa arah
Sedetik wajahmu muncul
Dalam diam
Ada kerdipan ada sinar
Itukah bintang ataupun rembulan
Terima kasih kuucapkan
Izinkan ku mencuri bayangan wajahmu
Izinkan ku mencuri khayalan denganmu
Kini menghilang
Meraba aku dalam kelam
Rembulan mengambang
Kini makin suram
Pudar ilhamku tanpa arah
Sedetik wajahmu muncul
Dalam diam
Ada kerdipan ada sinar
Itukah bintang ataupun rembulan
Terima kasih kuucapkan
Izinkan ku mencuri bayangan wajahmu
Izinkan ku mencuri khayalan denganmu
Maafkanlah oh…
Andai lagu ini
Mengganggu ruangan hidupmu
Kau senyumlah oh…
Sekadar memori
Kita di arena ini
Kau ilhamku
Kau ilhamku…
merah kau ilhamku..
Sunday, October 10, 2010
Panduan Mengerjakan Umrah 2
Labels:
Cerita Umrah
Assalamualaikum WBT.
Alhamdulillah, selawat dan salam kepada Rasulullah SAW, moga hari ini lebih baik dari hari semalam.
Post ni adalah sambungan cerita umrah yang telah tertangguh.
Rukun Umrah yang ketiga : Saie
- Setelah selesai melaksanakan tawaf sebanyak 7 kali dengan yakin dan sempurna, perkara SUNNAT yang boleh dilakukan ialah solat sunnat tawaf, dan berdoa di hadapan Multazam.
- Selain itu, sebelum kita bergerak ke mas’ie atau tempat sai’e, kita juga sunat meminum air zamzam untuk menghilangkan sedikit rasa penat…
- Sai’e ialah jalan berulang-alik sebanyak 7 kali, bermula dari Bukit Sofa dan berakhir di bukit Marwah hanya bertujuan ibadat kepada Allah. Bukannya kerana sebab lain. Saie boleh dilakukan tanpa wudhuk. Masa nilah kalau nak kentut pun boleh. Hehe.
- First skali, naik bukit Sofa, menghadap kiblat dan kita disunatkan bertakbir. Allahuakbar3 dan niat saie.
- Semua bacaan niat dan doa bolehla dirujuk di dalam buku panduan umrah. Susah nak taip kat sini..
- Bila kita dah mulakan berjalan, (Bukit Sofa ni rendah skit dari bukit marwah), ada bacaan2 yang khas sunat kita baca. Bagi lelaki, apabila sampai di bawah lampu Hijau, disunnatkan bagi mereka berlari2 kecil sehinggalah sampai ke lampu hijau kedua.
- Ia mengambarkan cerita Siti Hajar isteri Ibrahim yang berlari2 ketika cemas mencari air untuk puteranya Nabi Ismail yang kehausan. Siti Hajar berlari dari Sofa ke Marwah sebanyak 7 kali untuk melihat tanda2 jika terdapat rombongan2 saudagar yang membawa air. Namun, tiada seorang pun yang lalu.
- Maka, ilham dan rahmat dari Allah, telah terbit air daripada tapak kaki Ismail yang mengetuk2 lantai pasir. Dapatilah Ismail dan ibundanya air untuk minum.
- Itulah dia ZamZam yang tidak pernah kering sehingga sekarang.
- Daripada zamzam itu, maka rombongan2 saudagar peniaga yang lalu di kawasan itu akan singgah untuk mengambil bekalan air di situ.
- Lama kelamaan, kawasan itu menjadi satu kawasan perdagangan yang sangat terkenal dan amat strategic.
- Kembali kepada rukun saie ini, masa saya lakukannya pada kali pertama, setelah tibanya dari Madinah, saya lakukan sai’e ini seorng diri. Tiada guide sebab ustaz yang sorong nenek saya masa tu, saya kehilangannya dek kerana sesaknya jemaah buat umrah malam tu.
· Alhamdulillah, saya selesaikannya dengan sempurna InsyaAllah. Moga Allah terima ibadat saya tu.
Rukun keempat : Bergunting atau bercukur
·
- Habis2 je saie tujuh kali, masanya untuk bercukur dan lebngkaplah satu kali ibadah umrah..
- Bergunting ni syaratnya hanyalah 3 helai rambut. Skurang-kurangnya. Itu sahaja.
- Bagi yang tiada rambut, hanya diletakkan pisau cukur menandakan bercukur.
- Fadilatnya besar. Allah ampunkan dosa orang yang bercukur/bergunting. (hadis)
Dan yang kelima : Tertib
· Semua rukun dilakukan mengikut tertib. Tidak boleh langkau.
CERITA LAGI
Nak cerita skit lagi, masa saie lelaki xbleh pakai kasut. Perjalanan 7x ulang alik tu lebih kurang 3.5 km. Jauh tu. Memang letih skit. Dan sakit tapak kaki. Bagi perempuan xpe. Bleh pakai stoking. Dan ingat2 balik, memang best masa g umrah aritu. Masa saie bleh tengok dekat lorong tengah tu, memang dikhaskan untuk orang yang menggunakan kerusi roda. Ada yang ambik upah 1 saie 40 riyal. Dasyat betul, laju betul orang yang ambik upah tu tolak. mEmang kerja dia tolak orang. mEmang laju.
Saya juga beberapa kali menyorong nenek buat saie. Bila nak panjat bukit Marwah, berat sikit. Sebab tinggi. Memang berpeluh la.. dengan pakai ihramnya..
Tapi lepas dua tiga kali buat umrah, dah biasa dah. Xletih sangat.
PERINGATAN
Sebenarnya, berdasarkan maksud umrah itu sendiri bermakna ziarah.
Ada seorang ustaz ni bagitahu, jemaah Malaysia khasnya, telah tersilap konsep. Bila pergi umrah, dia mahu melakukan ibadat umrah banyak kali. Itu adalah silap.
Kerana apa? Kerana kita lebih disunatkan membanyakkan melakukan perkara2 sunat yang lain seperti iktikaf, solat sunat, tawaf sunat, baca al-quran. Kerana di situ adalah pahala yang berlipat kali ganda.
Ada jemaah yang buat umrah pagi dan petang. Hanya letih. Nabi x pernah buat ,mcm tu. Saya pun baru tahu akan perkara ini. Masa saya pergi haritu, cukup 7 hari kat mekah, saya buat umrah cukup 7 x. sehari sekali.
Sepatutnya, kata ustaz tersebut, banyakkan ibadat sunnat…
PENUTUP
Diri ini masih lagi teringat Mekah, Madinah, Tanah Haram yang tiada seorang pun kafir di dalmnya.. Nyaman, amannya di sana. Banyak kenangan. Ni xcerita lagi masa nak mencuba mengucup Hajarul Aswad, kesukarannya memberi seribu satu memori dalam kepala nih..
Ya Allah, nak pergi lagi.. Masa haji nak dekat. Mesti mekah sekarang ni penuh dengan jemaah. Mesti Masjid nabi sekarang tengah sibuk membuat penyediaan.
Alhamdulillah. Aku telah menjadi tetamuNya. Aku syukur sangat2. Aku doakan semoga orang lain juga turut menjadi tetamunya InsyaAllah..
<< Masa panjat Bukit Sofa
masa ni baru lepas cukur-rehat atas bukit Marwah
Kaabah-Aman
gambar terbaik-tingkat atas sekali =>
masa ni nak balik dah. rehat kat masjid Jedah, dekat dengan airport Jedah
suke botak!! huhu
Saturday, October 9, 2010
Namaku Amin
Labels:
Puisi Untukmu
Amin
Namaku amin
setiap solat bacaan diAmiinn
Amin makna amanah
Amin makna rahmah
Ya Allah rahmati Amin
Rasul al-amin
Ku rindumu
ku rindu masjidmu
Al-amin gelaranmu
Yang amanah hanya dirimu
aku hanya Amin
aku ingin seperti Aminmu
Ya Allah Ya Rabbal Alamin
Ku sesali diri ini
ku insafi diri ini
Dosaku banyak padaMu
Amanah ku tidak padaMu
Ampunkan amin ini
Amiinn....
Namaku amin
setiap solat bacaan diAmiinn
Amin makna amanah
Amin makna rahmah
Ya Allah rahmati Amin
Rasul al-amin
Ku rindumu
ku rindu masjidmu
Al-amin gelaranmu
Yang amanah hanya dirimu
aku hanya Amin
aku ingin seperti Aminmu
Ya Allah Ya Rabbal Alamin
Ku sesali diri ini
ku insafi diri ini
Dosaku banyak padaMu
Amanah ku tidak padaMu
Ampunkan amin ini
Amiinn....
Subscribe to:
Posts (Atom)