rahsia jururawat

rrk

Monday, June 27, 2011

RAYA WEI!!!

Salam...

Promosi untuk raya!!!

KEK LAPIS DAYANG SALHAH

Kek RM 28 : Beli 10 percuma 1

Kek RM 40 : Beli 4 RM 150 aje!!!

Kek RM 28 (2 biji) + Lapis India RM 45 : RM 100 aje!!!

klik page di atas untuk katalog!!!


TEMPAHAN UNTUK RAYA 
DIBUKA SEKARANG 
SEHINGGA 1 OGOS 2011 

E-MAIL :  myilhamz@gmail.com 

Tuesday, June 7, 2011

Jom kite bakor aje!!!

salam..

Alhamdulillah..... nikmatnya kita di Malaysia ni... atau di tempat2 lain yang belum kena serang E.Coli...

Boleh hidup aman, tidak perlu takut-takut kena serangan tsunami seperti di Jepun..

Subhanallah... agak-agak kita ni bersyukur ka tidak??

negara yang kena serangan bakteria jahat E.Coli

1-Amerika Syarikat,
2-Republik Czech,
3-Perancis,
4-Jerman,
5-Austria,
6-Denmark,
7-Belanda,
8-Sepanyol,
9-Sweden,
10-Norway,
11-Switzerland
12- dan Britain
13- MALAYSIA???

Ya Allah, syukurnya aku sihat sekarang ni... Jauhkanlah aku dari kecelakaan dan kemurkaanMu Ya Allah...

Ya Allah... masukkan kami dalam golongan yang bersyukur dengan nimatmu ya Allah.... Nimat sihat... Nikmat masa lapang... Nikmat kesenangan kekayaan...

Jauhkan kami daripada wabak-wabak penyakit seperti taun, e.coli.. dan lain-lain Ya Allah.. Kami takut azabMu ya Allah....
Ameen.....

Jom g masjid!!!

Salam...

Jom g masjid ramai2!!! Solat jemaah...

Dengar tazkirah, majlis ilmu...

solat jemaah = 27x ganda!!!
kalau solat sorg2 dapat 1 je... beza woo...!!!

Majlis ilmu = kita ni banyak benda, banyak lagi ilmu yang kita x tahu.. dengan g masjid ada ceramah, insyaAllah bleh topup iman kita, topup ilmu kita... dunia dan akhirat..

Wassalam...

Mari penuhkan masjid yang kosong!!!

Sunday, June 5, 2011

Cerita hari ini....

Salam.. Alhamdulillah.... ku bersyukur Ya Allah, hari ni dapat lagi ku bangun untuk menjadi hambaMu, melakukan ibadat kepadaMu...

Juga sgt bersyukur di atas nikamat Hidayah Islam dan Iman... nikmat sihat... nikmat kekuatan...\\

Hari ni hari kedua ku bercuti di rumah... bersama emak, ibuu yang tersayang...

Awal pagi tadi mak gerak ajak g masjid... jam 5 dah bangun... Subhanallah.. MasyaAllah... susahnya nak bangun pagi tadi... semuanya syaitan..!!! Tapi dapat jugak bangun mandi dan terus ke masjid..

Pinjam kereta pakcik sbelah, saya dan mak ke seksyen 7 untuk ambik anak angkat mak yang baru : Ahmad dan isteri : yang baru sebulan 3hari masuk Islam...

Dan saya juga telah berkenalan dengan abg ahmad nie.. Baik sangat... Asalnya Kristian, tinggal di Indonesia(dekat2 Filipina), dan mendapat hidayah bulan lepas di sini dan terus berubah 360 darjah... Subhanallah.. baik sangat...

Dan lepas kuliyah subuh, pihak Alumni ESQ mengadakan sebuah gotong royong membersihkan masjid.... dapat baju sorang sehelai... dan saya hanya memakai kain pelikat dan baju melayu sambil menyapu daun2 kering... +__+  sebabnya mak xsuruh pun bawak seluar siap2..

gotong royong hingga jam 10 dan makan jamuan... lepas jamuan ada sedkit slot Sharing d dalam masjid...
makapun beberpa orang telah bercakap mengenai Islam dan keindahan Islam.. (Saya dan mak turut sharing skit..) dan juga termasuklah Ahmad...

Ahmad kata, "hidayah Allah ni, sangat bersyukr, sangat luar biasa, maka, Jangan kamu malu dengan Islammu..."

"Selama sebulan 3 hari memeluk Islam, tidak pernah sekali merasa tenang sebegini sebelum Islamnya... Ahmad mencari2 di mana tuhan, Ahmad solat di gereja, tetapi tetap tidak merasa tenang... tetap melakukan perkara2 jahat... Makanya, Ahmad dan isteri sangat bersyukur diberikan Hidayah oleh Alah SWT untuk memeluk agama Islam setelah mengikuti program ESQ yang dia sertai bulan lepas...

bila jam kul 11.45, kami nak hantar balik Ahmad ke rumah, sebelum sampai di rumah, Ahmad ajak lagi maki ke kedai minum air sambil bincang2 mengenai Islam.. Banyak sangat cerita pasal abg Ahmad nie... Sangat sedih.. sangat menakjubkan.. baru sebulan, sudah pandai bercakap dan membeza2kan agama Islam dan Kristian..

Memang hari ni letih skit dengan gotong royong, tapi msa gotong royong tu, kami dipesan agar sambil2 menyapu berzikir, dan beristighfar... sangat bahagia...

Ya Allah, kekalkanlah kebahagiaan ku ini... Jauhkanlah daripada syaitan dan iblis, nafsu yang sentiasa mengajaak kepada benda mungkar..dan kejahatan.. Hati dan imanku ini sangat lemah... peliharalah ia Ya Allah...

Wallahua'lam/....

Wednesday, June 1, 2011

Score A untuk ibu bapa??

Salam.

Harini Selasa keje shift malam lagi. start semalam sampai Khamis ni kena keje malam.. huh.. letih dan mengantuk..

Tapi dengan masa kosong yang ada nie, saya nak cerita plak pasal kelebihan Score A Programme kepada ibu bapa prihatin yang melanggan untuk anak2 mereka......

Mak Ayah, Ibu Bapa, Ummi Abi,

Satu2nya ciri istimewa dan terhebat yang terdapat dalam score A ni ialah kemudahan untuk ibu bapa melihat dan menilai prestasi anak-anak di dalam setiap matapelajaran yang mereka jawab...

>>>>>e-Report Card<<<<<<<

Klu kat sekolah, mak ayah waris pelajar akan datang ke sekolah untuk menandatangani buku rekod kemajaun murid... mungkin hanya sekali setahun atau dua kali mungkin... masa ni la, guru akan memberitahu waris mengenai pelajaran anak mereka di sekolah...

kat mana lemah, kat mana lebih, subjek apa yang dpt A, subjek apa yang Fail.. dll...

Tetapi sekarang, melalui Score A programme, peranan ibu bapa kini sangat penting di dlaam menentukan kemajauan dalam pelajaran anak2 mereka....

Ibu bapa bleh LOGIN di webpage scorea.com setiap masa untuk melihat kemajuan dan kelemahan anak2 mereka!!!!...

Selain itu, khusus bagi ibu bapa yang sibuk, satu lagi ciri istimewa di dalam Score A ni ialah sistem SMS terus kepada handset ibu bapa - keputusan anak-anak mereka setelah menjawab soalan dan latihan di ScoreA.com..
Hebat ke sangat hebat?? hehe

memang best.. Masa nilah, ibu bapa yang sibuk bekerja akan kembali mengambil peranan dalam pendidikan anak2 mereka sendiri...

Dan ada lagi.... selalunya, bicara soal pendidikan dan pelajaran anak2, kita semua mesti setuju bahawa ia adalah satu perbelanjaan dan pelaburan... ye kan?

Tetapi pada hari ini, dengan Score A Programme, ibu bapa bleh menjadikan perbelanjaan pendidikan ini sebagai salah satu dana pendapatan yang sangat lumayan!!!.. Kita bukan sahaja mengeluarkan duit, kita juga akan mendapat duit dengan menjadi USAHAWAN e-LEARNING di Score A Programme...

Nak tahu bagaimana caranya?? Mari bersama saya kita berubah daripada seorang biasa menjadi luar biasa dengan menyertai sebagai pengedar Score A Programme yang sah...

"Anak-anak Score A, Ibu Bapa Score RM" - Ini adalah antara moto yang selalu syarikat kami gunakan..


Bagi yang tiada anak, seperti saya, samaada masih student dan masih bujang senang, anda juga boleh bertindak sekarang untuk memburu impian menjadi JUTAWAN!!!

Semuanya tidak mustahil dengan produk Score A yang hebat ini...

Oleh itu, hubungi saya segera di talain Maxis 0192231675.....

Ilal liqaa.. Wassalam....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails